Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar, berkata Umno mencabar Pas yang kononnya memperjuangkan Islam supaya bertindak sewajarnya untuk mendesak Liu digugurkan.
Beliau berkata, Pas yang mempunyai ramai pemuda dan ulama yang konon mahu menegakkan Islam sepatutnya boleh menggunakan pengaruh itu untuk menyingkirkan pihak yang mempersendakan Islam. Katanya, Pemuda Pas yang dilihat lantang mengkritik sepatutnya bertindak untuk memprotes Liu yang menimbulkan keresahan umat Islam kerana didakwa campur tangan dalam operasi merampas minuman keras.
"Mana pejuang Islam dalam Pas? Mana hero dan Pemuda Pas ketika rakan sebantal mereka buat komen mengenai Islam walaupun dia tidak faham? katanya selepas merasmikan Bloggers Patriot di Bangunan Umno bahagian Shah Alam di sini, malam kelmarin.
"Mengapa tidak buat demonstrasi lebih besar berbanding demonstrasi menentang Akta ISA yang sudah lapuk dan bermusim," katanya pada sidang media selepas merasmikan Bloggers Patriot di Bangunan Umno bahagian Shah Alam di sini, malam kelmarin.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, Umno yakin Pas tidak mampu bertindak atau membuat desakan kerana parti itu hanya menjadi ‘pak turut’ dan sanggup dipergunakan.
"Apabila orang Umno tersilap cakap pasal agama, Pas terus mengutuk dan menuduh Umno tidak tahu pasal Islam. Ini ‘ustaz DAP’ yang buat silap, kita mahu tengok Pas berani atau tidak desak Liu letak jawatan.
"Jika Pas tak mampu bercakap atau mendesak, ini menunjukkan Pas sanggup menggadai maruah Islam demi kepentingan politik," katanya.
Noh berkata, Liu banyak menimbulkan kontroversi termasuk 'melompat' apabila Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa ada Exco Selangor menggunakan pejabat untuk mengadakan mesyuarat dengan kongsi gelap walaupun Wee tidak menyebut nama Exco itu.
"Sekarang dia (Liu) membuat 'fatwa' yang tidak betul mengenai Islam, tetapi Umno mahu lihat adakah Pas mampu mendesak supaya Liu digugurkan," katanya.
Kelmarin, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali mendesak kerajaan negeri supaya Liu digugurkan daripada senarai Exco.
PAS dulu perjuang Islam
BalasPadamPAS sekarang gadai Islam.