tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 1 September 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:MALAPETAKA YANG KITA SEMUA INGIN ELAKAN

APA yang sedang berlaku sekarang di Seksyen 23 Shah Alam jika tidak ditangani dengan baik dan sempurna boleh membawa kepada malapetaka yang kita semua tidak ingini. Di negara berbilang kaum seperti Malaysia, nampaknya orang-ramai masih tidak mahu belajar daripada peristiwa masa lalu dan bagaimana api kebencian mudah disemarakkan atas nama kaum dan agama.

Sementara kita memahami sensitiviti masyarakat Islam yang mendiami Seksyen 23 Shah Alam akan kegelisahan mereka tentang rancangan untuk membina sebuah kuil Hindu di kawasan mereka, kita juga pada masa yang sama tidak boleh membenarkan emosi dan perasaan kebencian menguasai diri sehingga mencetuskan situasi dan keadaan yang tidak terkawal di negara ini.

Dalam konteks ini, adalah baik pandangan dan suara Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) diberi perhatian oleh kita semua demi perpaduan dan masa depan negara ini.

ABIM dalam kenyataan akhbarnya telah menasihati masyarakat Islam di negara ini supaya berhemah dalam menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dalam apa juga persoalan, terutama yang membabitkan isu-isu agama.

Ini bagi memastikan supaya segala tindak-tanduk di dalam berbantah tidak menyumbang kepada terpudarnya imej agama Islam yang amat menekankan rukun hidup yang aman dan harmoni di antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

Dalam hubungan ini, kata ABIM, sebarang tindakan yang boleh ditanggap dan ditafsirkan sebagai boleh menghina simbol-simbol kesucian agama lain hendaklah dijauhi. Ini kerana, ia boleh mengundang reaksi yang buruk terhadap keharmonian beragama dan menajamkan lagi sikap prejudis di antara penganut agama.

Malah ABIM telah menekankan bahawa prinsip akhlak dan adab Islam di dalam menangani pertikaian berkaitan persoalan melibatkan agama hendaklah dihayati oleh masyarakat Islam di negara ini berdasarkan Firman Allah di dalam surah al-An’am, ayat 108 yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mencerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas kerana tiada pengetahuan (mengenai Allah). Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia memberitahu mereka kepada mereka apa yang mereka telah lakukan”.

Sebagai sebuah organisasi gerakan belia Islam yang besar dan utama di negara ini, ABIM telah menyatakan rasa sedih mereka dan memandang berat tindakan Jawatankuasa Bertindak Pembantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 Shah Alam yang membawa kepala lembu yang telah disembelih semasa majlis bantahan yang diadakan di hadapan bangunan SUK Selangor selepas sembahyang Jumaat baru-baru ini.

Pada pandangan ABIM, tindakan seumpama itu boleh ditanggap dan disalahtafsir oleh penganut agama Hindu sebagai satu tindakan menghina agama mereka oleh masyarakat Islam.

ABIM juga menasihati umat Islam supaya merujuk kepada ahli agama yang arif di dalam membuat apa juga bentuk tindakan yang secara langsung membabitkan agama lain. Ini bagi memastikan kesucian agama Islam dan kehormatan umah sentiasa terpelihara.

Jadi jalan penyelesaian kepada perkara ini menurut pandangan ramai pihak termasuklah ABIM ialah supaya umat Islam di Shah Alam dan Kerajaan Negeri Selangor mempercepatkan perbincangan berhubung dengan isu ini supaya ia tidak berlarutan dan boleh mengundang salah faham yang berterusan.

Adalah lebih murni dan baik amalan dan budaya dialog diamalkan sehingga ke tahap tertinggi di dalam menangani isu-isu seperti ini kerana ia boleh mengelak daripada emosi dijadikan alat untuk memercikkan api kebencian dan kemarahan.

Malah lebih banyak yang boleh dicapai di meja rundingan secara adil, saksama dan penuh kewarasan daripada ’menyemarakkan api’ di tepi jalanan. Ini terbukti apabila Mahyuddin Manaf yang mengetuai jemaah yang memprotes di hadapan pejabat SUK Selangor berkata, membawa kepala lembu ke tempat protes tidak terdapat di dalam agenda mereka. Malah beliau mengakui, ia adalah perbuatan individu yang tidak puashati dengan isu tersebut.

