tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 8 September 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:WAHAI ANWAR PELIWAT TERIMALAH HAKIKAT PEMBANGKANG TAK MAMPU MENJADI SEBUAH KERAJAAN YANG BAIK

MASALAH mengurus kerajaan dihadapi Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dan Pulau Pinang mendedah betapa mengkritik adalah kerja mudah. Mengkritik sesedap rasa dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat, adalah perkara berbeza.

Jika sebelum ini mereka bercakap mengikut sesuka hati, mendakwa apa saja yang dilakukan Barisan Nasional (BN) tidak betul, kini tindakan mereka pula dipertikaikan. Lebih parah, mereka dipersoalkan oleh rakyat yang memberi mandat kepada mereka untuk memerintah. PR baru sedar cabaran dan tanggungjawab mentadbir tidak semudah yang mereka laungkan ketika menjadi pembangkang. Untuk berjanji bukan sukar kerana ia tidak memerlukan sebarang kos. Tetapi, untuk melaksanakan janji khasnya berhubung soal pembangunan fizikal, ia memerlukan kos yang besar. Sekali pun ada wang, rakyat tetap mempersoalkan kewarasan sesuatu projek itu. Mereka mahu melihat kerajaan berbelanja dengan berhemah. Kepentingan semua pihak perlu dijaga mengatasi segala-galanya.

Hari ini PR perlu menerima hakikat bahawa kewibawaan pentadbiran mereka sudah goyah. Dasar mereka dipertikaikan dan janji melimpah ruah mereka ketika kempen pilihan raya 2008 dituntut. Tanyalah kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tentu lebih arif mengenainya. Benar, kerja merobohkan rumah di Kampung Buah Pala sudah bermula dan isu pemindahan kuil di Shah Alam ditangguhkan, tetapi dua krisis itu masih jauh dari penghujungnya. Selepas ini, pasti banyak lagi pihak akan membuat pelbagai tuntutan tidak masuk akal bila tanah mereka mahu diambil manakala ramai lagi sedia berarak setiap kali isu rumah ibadat diperdebatkan. Jika isu yang timbul membabitkan kaum pula, ia bila-bila masa saja boleh mencetus masalah lebih besar.

Ketika PR berhempas pulas menyelesaikan isu yang mendepani mereka dan terpaksa menelan realiti pahit betapa sukarnya menjadi kerajaan, rakyat pula semakin boleh menilai antara kaca dengan permata. Jika sebelum ini ramai leka dengan janji manis reformasi yang dilaungkan, kini mereka terjaga dari dibuai mimpi indah dan kembali ke dunia realiti. Jaminan kesejahteraan dan masa depan rakyat bukan terletak pada retorik politik atau janji. Ia berpaksi kepada tindakan dan kemampuan membuat keputusan bijak. Janji perubahan yang didendangkan Pakatan Rakyat sebelum ini semakin beralih menjadi angan-angan di mata rakyat. Itulah sebabnya penduduk Seksyen 23 hilang sabar dan mengejek Abdul Khalid serta Exconya di Shah Alam. Itulah juga sebabnya penduduk Kampung Buah Pala mahu menyerbu bangunan Komtar di Pulau Pinang kerana mereka merasakan Lim tidak menepati janji.

Masyarakat hari ini bijak menilai dan mereka sanggup 'berkasar' jika bosan rintihan mereka tidak diendahkan oleh pihak yang sebelum ini enak berjanji membela nasib mereka.


SEMASA PRU YANG LALU BERMACAM MACAM JANJI YANG MEREKA BUAT...KONON AKAN MEMBELA RAKYAT YANG TERTINDAS...RUPA RUPANYA MEREKA LAH (PEMBANGKANG)YANG TELAH MENINDAS RAKYAT YANG TIDAK BERKEMAMPUAN.RUPA RUPANYA HABIS DISAPU WANG PERUNTUKAN KERAJAAN PADA SETIAP DUN...INIKAH JANJI MEREKA SELAMA INI...MEREKA HANYA MENGENYANGKAN DIRI SENDIRI DAN KRONI SAHAJA ...APA SUDAH JADI DI SELANGOR....PULAU PINANG...APAKAH INI DIPANGGIL KERAJAAN BERKEBAJIKAN....HANYA KEBAJIKAN MEREKA YANG DIJAGA...KEBAJIKAN RAKYAT DI KEBELAKANGKAN DAHULU....DAH KENYANG BARU NAK TOLONG RAKYAT....

1 ulasan:

  1. Kelantan yang telah diperintah oleh PAS selama 20 tahun, tidak dapat melaksanakan negeri berkebajikan kepada rakyatnya, inikan pula yang baru memerintah negeri seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Yakinkah kita negeri yang diperintah PR ini mampu memberikan apa yang dijanjikan iaitu negeri kebajikan kepada rakyat yang diperintahnya? Walaupun sekecil kos untuk membayar parking kereta pun di Kota Bharu terpaksa dibayar oleh rakyat Kelantan. Takkan bayaran parking kereta di Kota Bharu pun terpaksa meminta kebenaran dari Kerajaan Persekutuan untuk dimansuhkan ?

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH