Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Umno bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu secara terus-menerus melabelkannya sebagai pengkhianat bangsa Melayu.
"Saya mahu Umno memikul tanggungjawab jika apa-apa terjadi ke atas saya," kata beliau pada sidang media yang diadakan di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini sebentar tadi.
Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau kini bimbang dengan keselamatannya memandangkan isu berkenaan dilihat dari sudut "perkaumman."
Baru-baru ini, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Sri Gading di Batu Pahat menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu.
Berikutan kenyataan itu, Anwar menerusi peguamnya dilaporkan menghantar surat tuntutan meminta Muhyiddin memohon maaf atau berdepan saman sebanyak RM100 juta.
Semalam pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengadakan perhimpinan aman di pekarangan Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur menyokong kenyataan Muhyiddin itu.
Bernama melaporkan, hari ini di Ipoh, kira-kira 300 individu daripada 30 pertubuhan bukan kerajaan di Perak berhimpun di pekarangan Bangunan Umno Perak di sini sebagai menyokong kenyataan Muhyiddin.
Kumpulan itu berhimpun kirakira sejam setengah dengan membawa beberapa sepanduk yang menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin serta menyelar Anwar.
Mereka terdiri daripada anggota persatuan dan pertubuhan yang bernaung di bawah Dewan Perniagaan Melayu Perak (DPMP), Gabungan Kontraktor Melayu Perak serta beberapa NGO.
Yang Dipertua DPMP, Datuk Ahmad Mahiyuddin Abdullah berkata, angkara Anwar sejak kebelakangan ini menghakis perpaduan orang Melayu dan kaum di negara ini.
Sendiri buat sendiri tanggung la..
BalasPadamtak habis habis lagi,dia yang dapat sedap orang lain kena tanggung..bolo punya olang...
Anwar semmakin takut sebab tak lama lagi dia akan masuk dalam. Hahahha
BalasPadamSalam Perjuangan
UMNO Pukimak bergema di Ipoh
BalasPadam