Bekas Perdana Menteri itu berkata beliau bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan BN akan menjadi mangsa kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.
Dalam satu temu bual dengan Bernama, Dr Mahathir berkata Samy Vellu perlu melepaskan jawatan Presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum lalu, malah beliau sendiri pun kalah.
"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri.
"You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah.
"Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan," katanya.
Dr Mahathir berkata, beliau berhak menegur sesiapa pun demi kebaikan BN, dan menambah: “Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur?"
"Pemimpin Malaysia belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan... tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab," katanya.
Ditanya apakah yang BN boleh buat memandangkan BN mempunyai prinsip tidak campur tangan dalam urusan parti komponennya, Dr Mahathir berkata: “Apabila ia menjadi masalah BN dan BN masih tak campur tangan, BN sendiri yang akan menjadi mangsa.”
"Kalau tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudah menjadi masalah BN... bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak campur tangan. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah.
Samy Vellu, kata Dr Mahathir, menjadi popular dulu kerana beliau (Dr Mahathir) menolongnya.
Sementara itu, Samy Vellu berkata beliau sudah membincangkan pelan persaraannya dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, Jun lalu dan berpegang kepadanya.
"Saya berbincang secara terus terang dengan Perdana Menteri ketika saya menemuinya di Sarawak dan memberitahunya mengenai
pelan (persaraan) saya,” katanya.
Mengenai kenyataan Mahathir beliau adalah liabiliti kepada BN, Samy Vellu berkata Dr Mahathir bebas menyuarakan pendapatnya.
"Saya tidak terluka dengan komennya dan hormat saya terhadap beliau tidak akan berkurang," katanya.
Bagaimanapun, Samy Vellu berkata beliau sedih apabila baru sekarang Dr Mahathir melabelnya sebagai liabiliti “tetapi ketika BN menang (pilihan raya umum), saya dianggap satu aset”.
“Saya tidak terkejut dengan komennya tetapi saya fikir beliau enggan faham bahawa kekalahan BN (banyak kerusi) pada pilihan raya umum lalu bukan kerana saya,” katanya.
Samy Vellu menganggap komen Dr Mahathir ibarat “memberitahu seorang isteri yang masih muda bahawa dia cantik dan satu aset, tetapi apabila tua, dia dilabel sebagai liabiliti".
Bagi saya Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu perlu meletakkan kepentingan Barisan Nasional (BN) mengatasi segala-galanya dengan melakukan perubahan termasuk berundur secara terhormat.Apa lagi yang Samy mahu lakukan sedangkan rakyat sudah menolak beliau semasa pru yang lalu lagi.Bukan sahaja rakyat yang menolak tapi kaum India juga sudah naik muak dengan berbagai alasan Samy untuk terus berada ditampuk kuasa dalam MIC.
Samy Vellu perlu sedar yang kekalahan teruk MIC dalam pru yang lalu adalah kerana sikap Samy yang tidak disukai oleh rakyat terutama orang India yang merasakan Samy sudah terlalu lama memegang kuasa.Jadi selepas tamat pemilihan ini Samy perlulah beri peluang pada orang lain untuk membawa MIC perubahan kerana walau apa pun perubahan yang nak dibawa Samy rakyat sudah meluat.Rasanya tidak perlu beliau berlengah lagi dengan memberi 1001 alasan. Samy perlu pandai mencermin diri dan janganlah menafikan hakikat beliau sudah terlalu lama dan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional.
Samy suka menyalahkan pihak lain termasuk kerajaan BN dan negarawan seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad. ‘‘Mereka tidak muak dengan saya tetapi dengan BN,’’ katanya semalam. Itulah strategi Samy untuk mendapatkan kembali sokongan kaum India sambil lupa hakikat bahawa rakyat lebih meluat kepada beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA