Sebelum pihak lain menuding jari kepada kerajaan dan polis ekoran insiden perhimpunan haram anti ISA yang melumpuhkan ibu negara selama enam jam, hari Sabtu, salahkan dulu penganjurnya serta parti PAS yang jadi dalang utama.
Walaupun sebelum ini, perhimpunan itu diajurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetapi ianya mendapat sokongan pembangkang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.
Bagaimanapun, demonstrasi jalanan bukan budaya DAP, suara reformasi PKR pula sudah hampir berkubur dan jika sesiapa melihat sendiri kejadian di ibu negara kali ini, jelas PAS menjadi boneka bagi mencapai tujuan politik pihak tertentu.
Golongan ini beria-ria mahukan ISA dihapuskan kerana tahu selagi undang-undang itu ada, matlamat mereka untuk tujuan politik tidak akan tercapai.
Tanpa disedari, pemimpin pembangkang lain memperkudakan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob sebagai Cif Komandan bagi menggerakan pemimpan serta ahli-ahli PAS supaya beramai-ramai menyertai himpunan tersebut.
Beliau juga berjaya membawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun padang sekaligus mencetuskan semangat lebih ramai ahli-ahli parti itu terutama Unit Amal PAS untuk berdemonstrasi.
Maka bertembunglah Unit Amal ini dengan anggota keselamatan-Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis yang terpaksa bertugas menghalang perhimpunan haram itu.
Tanpa disedari, pertembungan kedua-dua pihak ini jelas dilihat bertembungan sesama Melayu kerana sebilangan besar pegawai dan anggota polis adalah orang Melayu manakala Unit Amal dan penyokong GMI jelas Melayu juga.
Perkara inilah yang tidak disedari oleh PAS tetapi mungkin rakan-rakan parti lain yang merancang insiden buruk itu bertepuk tangan dengan apa sudah terjadi.
PAS kini sudah hilang arah tujuan sejak bersengkokol dengan PKR dan DAP.
Perhimpunan itu juga membabitkan ramai golongan muda dipercayai penuntut-penuntut Intitut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Penahanan beberapa orang daripada mengesahkan bahawa penuntut-penuntut terbabit yang kemungkinan menerima biasiswa dan bantuan untuk belajar akhirnya memilih ‘mengigit tangan yang melepaskan mereka tersepit’.
Mereka bukan sahaja penuntut lelaki tetapi penuntut perempuan yang menutup sebahagian muka dengan tudung dan penutup hidung bagi mengelak wajah mereka dikesan.
Manakala Unit Amal PAS pula, sudah semakin berani mengambil alih tugas demonstrasi jalanan bahkan sanggup berdepan dengan FRU dan Polis.
Sebahagian mereka sudah berkumpul di Sogo dan Kompleks Pertama dan sebaik perhimpunan besar bermula kita-kira jam 2.15 petang, mereka meluru keluar sambil mengeluarkan baju merah seragam Unit Amal yang disorokkan sebelum itu dan memakainya.
Sebab itulah, dalam beberapa minit mereka seramai kira-kira 200 orang sudah membentuk perisai manusia di depan Sogo untuk memulakan perarakan ke Dataran Merdeka dan Istana Negara.
Bagaimanapun, kumpulan itu yang sudah disertai kira-kira 1,000 penyokong serta ahli GMI dihalang FRU dan Polis yang turut membentuk perisai manusia.
Selepas enggan mematuhi arahan bersurai, FRU dan polis kemudian bertindak menyerbu kumpulan itu bagi menahan mereka kerana kesalahan berhimpun secara haram,
Dalam beberapa kejadian serupa, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan semburan ‘water canon’ bagi menyurai perhimpunan penyokong demonstari itu yang sudah menguasai Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.
Tindakan itu menyebabkan mereka bertempiaran lari masuk ke Kompleks Pertama manakala Kompleks Sogo sudah ditutup lebih awal atas arahan polis.
Hampir semua kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula depan Pertama hingga ke Dataran Merdeka terpaksa ditutup sepanjang insiden polis mahu menyuraikan kumpulan terbabit.
Ketika kejadian antara jam 2 petang hingga 6 petang itu, ada orang awam dan kumpulan terbabit demonstrasi pengsan akibat terjatuh dan terkena gas pemedih mata.
Ini tidak termasuk lebih 500 orang yang ditahan kerana terbabit perhimpunan haram anti ISA tersebut. Sebilangan besar dalah orang luar yang datang ke ibu negara semata-mata mahu membuat angkara.
Malangnya ketika semua mereka bakal berdepan tindakan undang-undang, peniaga-peniaga mengeluh rugi dan barang perniagaan rosak, pemimpin pembangkang duduk selesa di bilik hawa dingin di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Hadi, Salahuddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar dan Lim Kit Siang dan ramai lagi hanya muncul seketika ketika kumpulan Anti ISA itu berkumpul berhampiran Pertama Kompleks dan ketika FRU melepaskan gas pemedih mata dan tembakan water canon, mereka ke ibu pejabat PAS.
Semua pemimpin pembangkang terbabit dalam sidang media di tempat itu mendakwa berpuashati kerana perhimpunan itu mencapai sasaran. Kesudahan perhimpunan itu tidak membawa sebarang erti kepada tujuan menghapuskan ISA sebaliknya laungan politik Hidup Anwar dan mengecam Datuk Seri Najib Tazak.
Mereka tidak memikirkan langsung kesan tindakan itu menyebabkan orang ramai takut masuk ke pusat bandar, yang sedia ada terperangkap tidak boleh keluar, peniaga kerugian malah macam-macam musibah lagi boleh berlaku jika Unit Amal PAS bertembung dengan polis.
Apakah pemimpin pembangkang terutama pemimpin PAS boleh menanggung kerugian dan semua beban ekoran tindak tanduk mereka itu? Siapa pula harus menanggung dosa angkara kejadian buruk hari ini?
Dan sekadar ingin meminjam sebahagian kata-kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, setelah melihat insiden yang memalukan negara di ibu negara hari ini, “ Pergi jahanamlah PAS’.
salam ziarah bro...
BalasPadamBro, ANwar perlu buat sesuatu untuk mengalih perhatian rakyat terhadap berbagai-bagai kebaikan yang diumum oleh DS Najib, satu cara yg digunakan sejak dulu kala lagi RUSUHAN...
Salam Bro,
BalasPadamTelah kita ketahui bahawasanya PAS hanya layak jadi pencacai kepada DAP dan PKR. Apa yang diarahkan oleh DAP dan PKR mereka akan lakukan tanpa memikirkan apakah musibahnya, yang menjadi mangsa adalah rakyat atau peniaga-peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Inikah perpaduan yang mereka laungkan selama ini? Mereka hanya suka melihat bangsa sendiri menjadi huru hara, sedangkan bangsa lain hanya bersorak sambil bertepuk tangan. Mengapa pemimpin-pemimpin DAP,PKR dan PAS tidak berada dibarisan hadapan? Mengapa mereka berada berhampiran dengan Ibu Pejabat PAS diJalan Raja Laut? Sebenarnya mereka-mereka ini adalah bacul dan penakut. Takut disembur dengan gas pemedih mata dan "water canon" dan ditangkap oleh Polis.
Saya amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh pihak Polis. Tahniah kepada PDRM. Pengorbanan PDRM haruslah mendapat pujian.
Sekian.