tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 8 Ogos 2009

DULU PAS TAKBIR,SEKARANG PAS TAKE BEER

KALAU diamati perubahan di sekeliling kita, nescaya kita akan terkejut dengan apa yang berlaku sekarang.

Dulu Pas bertakbir tapi sekarang ni Pas take beeeerrrrrrrrrr.Dulu Pas kerjasama dengan Umno Tapi sekarang Pas jalin kerjasama dengan Dap Yang menentang Islam,Dulu Pas menghormati Raja Raja Tapi sekarang Pas mengheret Kuasa Sultan hingga ke mahkamah.Dulu Pas perjuangkan Islam Tapi sekarang Pas perjuangkan hak sama rata dan kerana itu arak boleh dijual dimana mana.Dulu Pemimpin Pas hanya orang biasa tapi sekarang Pemimpin Pas semuanya kaya raya dan berbini 2,3,4,lepas tu di ceraikan.Dulu Pemimpin Pas kata haram Umno bersama MIC dan MCA tapi Pas sekarang tidur bersama DAP yang berjuang untuk menidakan Islam sebagai agama rasmi negara,Dulu Pas tak banyak wakil rakyat tapi sekarang ni Pas banyak menjadi wakil Dap.

Dulu anak-anak minum susu ibu, sekarang ramai anak anak muda dah boleh minum arak sebab bebas dibeli dimana mana. Dulu anak perempuan tidak boleh bebas, sekarang boleh sebab nak dengar ceramah Pas

Dulu 'jahat-jahat' anak muda, kacau anak dara balik mengaji; sekarang mat rempit dan anak muda diajak buat demonstrasi dan merosak harta benda awam.

Dulu guru didik anak murid macam anak sendiri, kalau nakal atau main-main kena pukul kena ketuk ketampi, balik rumah kena rotan lagi. Sekarang kalau anak murid kena jentik, guru sekolah akan kena 'titik'dan kena saman lagi sebab nak kaya macam Anwar yang jadi kaya sebab saman menyaman.

Dulu guru ramai yang tinggi hemah, sekarang guru ada yang hisap dadah dan moral rendah. Dulu budaya Timur jadi panduan, sekarang budaya Barat habis-habisan jadi tiruan, lelaki bersubang bertatu di badan.Dulu Pas buat ceramah tiada hiburan sekarang Pas panggil kumpulan rock konon nak ikut selera anak anak muda,rupa rupa nya pemimpin yang lebih lebih.

Dulu dalam politik tolak menolak jawatan, sekarang cari tok cak, tok batin, tok sami dari sini sampai sempadan.Sekarang kalau nak jawatan kena buat demonstrasi dan bertindak ganas agar orang kenal.

Dulu suasana politik negara stabil, sekarang dah nampak kucar-kacir. Dulu pembangkang sikit sangat, sekarang pembangkang riuh dan gamat.Dulu Pas kuat kerana perjuangan nya sekarang Pas kuat kerana berkawan dengan musuh musuh Islam yang menjadikan arak minuman yang kegemaran.

Dulu semua negeri bawah Barisan, sekarang lima negeri di bawah Pakatan. Dulu fitnah tersebar dengan surat layang, sekarang ada blog, Internet, sms dan video pun tak kurang.

Dulu sebelum kahwin merisik, bertunang dan nikah, sekarang belum kahwin duduk sekali dah. Dulu yang buat perangai luar tabii sembunyi-sembunyi. Sekarang apa orang kata, dia orang tak peduli, ada kelab gay lagi.Dulu mana ada main belakang tapi sejak Anwar popularkan main belakang ramai parti dah terikut ikut dengan cara Anwar.

Dulu mak bapa yang dah tua dijaga, sekarang mak bapa dihantar ke rumah orang tua.Dulu mak bapa kita berjuang membebaskan negara dari penjajah tapi sekarang anak anak berjuang untuk menjadikan negara sama hak dengan bangsa asing.

Dulu tak ramai orang kita belajar di luar negeri, sekarang sudah ramai yang balik lupa diri.Pemimpin dulu hanya belajar didalam negara tapi sekarang semua diluar negara dan bila balik menentang kerajaan dan nak menghancurkan negara.

Dulu hendak dapat biasiswa, kalau suruh sembah pun sanggup sembah, sekarang dah dapat ijazah penjamin yang susah.Dulu nak biasiswa berjanji akan setia tapi dah dapat ijazah balik jadi pengkianat negara.

Dulu orang Melayu ada P.H.D (perangai hasad dengki), sekarang pun masih tebal P.H.D.Dulu orang melayu ada tanah tapi sekarang semua dibagi pada cina oleh Nizar.

Dulu Aceh kena langgar tsunami, sekarang kita kena selesema babi.Dulu 5 negeri dilanda tsunami politik tapi sekarang kita dengar kerajaan negeri menjadi tsunami dan menghalau rakyat.

Dulu doktor gaji rendah, sekarang doktor masih lagi rendah. Dulu kebanyakan kita fasih bahasa Inggeris, sekarang ramai yang tak boleh.Dulu semua setuju diadakan PPSMI sekarang ini ramai menentang kerana kepentingan politik.

Dulu ada dua tiga saluran tv, sekarang lebih 80 saluran disaji. Dulu pelajar rajin ulang kaji, sekarang tercongok depan tv.Dulu penceramah buat ceramah percuma la ni kena bayar.

Dulu filem Melayu hitam putih tetapi tinggi kualiti, sekarang nak cari yang berjenis susah sekali.Dulu hitam kata kerajaan hitam la tapi sekarang ni putih kata kerajaan ,hitam kata rakyat ini semua kerana pembangkang.

