Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang malam tadi, kini telah menjadi bahan perbualan.
Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Zahid dan Ismail selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.
Tiga artis Cina berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.
Majlis makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemui Zahid untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.
Dalam sidang akhbar tersebut, Zahid ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian yang digunakan bagi menarik pengundi Cina.
Dalam jawapannya, Ahmad menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."
"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian panas begini. Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.
"Di kawasan saya ada 20 peratus pengundi Cina, saya juga pergi ke Tokong Cina dan menghadiri majlis pengkebumian orang Cina.
"Saya tahu bagaimana hendak menghormati keluarga orang Cina dan orang mudanya," tegas Zahid.
Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina kepada BN, Zahid percaya oleh kerana kerajaaan persekutuan dan kerajaan sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah orang Cina, sokongan mereka kepada BN semakin meningkat.
Zahid yang juga timbalan pengerusi Umno Perak mendakwa sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihanraya kecil semakin bertambah.
"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.
"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.
"Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.
"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.
Sebelum itu dalam ucapannya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.
Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.
Dalam jawapannya, Ahmad menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."
BalasPadamsaya suka statement di atas. Adakah tarian itu merupakan budaya Cina? Yang saya tahu, tarian itu menyerapkan unsur dari Barat. Tarian Cina lebih sopan dari tarian seksi itu. :hehe:
Boleh berikan bukti jika tarian seksi itu adalah budaya sebenar Cina? :)
sejak bila tarian seksi menjadi kebudayaan orang Cina Malaysia.?????
BalasPadamkalau nak ikut budaya cina, kenapa tak bawa kumpulan kebudayaan cina, ini pulak bawa penyanyi seksi macam kat kelab malam je, nampak sgt ini budaya amno.
BalasPadamkenapa laman bodoh ni boleh wujud huhuhu menyedihkan kerana korang pasti dilaknat ALlah..
BalasPadamSALAM SEMUA...APAKAH APA YANG DI SIARKAN INI BUKAN KEBENARAN...PEMBANGKANG YANG MEMUTAR BELIT DUNIA MENJADI SONGSANG...SEMOGA KITA SEDAR PERMAINAN MEMUTAR FAKTA OLEH MUSUH MUSUH iSLAM .
BalasPadama'a...betul tu..tahu putar belit je kan..menteri kitorang mmg cmni, suka hiburan la..kalu xde hiburan, mn la menteri ktrg nk dtg..org2 kg pn xnk dtg...ni asyik wat ceramah je, pastu dok ngate org. tgk DS Ahmad Zahid...berjiwa rakyat, fhm kehendak pnyokong BN..wlpun dia perjuangan ISLAM HADHARI, dia ttp wat hiburan. korang xsuka..BLAH la!!ktrg BPN sokong DS..HIDUP DS..teruskan lagi hiburan kt yg lbh seksi..kt gegarkan BG yang ketinggalan tu...bia ade HIBURAN lg DS...HIDUP UMNO...HIDUP BN!!!
BalasPadamIni bukan budaya cina, ini budaya MCA yang kuat makan duit dan merampas tanah.
BalasPadam