Selagi Pas ingat ia mampu untuk merubah isu Arak,Pas hanya ibarat menyalak bukit..bukit tak runtuh tapi Pas yang bodoh.Walaupun hajat Pas baik tapi kerja yang dilakukan Pas amat bingai.Siapa Pas hendak salak bukit.Kalau Pas mahu hajat nya supaya arak di berhentikan jualannya Pas harus lebih berani dengan keluar dari Pakatan Rakyat.
Pada saya Pas tak berani untuk buat sesuatu yang dilihat mampu untuk mempertahankan maruah Islam.Pas rela agama Islam dipermainkan dari mempertahankan agama Islam dari dipersendakan oleh rakan rakan sehati sejiwa yang Pas agungkan selama ini.Bagi Pas Dap lebih Islamaik Dari Umno.Dan inilah hasilnya apa yang Pas laungkan selama ini dan inilah balasan Pas pada orang Islam yang dilihat hanya hangat hangat tahi ayam dalam perjuangannya mengharamkan arak dijual pada orang Islam.Inilah rakan Pas yang selama ini Pas anggap jujur dalam persahabatan Tapi Pas terus menjadi buta dan pekak kerana takut kehilangan kuasa.Bagi Pas kuasa lebih penting dari mempertahankan perjuangan Islam.
Cuba kita perhatikan apa yang dilakukan oleh MB pada Pas dan Agamanya sendir Islam?MB langsung tidak mempertahankan Pas malah tidak langsung mempertahankan kewajarannya untuk menghapuskan penjualan arak dikawasan orang Islam.Malah MB telah membenarkan penjualan dengan melaksanakan sistem kawalan sendiri (self regulation) terhadap semua kedai serbaneka dan premis yang menjual minuman keras di Shah Alam.
Ini bermakna penjualan arak akan terus dijual dimana sahaja walaupun penduduknya adalah majoriti sesuatu kawaan seperti di Shah Alam.Dalam soal ini siapa dipermainkan?Yang bingai dan bodoh adalah Pas.Pas hanya berani bersuara tapi takut untuk bertindak.
Dengan keputusan yang diambil oleh MB tadi akan menjadi lebih besar kepala Ronnie Liu yang merasakan perjuangan nya selama ini telah berjaya.Pas juga yang menjadi mangsa PKR dan DAP.MB Selangor yang ada kuasa pun tak mampu untuk mempertahankan ugama Islam.Ugama Islam telah dipermain mainkan oleh MB kerana yang perlu dipertahankan adalah MB adalah Ronnie Liu.Agama Islam dibakul sampahkan dan ketua gangster,pemabuk,dan perosak bangsa Islam di julang sebagai seorang wira.
Apa perjuangan Pas.....Dengan Dap Pas sanggup berdolak dalih...Tapi dengan Umno sanggup Pas bermusuh demi mempertahankan dasar perjuangannya.Saya pun tak tahu apa sebenarnya perjuangan Pas.Berjuang untuk agama atau berjuang untuk pangkat dunia.Ugama Islam senang senang Pas permainkan dan tidak langsung dipertahankan.Sanggup Pas lembutkan nadanya hanya kerana lebihkan rakan dari perjuangkan menegakan hukum Allah.
Kalau Pas betul betul serius dalam perjuangan nya Pas harus berani dengan keluar dari Pakatan dan Pas harus dengan lebih berani lagi dengan mengadakan kerjasama dengan Umno untuk mempertahankan kesucian agama Islam.Dimana ketegasan Pas selama ini yang dilaungkan oleh pemimpin Pas yang Ugama adalah asas pada perjuangannya.Rakyat terutama umat Islam sudah tentu merasa tertipu dengan Tindakan Pas yang tak mampu mempertahankan walaupun hanya dengan sedikit ujian Pas sudah tak mampu untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.
Apakah desakan Pas hanya satu sandiwara .Sepertimana dengan kerajaan perpaduan yang telah dicanangkan oleh HH akhirnya Umno juga disalahkan dengan menyatakan ini adalah agenda Umno untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat.Apakah dengan isu arak ini juga ianya adalah agenda Umno untuk meng huru hara kan Pakatan?Kalau inilah perjuangan Pas ,Sebenarnya Pas sudah jauh terpesong dari asas perjuangannya untuk mempertabatkan ugama Islam.
KITA SEDIH DENGAN LAKONAN PAS YANG HANYA MAIN MAIN DALAM ISU ARAK INI.AKHIRNYA NANTI PAS AKAN DAKWA INI SEMUA AGENDA UMNO....KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU ORANG PIKIR LA SENDIRI............
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Dari dulu sampai sekarang PAS hanya tahu guna modal air liur saja. Berceramah setiap malam hentam UMNO dengan air liur saja. Sekarang PAS cuba hentam DAP pun dengan air liur saja. Tindakan lain yang drastik PAS tak tahu macam mana nak buat. Suatu hari PAS mati pun dengan air liur meleleh sampai basi. Geli tengok tindak tanduk PAS. Kelantan dekat 20 Tahun Nik Aziz jadi MB. Dekat 20 tahun Nik Aziz pakai air liur saja perintah Kelantan. Pencacai PAS pun rasa manis dengan air liur pemimpin mereka.
BalasPadam