Dulu drama berbentuk bangsawan, sekarang drama penuh cerita tahyul dan syaitan.Dulu buat video cerita seram sekarang buat video lucah.

Dulu para artis payah nak cari makan, sekarang ramai lumayan pendapatan.

Dulu orang Melayu ketinggalan ekonomi, sekarang orang Melayu masih ketinggalan di sana sini. Orang dah jauh sampai ke bulan, kita masih lagi "Engkau laksana bulan".

Tiga puluh tahun dulu gaji mula akauntan dua ribu, sekarang pun masih dua ribu. Tiga puluh tahun dulu rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail harga RM60,000, sekarang harga dekat RM500,000.

Tiga puluh tahun dulu ekonomi kita lebih kurang sama dengan Taiwan, Korea dan Singapura, sekarang kita bukan lagi Asian Tiger. Dulu paras gaji kita sama mereka, sekarang kita dah ditinggalkan mereka.

Dulu Amanah Saham Nasional orang Melayu yang beli, sekarang orang Melayu tak larat nak beli. Dulu ada Bank Bumiputera sekarang yang ada Kelab Golf Rahman Putra.

Dulu duit kita dua ringgit setengah satu dolar Amerika, sekarang duit kita tiga ringgit setengah satu dolar Amerika.

Dulu orang Malaysia membeli-belah di Singapura, sekarang orang Singapura membeli-belah di sini pula.

Dulu rasuah adalah juga, sekarang ini sudah berleluasa. Sudah 52 tahun kita merdeka, masih ada kemiskinan tegar, Pasar Chow Kit tak bertukar.

Dulu sungai-sungai kita boleh mandi, sekarang semua dah dicemari.dulu tepi sungai ditanam sayur kampung tapi sekarang ni dipelihara babi dan kerana itulah kita diserang selsema babi.

Dulu kita banyak tanam padi, sekarang kita banyak import padi. Dulu terbongkok-bongkok kita tanam padi, sekarang pun masih terbongkok-bongkok tanam padi.

Dulu anak petani mahu kerja di sawah, sekarang buruh Siam yang jadi mewah.

Dulu pekerja asing adalah juga, sekarang dia orang dah melambak-lambak.

Dulu anak-anak muda rajin mengaji, sekarang anak-anak muda ramai yang ambil ekstasi.Dulu anak anak muda sangat ramah tapi sekarang diajar buat demonstrasi untuk menetang kerajaan.

Dulu di universiti ramai pelajar lelaki, sekarang entah ke mana pergi. Dulu pelajar asing datang nak belajar, sekarang dah banyak aktiviti luar.

Dulu dapat pink form jadi kaya sekelip mata, sekarang banyak kemudahan dah tak ada. Dulu pengerusi sini pengerusi sana, nama ada saham orang lain punya, sekarang pengerusi tak ada, saham pun tak ada.

Dulu tak ada duit ceti jadi payung, sekarang tak ada duit pergi jumpa ah long.Dulu Raja menjadi Payumg tapi sekarang ni kata kata Dap yang menjadi ikutan Pas.

Dulu eksport jadi sandaran, sekarang yang penting ilmu pengetahuan. Dulu hasil keluaran bernilai rendah, sekarang kenalah tingkatkan nilai tambah.

Dulu orang Melayu tak pandai berniaga, sekarang banyak pula skim cepat kaya.

Dulu orang guna mesin taip lagi, sekarang orang dah guna PC. Dulu telefon bimbit berat nak angkat, sekarang seorang ada tiga dan empat.

Dulu jalan mana-mana pun selamat, sekarang silap haribulan beg tangan kena rembat. Dulu halal haram orang tak kisah sangat, sekarang sijil palsu 'Halal' pun orang buat.

Dulu Islam lalui zaman gemilang, para ilmuwan begitu terbilang. Sekarang umat Islam dah tinggal belakang, meletupkan diri untuk berjuang.

Dulu kita disuruh "Bekerja dengan Saya", sekarang konsep 1Malaysia. Dulu ramai pejuang bangsa, sekarang di mana mereka berada?

DULU PAS NAK PERPADUAN TAPI SEKARANG NI PAS NAK HAPUSKAN PERPADUAN DAN TEGAKAN KEMUNGKARAN,DULU PAS MEMBANTU ORANG MELAYU TAPI SEKARANG PAS LEBIHKAN ORANG LAIN SELAIN BANGSA SENDIRI,DULU PAS SAYANGI RAJA RAJA TAPI SEKARANG MACAM DAH TERBALIK,DULU PAS PERTAHANKAN PERJUANGAN ISLAM TAPI SEKARANG NI PAS KENA DENGAR DULU APA KATA DAP DAN PKR,DULU PAS KETUA TAPI SEKARANG NI PAS JADI PENGGIKUT DAP.

KITA RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI..............

3 ulasan:

  1. UMNO tonggang arak selama 52 tahun memerintah Selangor dan sekarang baru sedar rupanya arak tu hukumannya haram. Sebelum tu bagi UMNO arak tu halal

    BalasPadam
  2. tepuk taik dlm jamban kena muka sendiri..umno la punca semua yang hang tulis tu...

    BalasPadam
  3. Salam,

    Take beeeer !!!! Take beeeer !!!!
    PAS,
    Dulu ceramah agama berapi-api,
    sekarang penuh dengan caci maki,
    Dulu ikut sunnah Nabi,
    sekarang takut kepada babi.....

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH