Perkara isu pembinaan kuil ini adalah satu contoh kegagalan kerajaan negeri pimpinan khalid yang hanya mengambil mudah akan bantahan orang Islam.Bagi Khalid ,beliau hanya mendengar rintihan rakyat yang bukan Islam hanya kerana mahukan sokongan politik mereka.Kerana itulah Khalid akan menunaikan apa sahaja permintaan mereka walaupun ianya nanti akan membawa kemarahan rakyat terutama orang Islam sebagaimana dengan isu kuil ini.
Begitu juga dengan isu arak dimana Khalid juga dilihat gagal dalam mempertahankan perjuangan orang Islam kerana Khalid telah memberi kebenaran pada penjualan arak walaupun di kawasan majoriti kawasan itu adalah orang Islam.Dilihat Pas juga telah gagal dalam peranannya sebagai Parti yang mendukung perjuangan Islam .Pas lemah untuk menentang perkara yang mungkar ini kerana Pas tidak mampu untuk kehilangan kerusi Exco sekiranya membantah cadangan awal mereka.Bagi Pas perjuangan Islam ditolak ketepi hanya untuk mempertahankan kuasa politik didunia ini.
Berbalik pada soal kuil tadi dimana Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa, masalah kuil di Seksyen 19 Shah Alam berpunca daripada janji Pakatan Rakyat untuk memindahkannya ke Seksyen 23 bagi memenuhi janji pilihanrayanya.Sedangkan, dakwanya, Katanya kerajaan BN sebelum ini telahpun menyelesaikan masalah tersebut dengan menawarkan dua tapak cadangan - iaitu di Seksyen 18 dan 22 - yang menurutnya merupakan tapak terbaik di Shah Alam.
Masaalahya sekarang, Pakatan Rakyat berjanji kepada rakyat terutama orang hindu, apabila mereka berjaya memerintah Selangor, mereka akan membina kuil di Seksyen 23. Ini sama juga dengan kes Kampung Buah Pala. Jadi, (ini semua) untuk menuntut janji yang telah mereka katakan, bukan kerana kesalahan kerajaan BN. Kita telah siapkan (tapak cadangan). Kalau tengok, tapaknya cukup strategik dan paling sesuai," katanya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di tapak di Seksyen 18 itu, Dr Mohd Khir meminta kerajaan negeri supaya berhenti menyalahkan kerajaan dahulu dalam isu pembinaan kuil tersebut.Beliau juga menyifatkan bantahan penduduk Seksyen 23 - tempat kuil itu mahu dipindahkan - sebagai isu lama. Menurutnya, ini kerana penduduk di situ memang sudah lama membantah kuil tersebut dipindahkan ke kawasan mereka.Ekoran itu, katanya, kerajaan BN dulu menawarkan tapak baru untuk kuil tersebut di Seksyen 18 dan 22.Dr Mohd Khir juga membela tindakan sekumpulan yang membantah pemindahan kuil itu ke Seksyen 23, dengan mengadakan perarakan kepala lembu ke pejabat sekretariat kerajaan negeri, Jumaat lalu.
Beliau menyifatkan perkara itu, bukan isu agama, tetapi kepala lembu itu, menurutnya bermaksud "kerajaan telah membuat satu keputusan bodoh seperti kepala Khalid yang tidak dapat menangani kontroversi tersebut.Mungkin ada kesilapan, tetapi tujuan mereka bawa kepala lembu bukan untuk menghina orang India. Tujuannya hendak menggambarkan kerajaan hari ini bertindak tidak mengikuti fikiran. Tapak telah disiapkan, kenapa tidak berfikir? Jadi hendak tunjukkan kerajaan hari ini buat keputusan yang bodoh. Itu sahaja, bukan ada isu agama," katanya.Ditanya sama ada terdapat penglibatan Umno dalam perarakan kontroversi itu, Dr Mohd Khir berkata beliau tidak tahu dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk menyiasatnya.Saya tidak kenal pasti. Bagi tahu dia, polis siasat. Mereka yang terlibat, itu tindakan polis," katanya.
KENAPA KEDUA DUA KHALID SATU MB DAN SATU AHLI PARLIMEN MAHU KUIL DIPINDAHKAN KE SEKSYEN 23 KERANA KALAU IKUT RANCANGAN ASAL KERAJAAN BN YANG LALU KUIL ITU AKAN DIPINDAHKAN KE SEKSYEN 18 ADALAH KERANA KHALID BERDUA NI NAK TUNJUKAN PADA ORANG INDIA DAN HINDU NI YANG KUIL JUGA BOLEH DIBINA DIDALAM KELOMPOK MASYARAKAT ORANG ISLAM.JADI MEREKA BERDUA NANTI AKAN DIANGGAP HERO OLEH AGAMA HINDU SEBAGAI PEJUANG DALAM PEMBINAAN KUIL HINDU DISANA.
PADAN MUKA,NAK SANGAT RAMPAS KUASA...AHH MANA DAP, TIME PAS DAN PKR KENA MAKI HAMUN... TU YANG NAMPAK BODOH SANGAT ORANG PKR DAN PAS NI... ORANG-ORANG DAP TIME SENANG DAN MENGUNTUNGKAN BARU LER SESAMA PAKATAN RAKYAT..TIME SUSAH, PAS DAN PKR YANG NAMPAK BENGONGNYA!!!
BalasPadamSALAM HATI MINDA...MEMANG DUA DUA KHALID NI ADALAH PEJUANG KUIL HINDU...MEMANG LAYAK SANGAT KEDUA DUANYA DIBOO OLEH PENDUDUK SEK.23 TU.SETELAH HAMPIR 2 TAHUN PKR DAN PAS BERKUASA DI SELANGOR BARU KITA TAHU MEREKA NI ADALAH PEJUANG YANG INGIN MENSAMARATAKAN AGAMA HINDU DAN ISLAM.
BalasPadamSejak bila Islam dihina?? Menghina agama orang lain ader la..
BalasPadamMasih tidak mengerti nampaknya.. Kenapa harus fobia bila melihat kuil atau tokong..? Kate pendokong 1 Malaysia... Tidak tergugatnya iman seseorang tu kalau kuil ltk dlm kwsn majoriti muslim sekalipun kalau ada pegangan agama yg kukuh.. Apalah masalahnya...? Aku lihat kawasan nya baik.. 600 kaki drpada rumah yg terhampir dan ada lagi taman permainan dan dewan orang ramai antara kuil dan penempatan penduduk tu.. Susah sedikit mahu bicara dgn kmpln yg sengaja menyempitkan minda mereka...
BalasPadamkuil itu dikaitkan dengan samseng 303. siapa lah yang nak rumah mereka jadi sarang samseng. tanpa nama dan akureformasi duduk kat mana? tak duduk seksyen 23, boleh shut the f*** up.
BalasPadam