tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 22 Ogos 2009

PERMATANG PASIR:APABILA NIK AZIZ MENJADI PELAKON

Sebuah filem dibintangi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai pemandu teksi dan sebuah lagi tokoh PAS Datuk Nik
Aziz Nik Mat antara lima belas filem pendek yang menjadi tarikan utama di portal 15Malaysia.

Portal www.15malaysia.com yang mula beroperasi Isnin lalu merupakan projek pertama seumpamanya di negara ini yang memberikan muatturun filem-filem berkenaan – khusus untuk disebarkan lebih meluas di Internet.

Dalam Meter, Khairy membintangi watak seorang bekas ketua Pemuda sebuah parti politik yang kini memandu teksi sebagai mata pencarian - menghiburkan bagaimana melihat ahli politik itu menyampaikan sindiran-sindiran terhadap partinya sendiri dengan bersahaja melalui lakonan.

Sindiran popular, antaranya, membandingkan pakaian seragam sayap Pemuda Umno yang mirip dengan kod pakaian pemandu teksi – berkemeja putih dan berseluar gelap.

Filem arahan karyawan muda Benji itu menceritakan bagaimana Khairy mengambil dan menurunkan beberapa orang penumpang dan berbual-bual dengan mereka berhubung isu-isu popular – bahasa
kebangsaan, bola sepak kebangsaan, lompat parti dan juga isu keris.

Turut membintangi Meter, penyanyi rap Namawee yang sebelum ini mencetus kontroversi dengan klip video lagu bertajuk 'Negarakuku', selain pemuzik Jason Lo.

Benji, yang ditemui Malaysiakini baru-baru ini semasa pelancaran himpunan 15 filem tersebut, berkata watak pemandu teksi dalam Meter juga cerminan sikap orang Malaysia yang suka mengeluh tentang isu-isu kehidupan mereka tetapi tidak memberi apa-apa saranan berkesan untuk memperbaiki keadaan.

"Filem kami ini lebih kepada komedi. Konsepnya ialah mengenai seorang pemandu teksi yang suka melontar pandangan-pandangan dengan selesa daripada tempat duduknya sendiri.

"Itulah yang dia buat, komplen, komplen dan komplen,” katanya lagi.

Penerbitnya Pete Teo pula berkata, pihaknya bernasib baik kerana
mempunyai ramai kenalan di dalam bidang politik yang banyak membantu mereka mendapatkan kerjasama ahli-ahli politik berkenaan dalam projek 15malaysia.

Pete sebelum ini popular dengan projek Malaysia Artistes for Unity
menambah, projek yang memakan masa selama tiga bulan ini merupakan medium yang berkesan kepada ahli politik berkenaan untuk mendekati rakyat, selain menjadi pentas kepada karyawan muda untuk mengetengahkan karya mereka.

"Kami ada ramai kawan-kawan yang bergiat dalam politik, ini banyak membantu.

"Tapi saya katakan kepada ahli politik ini, mereka perlu masuk dalam
projek ini sebagai rakyat malaysia. Mereka tidak boleh datang dan kata undi parti ini atau parti itu," tegasnya.

Pengarah filem Pokok yang memaparkan Nik Aziz, menteri besar Kelantan, pula berkata pengarah telah diberikan kebebasan kreatif sepenuhnya dalam menghasilkan karya mereka.

"Tapi ini selepas subjek filem ini telah dipersetujui dengan
penerbit," kata Amir Muhammad, yang popular kolumnya dan filemnya yang diharamkan seperti Lelaki Komunis Terakhir.

Filem beliau antara dua dokumentari yang ditampilkan dalam 15 koleksi filem tersebut, yang selebihnya merupakan karya fiksyen.

Amir tidak bersedia dengan skrip, tetapi meminta Nik Aziz menjelaskan satu hadis berkaitan ekonomi.

Selain rakaman temubual dengan Nik Aziz, beliau juga memasukkan rakaman aktiviti-aktiviti berjual beli di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu.

"Hadis itu memberitahu tentang cara kerja yang dirahmati tuhan. Ia juga menjelaskan kita mendapat balasan daripada apa yang dikerjakan. Anda tidak boleh mendapat duit tanpa membuat apa-apa. Dan ada juga mengenai bersedekah," kata Amir lagi.

Beliau bagaimanapun berpendapat filem-filem yang ditonjolkan dalam kumpulan filem 15Malaysia itu bukanlah gambaran paling jelas mengenai Malaysia.

"Ada aspek yang tidak ditonjolkan, seperti isu pendatang asing. Kita bukan hanya hidup dalam kalangan orang Melayu, Cina dan India sahaja. Ada juga orang imigran," katanya lagi.

Secara umumnya filem-filem itu setiap satunya diterbitkan dengan tiga versi sari kata: bahasa Melayu, Cina dan Tamil.

Selain memaparkan Khairy dan Nik Aziz, koleksi filem itu turut menampilkan beberapa ahli politik termasuk pemimpin MCA
Datuk Seri Liow Tiong Lai dan pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim serta Tian Chua.

Kesemua filem ini akan dapat ditonton secara berperingkat-peringkat.

Dua filem - Potong Saga (dibintangi Namawee) dan Chocolate (dibintangi Sharifah Amani, arahan Yasmin Ahmad) kini boleh dimuatturun dan ditonton melalui pelayan video popular Youtube.

1 ulasan:

  1. Org tua ni mmg ada bakat berlakon. Salah satu lakonan yg terhebat ialah pandai cakap pusing-pusing...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH