Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai pemimpin yang selalu melaungkan keadilan terhadap semua pihak, Anwar tidak seharusnya melakukan sesuatu yang menjurus kepada ketidakadilan kepada pihak lain.
"Atau mungkin Anwar Ibrahim ini tidak peduli soal Saiful dapat keadilan atau tidak?
"Cuba kalau dia berada di tempat Saiful, sudah tentu dia mahu kes ini dipercepatkan," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Mohd. Saiful mempersoalkan layanan yang diberikan terhadap bekas majikannya itu sehingga perbicaraan sebenar masih tidak dapat berlangsung sehingga kini.
Ini berikutan Anwar diberi terlalu banyak ruang mengemukakan permohonan demi permohonan termasuk yang tidak berasas hingga timbul persoalan sama ada layanan sama akan diberikan jika ia dilakukan oleh rakyat biasa.
Dalam hubungan ini, Ibrahim berkata, Anwar sengaja meminta penangguhan tersebut kerana takut untuk mendengar keputusan mahkamah.
"Sebab itu dia guna undang-undang untuk minta macam-macam, sebab mahu tangguhlah. Mungkin juga dia mahu kes ini berlarutan sehingga pilihan raya umum akan datang, ada la dia modal nak bercakap," jelasnya.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (Prowaris), Feris Omar berpendapat, menteri terbabit dan Peguam Negara perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa kes ini ditangguhkan begitu lama.
"Alasan-alasan itu perlu dijelaskan kepada rakyat memandangkan perbicaraan ini mendapat perhatian ramai," katanya.
Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, Anwar memang bijak mengambil kesempatan terhadap kelemahan undang-undang di negara ini.
"Apa yang Anwar buat ikut peraturan. Sebab itulah mahkamah kena benarkan permohonan tersebut. Kita juga perlu menghormati undang-undang,'' katanya.
Skrip haruslah dimantapkan lagi. berapa agaknya jumlah BIASISWA yang Saiful DAPAT??? dan dia tengah duk BELAJOR kat mana skarang?!!!!!!!!!!!!
BalasPadam"Kapal Selam Dah Sampai"
satu dunia tahu tuduhan itu saja diadakan. Tak payah nak panjang cerita lagi. Tak percaya? Tanya pada Tun. kalau xsuka anwar ibrahim janganlah sokong dia , sudah-sudahlah jangan buat tuduhan yang meloyakan rakyat. tapi kalau nak jadi saksi di padang masyar depan allah silakan. tapi kalau nak fitnah tanpa bukti kukuh dan tak masuk akal terpulang, Rakyat buka bodoh dan tak suka diperbodohkan macam lembu-lembu kat shah alam tu.
BalasPadamSemoga ALLAH tunjukkan kebenaran di sebalik apa yang berlaku...
BalasPadamukhuwah tanpa nama:
BalasPadamtak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata...
ana hairan bercampur ajaib, kenapa DSAI tidak mahu bersumpah setelah di suruh berkali-kali??? dan mohd sabu sendiri pernah menggelarkan DSAI sebagai al-juburi, takkan anta tak percaya dengan kata-kata seorang ulama??
ana bukan nak menuduh, kerana berdosa besar memfitnah sesama islam, tapi dalam satu kitab menyatakan jika seseorang tidak mahu bersumpah setelah di suruh 3 kali, itu menunjukkan dia telah mengaku bahawa dia adalah salah...
tapi bukan ana nak mengatakan DSAI bersalah dalam hal ni..cuma kalau DSAI bersumpah bukankah lebih elok?? barulah rakyat tidak keliru...
maafkan ana kalau ana tersilap.
ukhuwah...