Sebagaimana didalam HARAKAH yang menyifatkan dialog yang tidak bertamadun.Bagi saya memang ada kebenaranya ulasan HARAKAH itu dimana MB dan pemimpin Pas lah yang tidak bertamadun bila selama ini tidak mahu langsung mendengar rintihan orang Islam di sana.Kalau betul lah Pemimpin ini mempunyai tanggungjawab kenapa sesudah timbulnya persoalan ini baru MB dan pemimpin Pas ingin mengadakan dialog yang sudah tentu akan menhuru hara kan sesi dialog ini.Bukan rakyat yang sebenarnya tidak bertamadun tapi pemimpin kerajaan Selangorlah yang tidak layak dipanggil seorang pemimpin.
PENDUDUK Seksyen 23 Shah Alam melepaskan geram kepada Abdul Khalid yang hadir pada sesi dialog untuk memberi penjelasan mengenai isu pemindahan kuil di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, semalam.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di'boo' lebih 200 penduduk Seksyen 23 yang menyertai sesi dialog di Dewan Bankuet, Wisma MBSA, di sini, semalam ketika menjelaskan isu pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.
Selain beliau, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail turut di'boo' lebih 10 kali oleh penduduk terbabit yang mendakwa kerajaan negeri lambat bertindak dan hanya mahu berdialog selepas ia menjadi isu nasional.
Ahli Parlimen Shah Alam yang bangun mahu memberi penjelasan berhubung perkara sama tidak diberi langsung peluang bercakap, sebaliknya disuruh duduk oleh penduduk kerana tiada ruang disediakan untuk beliau berucap. Malah, ada penduduk yang mengacah untuk membaling kasut sebagai tanda protes kepada ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat itu.
Ketika majlis dibuka kepada penduduk untuk bertanyakan soalan, seorang demi seorang tampil melepaskan geram kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwa lambat memberikan reaksi untuk berbincang.
Menteri Besar terpaksa memberhentikan majlis berkenaan apabila seorang penduduk yang menyokong kuil berkenaan dipindahkan ke Seksyen 23 membangkitkan soal azan lima kali sehari yang membangkitkan kemarahan penduduk.
SEORANG daripada penduduk Seksyen 23 ditenteramkan orang ramai selepas berlaku perang mulut dengan penguat kuasa MBSA di Dewan Banquet MBSA, Shah Alam, semalam. |
Pada sidang akhbar khas di kediaman rasminya selepas itu, Abdul Khalid mengumumkan cadangan pemindahan kuil itu dibekukan sehingga satu lokasi baru lebih sesuai ditemui.
Katanya, cadangan itu terpaksa dikaji semula selepas mendengar rintihan dan protes penduduk Seksyen 23 dalam dialog berkenaan.
Sehubungan itu, beliau mahu masyarakat di situ tidak lagi membangkitkan isu berkenaan sehingga kerajaan negeri mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasinya.
"Kita mendengar pandangan bukan saja daripada masyarakat Islam, tetapi juga Hindu yang bermastautin di Seksyen 23. Kita prihatin keinginan mereka untuk mendapat sebuah kuil di kawasan itu tetapi ini bukan mudah diselesaikan.
"Ia akan dilakukan seberapa segera sebab kita rasa masalah pemindahan kuil ini mesti diselesaikan. Kalau tidak ia akan berpanjangan," katanya.
Sejam sebelum itu, pergaduhan hampir tercetus di dalam dewan di antara lebih 200 penduduk Seksyen 23 dengan wakil kerajaan negeri dan sekumpulan wakil komuniti India yang menyokong pemindahan kuil ke kawasan itu.
Sesi dialog bermula kira-kira jam 10.10 pagi dengan perang mulut antara penduduk dan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) apabila anggota terbabit tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan itu memasuki dewan.
Kekecohan kedua timbul apabila beberapa penduduk menghalau keluar empat anggota unit amal Pas yang berada di dalam dewan kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.
Sebaik Abdul Khalid, Khalid dan Rodziah memasuki dewan, mereka di'boo', selain penduduk enggan mendengar taklimat yang mahu disampaikan Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor mengenai pembangunan Shah Alam dengan membuat bising dan berkeras mahu mendengar keputusan Menteri Besar mengenai isu pemindahan kuil.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Kuil Seksyen 23, Mahayuddin Manaf, ketika ditemui, berkata tujuan penduduk menghadiri dialog untuk mencari jalan penyelesaian, selain menyuarakan bantahan terhadap pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka.
"Hari ini penduduk hadir dan menyuarakan kemarahan mereka. Sejak Mei lalu hingga sekarang, baru kerajaan negeri panggil ke sini untuk berdialog, itu pun selepas masalah ini menjadi isu nasional," katanya sambil menambah kerajaan negeri sengaja mencetuskan kemarahan penduduk.
Ditanya keputusan yang dibuat Menteri Besar, Mahyudddin berkata pihaknya berharap kerajaan negeri bersungguh-sungguh untuk mencari tapak lain lebih sesuai untuk kuil berkenaan dan bukan di Seksyen 23.
Budak dadah mana yang korang kutip buat buat timbul masalah kat dialog tu?
BalasPadamNampak sangat orang ameno. Ada monyet seekor pakai topi 1Malaysia lagi tu. Nampak sangat ini angkara siapa. Inikah perubahan yang ameno asyik gembur-gemburkan?
Hebatnya.. Adakah dengan bina kuil itu mneghina agama Islam..? Adakah kepimpinan wanita UMNO yang terjojol rambutnya ala-ala sarang tebuan tu tidak menghina agama Islam..? Hebat betul UMNO ni yek.. Sendiri menghina agama tetapi tak sedar.. Islam itu akan sentiasa dipandang tinggi jika umatnya sntiasa bertindak adil dan tidak membataskan hak yang sepatutnya..
BalasPadamp/s : Tolonglah counter balik apa2 komen yang aku hantar ke blog ni.. Takkan tak tau nk counter balik kot.. Org2 UMNO kan hebat dan bijak2 belaka...
Mangkok.. AKu nak tanya kau. Korang Pencacai UMNO ni kenapa nak menggugat perkauman dalam negara. Isu arak dengan Kuil di shah alam dibesar2kan. taipi Kenapa Korang xmenentang KILANG ARAK BESAR dekat SHAH ALAM TU! kenapa yang songkok tinggi orang Umno tu xmaki pemimpin UMNO dulu yang buat Kilang Arak besar ! Korang menggugat kestabilan kaum. Kita umat islam kalau buat masjid kat tengah2 kawasan perindustrian seksyen 22, Korang Mau ker! Korang cakap lebih, idup bersama dalam negar da lebih 50 tahun, tapi pemikiran sempit.
BalasPadamKite umat islam dah dapat lebih dari yg kite nak kat malaysia ni. Kenapa kaum lain yang nak 1 kuil yang baru dan lebih selesa sikit nak sampai macam ni. akai xda ka! Org islam jenis ape korang ni. Ade Allah ajar dendam ngn kaum lain mcm ni ke. KAUM lain xkan hina agama kita kalau kita xbuat dieorang macam tu. Dieorang pun nak tempat ibadat dieorang gak. Tempat kuil yang baru tu, paling dekat dengan rumah pendudk pun ialah 200 meter. yg lama dulu jarak 20 kaki je. xde kecoh macam hangpa pun bangang!
JANGAN NAK BUAT HURU HARA!!!