Setiap kali Pas berkumpul atau berdemonstrasi setiap kali Pas tak pernah tinggal untuk bertakbir tapi sekarang ni sudah lain maksudnya walaupun hampir hampir sama bunyinya take beerrrrrrrrr.
Apa sudah jadi dengan perjuangan Pas yang akan mengharamkan penjualan arak diSelangor.Ingat dah dapat kuasa Pas mampu untuk menjadi lebih baik dari Umno rupanya lebik teruk lagi bila penjualan arak diberikan kebebasan pada pemilik atau pekedai untuk menghadkan jualannya pada pembeli.Lagi bertambah la kaki mabuk dikalangan umat Islam kerana sekarang ni nak beli arak boleh didapati disemua kedai serbaneka.Nampak gaya Pas bersubahat dalam penjualan arak ini.Kalau Pas tidak mahu membabitkan diri dalam kes ini Pas perlu keluar dari Pakatan kalau itulah perjuangan Pas dalam mempertahankan prinsip mereka.
Bagi saya Pas hanya menyalak bukit,bukit tak juga runtuh tapi Pas yang dibaling kerana membuat bising.Lebih menyedihkan lagi bila MB Selangor sendiri telah membenarkan penjualan arak ini di kedai ditentukan oleh peniaga sendiri.
Yang peliknya bila Pemuda Umno
berhimpun di hadapan pejabat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan pihak berkuasa tempatan itu merampas minuman keras di sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini pada 29 Julai lalu tiada seorang pun pemimpin atau penyokong daripada Pas menyertai perhimpunan tersebut walaupun parti itu lantang bersuara menentang tindakan Ronnie sebelum ini.
Dalam perhimpunan yang berakhir pada pukul 4 petang itu, kesemua penyokong termasuk penduduk kawasan Seksyen 8, turut membawa beberapa sepanduk yang antaranya tertulis 'Ajar Ronnie dengan ISA'; 'Pakatan Rakyat Halalkan Arak' dan 'Pas Dulu Takbir, Sekarang Take Beer (ambil arak)'.
Dalam pada itu
Pergerakan Pemuda UMNO mencabar Dewan Pemuda Pas untuk bersama-sama menyertai ceramah umum bagi mengutuk tindakan DAP yang menghina dan mempersendakan agama Islam minggu hadapan.Rakyat sebenarnya ingin melihat apakah Pas yang selama ini mendakwa mereka memperjuangkan Islam mampu untuk menyatakan pendirian dalam mengutuk sikap lantang pihak tertentu termasuk rakan sekutu mereka DAP yang semakin berani menghina agama Islam akhir-akhir ini.
Bagi saya Pas perlu buang sifat angkuh diri dan perlu menyahut seruan Umno untuk sama sama memperjuangkan kesucian agama dari terus dipersendakan oleh musuh musuh Islam. Cabaran dari Pemuda ini bukanlah propaganda untuk memerangkap parti berkenaan menyertai Barisan Nasional (BN).Bagi Pemuda Umno agama Islam perlu dipertahankan walau pun Pas dan Umno berlainan ideologi dalam memperjuangkan politik masing masing.
Bagi saya ini bukan soal muzakarah, ini bukan soal wacana, ini bukan soal kerajaan perpaduan...kita masih lagi ada pendekatan berbeza, tetapi atas isu tersebut yang mana saya percaya ramai orang Melayu, orang Islam merasa tersinggung perasaan dengan perangai mereka (hina agama Islam) dan ini perlu kepada satu usaha bersama agar sikap tidak menghormati Dap pada orang Islam dapat kita ajar agar Dap tahu menghormati orang Islam dan agama Islam itu sendiri.
RAKYAT MENGHARAPKAN AGAR UMNO DAN PAS DAPAR BERSATU DALAM MEMPERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM .KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI...
Ingatlah wahai umnongok, jangan duk berlakon. sudah2 la duk tipu melayu. dah 50 tahun tak abis2 duk tipu melayu.dulu umnongoook jugak yang pecat n hina mufti selangor, Datuk ishak baharom kerana umnongokk membela dan menjaga ratu cantik yang diadakan diselangor pada masa itu serta umnongokk juga menjaga perut2 tauke arak kat selangor. masihkah kau ingat wahai penyokong umnongokk
BalasPadam