Insyaallah Umno akan terus bersemadi didalam sanubari setiap orang melayu di negara ini.Mungkin segelintir orang melayu seperti Anwar Ibrahim yang lupa akan asal usul dengan menentang parti yang pernah mengangkatnya sebagai orang no dua dalam kerajaan.
Mungkin ini lah melayu yang dikatakan melayu mudah lupa.Anwar menjadi melayu yang tidak boleh dinasihat kerana sudah menjadi orang no dua berkuasa dalam malaysia,sikap tamak Anwar memakan diri sendiri kerana tingkah laku Anwar yang suka main belakang telah terbongkar.
Apa lagi yang sudah Anwar lakukan semasa Anwar diambang kekuasaan.Anwar lah bapa kepada gejala politik wang didalam Umno.Anwar lah yang menolak Tun Ghafar Baba.Anwar lah yang cuba menjahanamkan negara ini dengan mengikut telunjuk IMF.
Bila Anwar dibuang keluar dari Umno siapa yang bela kalau bukan PAS dan DAP yang merasakan Anwar boleh digunakan untuk memenuhi impian PAS dan DAP untuk berkuasa di negara ini.Dengan tiga prk yang akan diadakan serentak dan jatuhnya kerajaan pakatan diPerak Anwar sekali lagi cuba untuk menghancurkan perpaduan orang melayu dengan menggunakan orang melayu sebagai perisai dirinya bagi mempertikaikan kuasa Sultan Perak.
Dengan barisan kepimpinan yang baru Umno mampu untuk membawa rakyat kemercu kecermelangan agar rakyat menikmati kehidupan yang selesa.
Insyaallah Umno akan terus berdiri untuk mempertahankan bangsa malaysia dari dianiaya oleh bangsa sendiri,Umno takakan rebah tapi terus gagah.Yang akan rebah adalah pengkianat bangsa yang mengheret sama rakyat agar menyokong perjuangan mereka dalam penghinaan terhadap raja raja melayu.
Justeru demi untuk meneruskan agenda mereka (pakatan penderhaka) akan terus menerus mempertikaikan hak sultan dan kuasa sultan.Inikah pemimpin yang ingin kita jadikan pejuangbangsa.Pemimpin begini layak kita gelarkan petualang bangsa.
Yang akan rebah adalah pakatan penderhaka.Sudah ada suara suara yang mempertikaikan Anwar.Ini lah yang dirasakan oleh pemimpin PKR sendiri
Kami sudah jemu dengan pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia mengkhianati rakyat, terutama masyarakat India.Kami sudah lama bersabar dengan Anwar dan pucuk pimpinan parti, mereka tidak buat apa-apa untuk masyarakat India. Kerajaan (negeri) pimpinan Pas sama juga.
Kalai yang menyertai PKR pada 1999 juga melabelkan Anwar sebagai `Firaun.'.Anwar dulu menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'Firaun' tapi dialah sebenarnya Firaun. Dia adalah diktator dan tidak pernah menerima pandangan ahli-ahli parti,'' kata Kalai.
Seorang Adun wanita di Selangor masih bercuti panjang kerana dihantui isu gambar separuh bogel; seorang Adun PKR meletak jawatan di Bukit Selambau kerana masalah peribadi dan yang terbaru, seorang Adun PKR meletak jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang atas alasan yang samar kerana mahu menyambung pelajaran padahal beliau sedang disiasat oleh SPRM berhubung kes rasuah.
Suara yang sama pernah diluahkan oleh Ezam Mohd Noor, orang kuatnya yang turut keluar UMNO dan mengasaskan Angkatan Pemuda Keadilan. Akhirnya Ezam menyertai semula UMNO dan merupakan salah seorang penentang kuat Anwar bersama beberapa orang lagi rakannya yang bersama mengasaskan PKR (dulu KeAdilan Rakyat).
Begitu juga dengan Datuk K.S. Nallakarupan, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC dan pengarah Magnum Corporation, Malaysian Plantations, Kamunting Corporation dan Chongai Corporation.yang merupakan sahabat karib Anwar. Nalla (nama popularnya) pernah ditangkap dan didakwa kerana memiliki peluru senjata api tanpa permit semasa bersama Anwar dalam KeAdilan.
Beliau dibawa masuk ke PKR bagi mengetuai kumpulan orang India.
Nalla akhirnya keluar PKR apabila Anwar melarangnya bertanding jawatan Naib Presiden.
Ezam, Nalla dan beberapa orang lagi yang pada mulanya mahu `sehidup semati' dengan Anwar dalam PKR akhirnya terpaksa meninggalkan parti tersebut apabila sumbangan mereka dilupai dan mereka diabaikan bagi memberikan tempat kepada orang-orang baru.Jadi siapa yang akan rebah....PAKATAN PENDERHAKA YANG AKAN REBAH.....Umno akan terus tabah dalam memperjuangkan nasib rakyak.Umno akan mendapat suntikan semangat dengan kesudian bekas Perdana Menteri untuk membantu kempen BN di prk nanti
(baca sini)
KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA