tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 29 Ogos 2009

TEOH BENG HOCK:SPRM TOLAK TEORI YANG TEOH DISERANG FIZIKAL DAN MENTAL

Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd. Ashraf Mohd. Yunus menolak teori peguam Gobind Singh Deo bahawa dua pegawai suruhanjaya diarah melakukan serangan psikologi dan penderaan terhadap Teoh Beng Hock untuk membuat setiausaha politik exco Selangor itu mengalah dan memberikan pengakuan seperti yang dikehendaki SPRM.

Ashraf, saksi ke-19 pada prosiding inkues di Mahkamah Koroner di sini hari ini, turut menafikan dakwaan Gobind bahawa serangan fizikal dan mental terhadap Teoh berlarutan sehingga lewat pagi di pejabat SPRM di Tingkat 14 Plaza Masalam di sini, sebelum beliau ditemui mati tertiarap di Tingkat 5 bangunan itu pada 16 Julai lepas.

Dalam keterangannya, Ashraf berkata, beliau diarahkan oleh Ketua Unit Siasatan SPRM Hairul Ilham Hamzah untuk membantu penolong penguasa Arman Alias menemu bual Teoh berhubung tuntutan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Ean Yong Hian Wah.

"Saya hanya menyemak dan menyusun dokumen yang dicetak dari komputer riba Teoh dan bertanyakan dokumen mana yang ditandatangani olehnya," katanya.

Ashraf berkata, beliau dan Arman menemu bual Teoh di pejabat SPRM selama dua jam mulai 10.40 malam pada 15 Julai lepas.

Beliau berkata, walaupun Teoh gagal memberikan penjelasan berhubung empat invois yang dicetak dari komputer ribanya, Teoh masih memberikan kerjasama sepanjang tempoh temu bual itu.

Sambil menegaskan beliau tidak pernah menggunakan sebarang unsur kekerasan ke atas Teoh, beliau berkata, "saya hanya buat semakan dokumen sahaja, buat apa hendak guna kekerasan."

Gobind kemudian membalas: "Saya katakan kepada kamu, peranan kamu sebenarnya ialah untuk melakukan serangan psikologi dan mendera Teoh sehingga kamu dapat jawapan yang kamu hendak.

"Kemudian kamu akan melaporkan kepada Hairul bahawa kamu berjaya mendapatkan pengakuannya dan bolehlah merekodkan kenyataan Teoh selepas itu," cadang Gobind kepada Ashraf.

"Kamu adalah penipu kerana apa yang berlaku sebenarnya kamu berada dalam pejabat sehingga pukul 5 pagi dan mendera Teoh Beng Hock," kata Gobind dan Ashraf menjawab: "Tidak bersetuju."

Ashraf juga berkata beliau tidak mendengar sebarang bunyi jeritan atau bunyi pertengkaran kerana berada di dalam biliknya yang tertutup.

"Awak langsung tidak boleh mendengar apa-apa? Semalam dikatakan Bulkini Baharuddin (anggota SPRM) mendengar Teoh bertengkar dengan Tan Boon Hwa. Sekarang kamu kata kamu tidak dengar apa-apa. Siapa yang menipu di sini, kamu atau Bulkini? Saya katakan semua ini penipuan," kata Gobind.

Pada peringkat ini, peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa bangun membantah soalan itu dan berkata: "Jangan buat begini. Bulkini pun belum berikan keterangan."

"Keterangan sebelum ini menunjukkan pertengkaran dalam tandas, bukan di depan bilik saksi ini, sebab itu dia tidak dengar apaapa," kata Abdul Razak.

Gobind: "Kenapa kamu pula jawab untuk dia? Kalau kamu hendak jawab, masuk dalam kandang, saya boleh tanya kamu."

Abdul Razak: "Kamu pun buat banyak tohmahan, saya pun boleh minta kamu masuk dalam (kandang saksi) dan tanya kamu. You crossed him like hell!"

Gobind: "Hari itu mahkamah kanggaru, sekarang "hell" pula!"

Abdul Razak: "Awaklah sebenarnya kanggaru!"

Koroner Azmil Muntapha Abas kemudian segera meminta kedua-dua peguam itu menghentikan pertikaman lidah antara mereka.

Gobind, yang akur dengan perintah koroner, meneruskan sesi soal balas dengan mencadangkan kepada Ashraf bahawa pegawai SPRM sengaja memasang televisyen di ruang tamu pejabat itu dengan kuat bagi mengelak suara jeritan Teoh yang didera daripada didengari.

Saksi itu sekali lagi tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Ashraf akan menyambung semula keterangannya 8 September ini.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada di Tingkat Lima, Plaza Masalam di sini pada 16 Julai selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu

1 ulasan:

  1. Salam, habis tu, adakah pegawai SPRM atau Polis membuat penyiasatan terhadap saspek macam pondan..... kalau macam itu, penjenayah liwat dan rogol sampai mati tak mengaku walau pun terbukti air mani meleleh pada mangsa.......

    Agaknya, penyiasatan perlu dijalankan macam cara Anwar merayu, memujuk si mangsa tadah bontot kot....

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH