tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 2 April 2009

Otak dan otot dalam perjuangan UMNO

Jika keras tidak tertakik,
Jika lembut tidak tersudu
Belajarlah dari yang cerdik
Bertanya kepada yang tahu

PERBANDINGAN 'otak' dan 'otot' ini menarik perhatian saya dalam satu dialog di Hotel Borobudur, Jakarta pada 17 dan 18 Mac lalu.

Saya teringat kembali kedua-dua istilah itu bila mendengar ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada lebih 100 pemimpin Kelab UMNO Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) beberapa hari kemudian.

Najib tidak menggunakan istilah otot dan otak secara langsung tetapi mesejnya sama seperti hujah pada dialog di Hotel Borobudur.

Dialog itu berjudul Membangkitkan Memori Kolektif Kesejarahan Antarbangsa sempena lawatan sehari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Jakarta.

Dialog di Hotel Borobudur itu adalah satu contoh interaksi di kalangan ilmuwan, budayawan dan karyawan media massa dalam usaha menyuburkan rasa kebersamaan dengan melihat sejarah melalui pengetahuan yang lebih berunsur fakta, pemahaman yang lebih tepat dan penghayatan yang konstruktif. Dialog itu berusaha menjelaskan kekeliruan yang boleh menjejaskan rasa kebersamaan tersebut.

Ternyata salah faham dan kekeliruan itu memang wujud, walau pun di kalangan ahli-ahli akademik sendiri. Umpamanya, seorang wakil dari Universitas Indonesia yang menganggap Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) lebih besar sumbangan dan peranannya daripada UMNO dalam usaha mencapai kemerdekaan Malaysia (Tanah Melayu). Malah beliau sampai terlanjur berkata: "UMNO adalah parti yang tidak berkeringat."

Tanggapan beliau yang keliru itu mungkin berpunca daripada fakta yang tidak tepat sehingga mengakibatkan pemahaman yang keliru dan membawa kepada penghayatan yang tidak konstruktif.

Atau adakah itu kerana pembacaan yang berat sebelah atau memang didorong oleh rasa "romantisme perjuangan antikolonial" yang hanya dianggap sah bila menumpahkan darah.

Sewaktu menyanggah (membetulkan) pandangan profesor itu, saya menggunakan analogi atau perbandingan 'otak dan otot' yang secara kebetulan saya peroleh daripada bacaan sebuah buku Indonesia sendiri.

Saya berhujah dan cuba menjelaskan bahawa dalam memperjuangkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu, UMNO lebih banyak menggunakan 'otak' iaitu tenaga akal atau minda daripada menggunakan 'otot' iaitu tenaga fizikal yang lebih bergantung kepada kekerasan.

Memang tidak siapa pun boleh menafikan bahawa golongan 'kiri' atau 'radikal' yang diwakili oleh PKMM turut memberi sumbangan dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. Malah ini diakui sendiri oleh seorang pemimpin kanan UMNO, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman sewaktu berucap sempena majlis penganugerahan ijazah kehormat kepadanya oleh Universiti Sains Malaysia pada awal 1970-an.

Tetapi kejayaan hakiki mencapai kemerdekaan itu sebenarnya adalah hasil gerakan nasionalis kanan atau konservatif pimpinan UMNO yang menyedari bahawa kuasa kolonial Inggeris di Tanah Melayu tidak mungkin ditentang dengan kuasa 'otot' atau kekerasan.

Sebaliknya yang diperlukan ialah kuasa 'otak' berfikir dan kemahiran 'lidah' berhujah serta keupayaan mengubah suai strategi mengikut masa dan suasana.

Dengan kuasa otak, UMNO menilai kecenderungan rakyat dari semasa ke semasa. Dan dengan kuasa otak jugalah kepimpinan UMNO mengubah suai langkah dan strategi perjuangan dari semasa ke semasa. Ini dapat dilihat melalui evolusi slogan yang menjadi lambang perjuangan UMNO yang sekali gus juga membayangkan dasar dan strategi kerajaan pimpinannya.

Di zaman menentang Malayan Union cogan katanya ialah 'Hidup Melayu'. Apabila kedaulatan sultan-sultan Melayu telah dipulihkan dan semangat kemerdekaan semakin bergelora, cogan kata itu bertukar menjadi 'Merdeka'. Kemudian ini bertukar menjadi 'Pembangunan Luar Bandar' yang diikuti dengan slogan 'Serampang Dua Mata' yang menggambarkan matlamat Dasar Ekonomi Baru. Seterusnya 'Gelombang Kebangkitan Islam', 'Dasar Pandang Ke Timur', 'Wawasan 2020', 'Islam Hadhari' dan yang terakhir 'Pembangunan Modal Insan'.

Semua itu memperlihatkan keupayaan UMNO dan pucuk pimpinannya menyesuaikan diri dengan perubahan, menyusun strategi mengikut suasana dan keadaan serta menyeimbangkan tuntutan-tuntutan idealisme dengan realiti sekeliling. Dan semua itu lebih banyak memerlukan otak daripada otot.

Dalam konteks keutamaan otak itulah saya melihat penekanan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap pembangunan modal insan. Dan dalam konteks itu jugalah saya memahami seruan Najib di depan pemimpin-pemimpin Kelab UMNO Luar Negara di PWTC.

Antara lain, kata Najib: "Marilah kita memperbanyak muhasabah diri dan UMNO mestilah membuka pintu kepada golongan cendekiawan. Semoga tidak akan ada lagi tuduhan anti intelektual terhadap UMNO."

DATUK DR. FIRDAUS ABDULLAH ialah Felo Penyelidik Kanan (Pelawat) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

2 ulasan:

  1. Tiada yang menarik dengan artikel ini...

    - Din Power

    BalasPadam
  2. pergi disneyland lagi best, bukan?

    macam mana nak dapatkan kepercayaan rakyat semula sedangkan rasuah & penyalahgunaan kuasa begitu berleluasa di UMNO, dan UMNO langsung tak peduli.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH