Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.
Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.
Pada jam 9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 50 penyokong.
"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...
"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.
Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.
Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang dikatakan turut disepak ketika ditahan.
Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."
Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.
Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.
Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.
Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.
Turut ditahangkap ialah ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai. Tiga lagi yang ditangkap ialah orang awam.
Pada jam 10.20 pagi, ADUN Pakatan dan penyokong mereka berundur semula ke ibupejabat yang terletak di belakang bangunan SUK.
Di situ, Sivakumar memberitahu wartawan bahawa sidang DUN itu akan diadakan di Hotel Heritage dekat situ berasaskan kepada doktrin keperluan.
Manakala Nizar mengecam polis yang didakwanya bertindak keras ketika menangkap tiga ADUN Pakatan dan orang awam.
"Ini bukan yang mulia, tetapi mereka bersikap sedemikian," kata Nizar.
Difahamkan, Keshvinder tercedera ketika ditangkap dan telah dibawa ke hospital besar Ipoh untuk rawatan.
BARISAN Pemimpin Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (gambar atas) dihalang pihak polis ketika cuba berjalan masuk ke bangunan Perak Darul Ridzuan untuk mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri di sini, pagi tadi.ANGGOTA polis mengawal ketat pintu masuk ke bangunan Perak Darul Ridzuan setelah pemimpin Pakatan Rakyat cuba mengadakan Sidang Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini
HALANG...Anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghalang bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada memasuki kawasan bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri (SUK) Ipoh, hari ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA