Usul-usul itu ialah untuk mengesahkan laporan "Jawatankuasa dan Kebebasan" yang bertarikh 27 Julai 2009 dan 12 Ogos 2009; pelantikan anggota bagi tiga jawatankuasa bagi penggal yang baru iaitu Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam dan Jawatankuasa Perintah-perintah Tetap.
Ia juga mengesahkan usul tergempar mengutuk tindakan polis yang didakwa menggunakan kekerasan bagi menghalang anggota dewan daripada pakatan pembangkang daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi mengadakan persidangan itu. Mesyuarat itu, yang berlangsung selama dua jam mulai 11.45 pagi, dihadiri kesemua 24 Adun pakatan pembangkang kecuali tiga orang Adun yang ditahan polis pagi tadi dan Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah, yang sedang mengerjakan ibadah umrah.
Persidangan itu turut menyediakan susunan tempat duduk Adun Barisan Nasional di sebelah kiri "Speaker" manakala Adun DAP, Pas dan PKR duduk di "pihak kerajaan yang memerintah" di kanan "Speaker".
Persidangan yang dipengerusikan oleh Adun Tronoh, S.Sivakumar, membincangkan usul pertama yang dibawa oleh Adun Changkat Jong, Mohd Anuar Sudin, usul kedua oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, manakala usul tergempar dibawa oleh Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming. Mesyuarat itu kemudiannya ditangguhkan pada 1.37 petang.
Usul pertama yang dibawa Mohd Anuar mahu persidangan itu meluluskan laporan "Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" yang dilantik oleh pakatan pembangkang itu yang telah membuat ketetapan antaranya menggantung Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selama tiga bulan daripada menghadiri sidang DUN dan didenda RM250,000 dengan alasan Zambry telah menghadiri sidang DUN pada 7 Mei lepas walaupun telah digantung sebelum itu.
Selain Zambry, jawatankuasa itu turut menggantung Exco Kanan Datuk Hamidah Osman yang juga Adun Sungai Rapat bagi tempoh yang sama serta didenda dengan nilai yang sama.
Timbalan Speaker, Hee Yit Foong, pula dicadang untuk dipenjarakan selama enam bulan dan didenda RM500,000.
Pada 27 Julai 2009,jawatankuasa itu mengesyorkan supaya Speaker DUN, Datuk R Ganesan, dihukum penjara enam bulan atau didenda RM500,000 kerana memegang jawatan Speaker secara tidak sah sewaktu persidangan DUN Perak pada 7 Mei lalu.
Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 26 Adun pembangkang daripada memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan pagi tadi.
Pada sidang akhbar kemudian, Mohammad Nizar yang ditanya sama ada Adun pembangkang akan hadir pada persidangan yang dipanggil oleh Speaker Datuk R Ganesan kelak, berkata Ganesan tidak mempunyai hak untuk memanggil persidangan itu.
"Jadi notis memanggil sidang DUN itu adalah tidak sah," katanya
Dalam pada itu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat mengadakan “Sidang DUN” hari ini hanyalah bertujuan mengelirukan dan mewujudkan suasana kurang senang di kalangan rakyat.
“Mereka membuat undang-undang sendiri dan menjalankannya sendiri...mereka ini sebenarnya syok sendiri, langsung tidak menghormati sistem demokrasi yang menjadi teras negara ini.
“Apa yang mereka buat adalah memprovokasi pihak polis...mereka minta ditahan dan kalau boleh digari supaya boleh ditunjukkan di dalam akhbar. Masa itu mereka akan mengatakan telah dizalimi,” katanya mengulas kekecohan antara kumpulan ADUN berkenaan dengan polis berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari iniALAHAI NIZAR HARAM JADAH...USUL YANG DILULUS TU HANYA UNTUK DIRI KAU DAN GENG GENG KAU YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN MENAMPAKAN WATAK KEBUDAK BUDAKAN.KAU BAWA JE USUL TU KEDALAM JAMBAN....
JANGAN LAH CUBA NAK PESONGKAN SOKONGAN RAKYAT YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN YAKIN DENGAN KERAJAAN BN.APA KE HARAM JADAH YANG KAU NAK BUAT USUL YANG TAK BERGUNA TU....LEBIH BAIK TUMPUKAN SAHAJA PADA MASAALAH RAKYAT DI PASIR PANJANG DAN BUKIT GANTANG...SILAP SILAP HARIBULAN NANTI DUA DUA TEMPAT TU AKAN LENYAP DALAM PRU KE 13 NANTI,JADI LEBIH BAIKLA KAU JAGA KEDUA DUANYA.
DALAM BULAN YANG PENUH BERKAH INI BAWA BAWA LA BERSABAR DAN UTAMAKAN ISLAM DARI UTAMA KAN DAP YANG JELAS ADALAH MUSUH ISLAM.
jika anda seorang muslim sejati janganlah anda asyik perjuangkan melayu. Dikubur dia akan tanya siapa kah saudaramu ...bukannya melayu....itu saudara kena ingat ...umno tidak langsung tunjuk imej islam pada masyarakat bukan melayu. bila dah kalah baru nak buat sbg contoh...siapa punya idea buat PPSMI, tidakkah ianya pengkhianatan pada bangsa melayu itu sendiri....kenapa tak halang orang melayu jadi ahli lemabgaa pengaran kilang arak....budaya maksiat dibiar berleluasa...buat masjid besar tapi ramai ahli umno tak imarah masjid..peruntukan sekolah agama rakyat siapa yang sekat...umno tak usahlah nak jadi juara lepas kalah ....ingat jika umno menongkah arus apa yang rakyat tak suka nak dbuat juga alamat PRU13 bungkusla nampaknya. ...Isu Altantuya...pun hingaa kini lum ada dikalangan ahli umno minta PM saman mereka yang menuduhnya.....pada tuan punya bloger ni...lu pikirlah sendiri denga iman didada...jangan hanya nak berjuang untuk melayu tapi lupa bahawa nabi tak mengaku umat jika umatnya berpegang pada fahaman asobiyah/kebangsaan .....
BalasPadamkah..kah..kah...
BalasPadamdalam sejarah politik di malaysia
tak pernah ku lihat selawak nizar dan konco2nya...
kah..kah..badut tengah main2 kat hotel..
kah..kah..kah...
terhiburlah plak..kah..kah..
krajaan bn krajaan haram..mmang patut pakatan buat mesyuarat dun..bn bkan rakyat yg pilih..takkan itu pn tak tau..zambri jd pencacai je kat perak..lulusan je tinggi tp bengap..
BalasPadambank muamalat, perbankan cara islam, pajak gadai cara islam, universiti islam. dll.islam bukan saja pada nama tapi cara praktikal.. pusat Halal - bukan hanya secara nama tapi implementasinye yang penting, menglahir usahawan baru islam..dan byk lagi adalah usaha-usaha kearah islamik tapi tak directly menggunakan nama islam..orang umno tak mengimarah masjid..mana nak tahu lainlah kalau kat pintu masjid kena sign in ikut parti..pas selalu fikir..islam hanya layak untuk mereka..sekat belanja sekolah ugama? bila lah pulak..tahu tak sekolah ugama is under state service..bukan federal..
BalasPadambila masa umno tak tunjuk imej islam..semestinye ke pakai kopiah hijau baru nampak islam? itulah manusia.. islam hanya perlu nampak di kulit..kelantan yang declare islamik 100% ada jugak orang buat maksiat..patutnye maksiat freelah..kadang-kadang kesian kat orang yang akal singkat ni yang cakap tak ada facts ikut emosi..tapi di maafkan ...yang tergelaknya..ramai yang daripadanya kerja makan gaji degan kerajaan BN..