Ini adalah bukti yang amat nyata bahawa protes jalanan tidak dapat mengawal perasaan dan emosi para pesertanya dan perlakuan-perlakuan yang ditunjukkan berbanding dengan meja rundingan yang mana segala-galanya boleh dibicarakan secara teratur dan jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingini, kita akan mengetahui apakah ia perbuatan yang mendapat restu atau tindak tanduk di luar meja rundingan.

Inilah bezanya duduk berunding dengan memprotes di jalanan.

Sepertimana ABIM, ramai yang percaya dan yakin masih terdapat ruang untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam suasana yang lebih kondusif dan bukannya dalam situasi tegang yang dikhuatiri boleh mencetuskan perbalahan antara kaum dan agama. Inilah perkara terakhir yang kita perlukan buat masa ini.

Apatah lagi insiden Jumaat lalu telah memberi modal kepada agensi-agensi berita luar negara untuk melaporkan kejadian itu dalam nada yang sangat negatif malah dikaitkan pula dengan kegagalan negara mencapai keharmonian di ambang menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-52.

Mereka pantas mengaitkan apa yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam itu dengan insiden 13 Mei 1969.

Ya, Islam adalah agama persekutuan dan oleh kerana Islam adalah agama rasmi negara lah maka kepentingan umat Islam perlu diambil kira oleh pihak berkuasa khususnya pihak berkuasa tempatan di dalam membuat perancangan tentang kedudukan rumah ibadat sesuatu agama agar peristiwa sepertimana yang berlaku di Seksyen 23 Shah Alam tidak berlaku lagi.

Pada masa yang sama, hak penganut agama lain untuk mempraktikkan amalan mereka juga perlulah dipelihara sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Ingatlah, api yang telah membakar tangan tidak meninggalkan apa-apa melainkan kesakitan dan kecacatan semata-mata.

BAGI SAYA SEBAGAI RAKYAT BIASA SEMUA INI TIDAK AKAN BERLAKU SEKIRANYA KERAJAAN DIMANA PAS ADA BERSAMA CEPAT BERTINDAK BAGI MENGELAKAN BERLAKUNYA PERKARA SEBEGINI TAPI KERANA DEK TIADANYA AMANAH BILA DILANTIK MAKA HILANGLAH KEPERCAYAAN RAKYAT PADA PEMIMPIN.INI TIDAK!!! HANYA KERANA TAKUT HILANG UNDI DAN PENGARUH DARI KAUM MEREKA PEMIMPIN PAS YANG SELAMA INI MELAUNGKAN SEBAGAI PEJUANG ISLAM SEMAKIN HILANG KEYAKINAN DAN KREDEBILITI KERANA PERJUANGAN PAS LEBIH PADA KUASA.

PAS TAKUT KEHILANGAN KUASA DAN KERANA ITULAH PAS RELA MENJADIKAN SEK.23 SEBAGAI TAPAK KUIL BAGI AGAMA HINDU WALAUPUN PAS TAHU ORANG ISLAM DISANA AKAN MEMBANTAH.INILAH KELEMAHAN PENTADBIRAN PAKATAN ...SELANGOR AKAN BAKAL MENJADI NEGERI PERAK DIMANA NIZAR BANYAK MEMBERIKAN TANAH PADA BANGSA LAIN...BANGSA SENDIRI DIANAK TIRIKAN KERANA PAS DAN NIZAR TAHU ORANG MELAYU TIDAK AKAN MEMBERONTAK DENGAN SEBUAH KERAJAAN YANG DITUNJANGI OLEH SEBUAH PARTI ISLAM.

BEGITU JUGA DENGAN SELANGOR DIMANA AKAN BANYAK LAGI KUIL AKAN DIDIRIKAN DIBAWAH PENTADBIRAN PAKATAN.APA YANG AKAN PAS LAKUKAN...PAS AKAN MENYOKONG KERANA PAS TAHU KALAU NAK KUASA PAS PERLU KORBAMKAN ISLAM UNTUK MENDAPATKAN KUASA.....PERJUANGAN PAS HANYA UNTUK MENDAPATKAN KUASA....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH