tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 29 September 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:DAP DAN PAS AKAN BERDAMAI

PAS dan DAP - dua rakan sekutu dalam politik Malaysia yang sedang berkrisis di Negeri Selangor pada saat ini telah mencapai kata sepakat untuk duduk semeja pada 7 Oktober ini untuk membenamkan segala perbezaan yang tercetus di antara mereka.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahrir kepada mStar Online.

Perbincangan meja bulat itu adalah yang julung-julung kalinya diadakan sejak Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bertelagah secara terbuka dengan para pemimpin DAP dan juga PKR sejak tiga bulan yang lalu.

Usaha itu dilihat sebagai langkah terbaru bagi menjernihkan hubungan 'keruh' antara pemimpin DAP dan PAS khususnya di Negeri Selangor, yang jelas kelihatan tidak harmoni dengan masing-masing saling bercanggah pendapat mengenai pelbagai isu termasuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengecam dan mengkritik di antara satu sama lain.

Pada petang Isnin, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim dari DAP mendakwa Dr Hasan sengaja menumpukan kepada isu remeh-temeh di negeri itu sebagai percubaan untuk merosakkan reputasi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan pentadbirannya.

Malah Teng dalam serangan paling pedas ke atas Exco dari PAS itu berkata, Dr Hasan cuba untuk menggambarkan Khalid sebagai seorang yang tidak cekap, tidak tegas dan tidak berkemampuan dalam melaksanakan tugasnya.

Menurut Teng, apa yang dilakukan oleh Dr Hasan beberapa bulan kebelakangan ini menunjukkan yang beliau mahu menyusahkan Khalid dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Teng semalam berhubung ketidakpuasan hatinya ke atas tindak tanduk Dr Hasan merupakan yang paling keras dan pedas berbanding kenyataan-kenyataan sebelum ini.

Sepanjang tiga bulan lalu pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS dan DAP secara terbuka berhadapan dengan krisis pertembungan pendirian khususnya dalam isu larangan jualan minuman keras di Shah Alan dan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat).

Teng merupakan Pengerusi Selcat.

Jadi kedua-dua parti itu tidak mempunyai banyak pilihan melainkan duduk semeja bagi mencari titik persamaan baru dalam menerajui Kerajaan Negeri Selangor yang kini dikongsi secara bersama dengan PKR.

Pertemuan ini juga nampaknya diadakan ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan telahpun bermula. Kempen pilihan raya kecil bermula 3 Oktober manakala pengundian adalah pada 11 Oktober.

"Perbincangan meja bulat ini diadakan bagi membuktikan bahawa anggapan wujudnya krisis kepercayaan dalam Pakatan Rakyat khususnya antara DAP dan PAS, lebih-lebih selepas tercetusnya isu pengharaman penjuakan minuman keras di Shah Alam, adalah tidak benar.

"Idea usaha ini ialah menggambarkan hubungan kami masih baik dan kami masih boleh duduk berbincang, dan perbezaan pandangan tidak harus disalah ertikan oleh mana-mana pihak sebagai satu krisis," kata Roslan.

Pertemuan meja bulat ini yang akan dihadiri oleh 10 pemimpin mewakili setiap parti.

PAS Selangor akan diwakili oleh Hasan sendiri.

Roslan memberitahu, pihaknya akan mengadakan pertemuan meja bulat kedua jika perlu, bergantung pada hasil pertemuan pertama.

"Sama ada akan dikeluarkan apa-apa resolusi, ia akan diputuskan pada pertemuan Rabu depan," katanya.

3 ulasan:

  1. Salam kamal...

    Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat sdr kamal, kiranya bicara kita selama ini ada menyinggung perasaan antara satu sama lain.

    Sekarang ni, komen2 sdr sgt berhemah tak spt mula2 dulu. Alhamdulilah. Sdr dah tak terikut2 cara penulisan blogger lain baik dr Pakatan atau dr BN. Tahniah buat sdr...

    Cuma, terdapat komen2 copy/paste aja..., bolelah...sy tak kisah.

    Sy ada gi tinjau2 kat Bagan Pinang tu, sy rasa peluang BN ada cerah. Sy tak kisah sapa yg menang disana nnt cuma yg sy nak tunggu dan lihat ialah penerimaan masyarakat disana pada parti pilihan mereka.

    Kita doakan agar PRK tu nnt berjalan lancar tanpa sebarang perkara2 yg tak diingini. Insya-Allah

    BalasPadam
  2. Salam Kamal,
    Pelik sungguh Melayu Pas nie..kalau dengan UMNO seribu macam alasan permusuhan di cari tetapi dengan musuh bangsa dan agama (DAPig PelirKerasRawna)seribu kaedah cuba diperbaiki..terbukti iman tak dapat dijual beli..

    BalasPadam
  3. SALAM KELANA...SELAMAT HARI RAYA DAN SAYA JUGA MINTA AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA SELAMA KITA BERBICARA ADA YANG TERKASAR BAHASA....SEKARANG NI SAYA SLOW SIKIT BUKA BLOG SEBAB SANGAT SIBUK...KITA NI KERJA SENDIRI JE ...JADI MASA TU KADANG KADANG TAK SEMPAT NAK BUKA BLOG...SAMPAI HUJUNG TAHUN SIBUK SIKIT...

    TERIMA KASIH PADA JIWA MALAYSIA KERANA BERI KOMEN...INSYALLAH KITA JUMPA LAGI NANTI...

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH