Polis mengawal ketat semua laluan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan sejak awal pagi ini bagi menguatkuasakan perintah mahkamah yang melarang orang ramai daripada berada dalam lingkungan 30 meter dari pagar bangunan berkenaan.
Polis semalam memperoleh perintah berkenaan mengikut Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah bagi mencegah perhimpunan haram ekoran "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak" yang kononnya akan berlangsung di situ hari ini yang dipanggil oleh Ahli DUN Tronoh yang juga bekas speaker, V Sivakumar minggu lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah semalam memberi amaran polis akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang terhadap sebarang perhimpunan haram di kawasan berkenaan. "Demi menentukan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak berkumpul berhampiran bangunan SUK Perak (Bangunan Perak Darul Ridzuan)," katanya.
Zulkfili berkata kerajaan negeri Perak dan Speaker DUN Datuk R Ganesan telah memaklumkan bahawa tidak ada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias pula berkata hanya penjawat awam yang bertugas di bangunan itu sahaja yang dibenarkan memasuki bangunan tersebut dan keadaan lalu lintas pagi ini agak sibuk ekoran penutupan beberapa jalan ke arah bangunan itu.Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula dijadualkan mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di pejabatnya di bangunan berkenaan, jam 10 pagi ini.
Sementara itu, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari pembangkang dan penyokong mereka mula tiba di kawasan Medan Istana berhampiran yang menempatkan ibu pejabat Pas dan DAP Perak sejak 8 pagi tadi.
Sivakumar semalam gagal dalam permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk mendapat injuksi supaya Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Dr Abdul Rahman Hashim tidak menghalang sidang DUN hari ini.
Adun pembangkang daripada Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mencuba mengadakan persidangan Dewan pada 3 Mac lalu tetapi tidak dibenarkan masuk ke dewan dan akhirnya 28 Adun berkenaan mengadakan persidangan di kawasan lapang berhampiran dan episod itu dikenali sebagai "Sidang DUN bawah pokok"
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA