Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Speaker Pakatan Rakyat, v. Sivakumar memanggil "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak" hari ini adalah sah.
"Bagi kita Speaker yang sah adalah Speaker yang dilantik oleh DUN secara sah bukan speaker yang dilantik secara haram dari lantai.
"Soal negara ini hendak menjadi negara hukum kita kena ikut hukum. Kalau bila soal pembangkang sibuk bercakap soal hukum tapi bila Umno, dia langgar hukum pun diterima juga," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tindakan Sivakumar mengadakan sidang DUN Perak hari ini.
Hari ini, Sivakumar yang juga ADUN Tronoh mengadakan "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)" Perak di sebuah hotel di negeri itu hari ini selepas dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menempatkan DUN.
Mengulas lanjut mengenai Speaker yang dilantik Barisan Nasional (BN), Datuk R Ganesan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, MIC hanya diperkudakan sebagai Speaker dan mereka tiada apa-apa kuasa kerana kenyataan yang berlaku di Perak telah ditonton oleh jutaan orang melalui laman web.
"Kalau laporan media rasmi Umno dan kerajaan, liputan tidak diberikan. Tapi kita masih bertahan. Sidang sah hanya dipanggil oleh Speaker yang sah," katanya.
Selain memanggil sidang DUN, Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memfailkan perintah injuksi di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam bagi menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim daripada menghalang ADUN Pakatan memasuki bangunan SUK.
DAH TERANG TERANG SIDANG DUN TIDAK MENERIMA PERKENAN SULTAN ,DIKATAKAN SAH ,MANA ANWAR DAN NIZAR NAK LETAK SULTAN PERAK....APA ANWAR DAN NIZAR LEBIH BERHAK DARI SULTAN....SUDAH LA SULTAN TAK DIHORMATI...NANTI DAH BERKUASA PAKATAN RAKYAT APAKAH ADA LAGI SISTEM BERAJA DIPERAK?LU ORANG RENUNG RENUNG KAN LAH.....PIKIR LA SENDIRI....
dah anwar,nizar bodoh bubar la dun perak supaya semua boleh menang kat BN
BalasPadam1 MALAYSIA RAAYAT DIDAHULUKAN [minyak dunia tak naik msia sja naik]
PEMIMPIN SAPU SEMUA
Bila masa Zambry menjadi MB pilihan rakyat? Yang aku tahu Zambry adalah pilihan mahkamah. MB pilihan mahkamah adalah HARAM dari mata rakyat.
BalasPadamKau pun turut bangang sama kalau masih anggap DUN Perak celup BN itu adalah sah!!!