tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 2 September 2009

ANWAR NIZAR BANGANG:PEMBANGKANG KENA TAHU YANG TUNKU ABDUL RAHMAN BERTARUH NYAWA TUNTUT KEMERDEKAAN

Mungkin ramai tidak tahu atau buat buat tak tahu mengenai keberanian perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj mempertaruh nyawanya ketika beliau sibuk berkempen untuk menuntut kemerdekaan negara.Terasa sedih bila ada segelintir rakyat kita yang taksub dengan pembangkang dengan menidakan usaha Umno dan pejuang pejuang yang sanggup bergadai nyawa dalam menuntut kemerdekaan.

Menurut anak lelaki tunggalnya Tunku Datuk Seri Ahmad Nerang Putra, kebanyakan orang Inggeris tidak menyukai bapanya, kerana kelantangan Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan negara.

Almarhum Tunku Abdul Rahman menceritakan kepada anaknya mengenai satu insiden pada tahun 1954 yang membawa kebimbangan mengenai keselamatan nyawanya.

Ketika itu Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai anggota Majlis Undangan Persekutuan dan memegang portfolio Hal Ehwal Pengangkutan.

Tunku Datuk Seri Ahmad Nerang, 76, anak lelaki tunggal Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. -fotoBERNAMA

MENAIKI PESAWAT TENTERA BRITISH

Dalam satu tugas rasminya Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat rondaan udara dan beliau berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur Flying Club.

Tunku Ahmad Nerang berkata bapanya mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila melihat hanya satu beg payung terjun disediakan di dalam pesawat Beaver itu sedangkan mereka dua orang, Tunku Abdul Rahman dan juru terbang tentera British itu.

Katanya ketika di dalam penerbangan, juru terbang itu secara serius bertanyakan banyak soalan mengenai kedudukan British di Malaya selepas kemerdekaan dan mahu Tunku Abdul Rahman memberi jaminan tidak akan mengusir semua orang British di Malaya.

"Tunku (Abdul Rahman) menjawab dengan bijak dan memberi jaminan bahawa Malaya masih memerlukan tentera British, walaupun selepas merdeka, terutama untuk mengatasi masalah komunis dan jaminan Tunku telah menenangkan juru terbang British itu," kata Tunku Ahmad Nerang.

Beliau berkata selepas pesawat itu selamat mendarat, Tunku Abdul Rahman memberitahunya ada kemungkinan juru terbang itu keluar dari pesawat dengan payung terjun dan membiarkan bekas perdana menteri itu di dalamnya, sebelum terjunam jika almarhum tidak memberikan jaminan yang diminta.

TUNKU TIDAK SUKA KAWALAN KESELAMATAN

Tunku Ahmad Nerang yang kini berusia 76 tahun, dan menetap di Kuala Lumpur, menceritakan satu peristiwa lagi ketika beliau menjadi pemandu Tunku Abdul Rahman untuk berkempen dan bertemu rakyat di kawasan merah iaitu di Tanjung Malim Perak, Kuala Kubu Baharu di Selangor dan Raub di Pahang pada tahun 1954.

Katanya almarhum duduk di sebelahnya, sementara di belakang mereka ialah Tan Sri Khir Johari dan Tan Sri Syed Jaafar Albar.

Sekeping gambar Rundingan Baling (Baling Talks) yang disifatkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi epik dalam sejarah negara. Gambar itu menunjukkan Tunku Abdul Rahman diapit Ketua Menteri Singapura David Marshall dan Presiden Malayan Chinese Association-MCA Datuk Seri Tan Cheng Lock. -fotoBERNAMA

"Jalan raya ketika itu sangat sempit dan beberapa buah kereta perisai menyertai rombongan bagi mengawal keselamatan dan saya memandu begitu dekat mengekori kereta perisai di hadapan," kata beliau.

Setibanya di sebuah rumah rehat di Raub, seorang pegawai polis menemui mereka dan memberitahu Tunku Ahmad Nerang bahawa adalah berbahaya bagi mereka jika memandu terlalu hampir dengan kereta perisai.

Tunku Ahmad Nerang berkata bapanya ketika itu terus menjawab: "Saya tidak perlukan kawalan, mereka yang di belakang saya (Khir Johari dan Jaafar Albar) sudah memadai."

Selepas menyambung semula perjalanan, Tunku Abdul Rahman memberitahu mereka yang di dalam kereta itu bahawa beliau telah menerima surat daripada Ching Peng (pemimpin Parti Komunis Malaya) yang memberi jaminan keselamatannya dan menyokong perjuangan beliau untuk mendapatkan kemerdekaan negara.

Tunku Abdul Rahman malah pernah meminta supaya polis dan tentera British tidak mengawal keselamatannya semasa beliau berkempen ke kawasan komunis di Johor, kerana bimbang kehadiran polis ketika beliau memasuki kawasan-kawasan merah, boleh mengancam nyawanya.

Tunku Ahmad Nerang berkata sebagai membalas jaminan keselamatan itu, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan pula terhadap keselamatan Chin Peng ketika rundingan Baling tahun 1956.

Hari jadi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada bulan Jun 1987.

CHIN PENG MOHON MAAF KEPADA TUNKU

Ketika zaman prakemerdekaan, menaiki kereta api adalah berbahaya, tetapi ini tidak menakutkan Tunku Abdul Rahman.

Tunku Ahmad Nerang menceritakan bagaimana semasa beliau menemani bapanya untuk berkempen dan bermesyuarat dengan menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Butterworth, berlaku satu peristiwa yang mencemaskan.

"Kereta api kami terpaksa berhenti di stesen Jalan Tapah kerana landasan kereta api di Tanjung Malim telah disabotaj komunis dan disebabkan itu kami terpaksa bermalam di dalam kereta api," kata beliau.

Keesokan paginya barulah mereka sedar bahawa kereta api yang mereka naiki membawa ramai tentera British dan kereta api itu hampir diserang komunis. Tunku Abdul Rahman menerima sepucuk surat daripada Ching Peng yang memohon maaf atas kesukaran yang berlaku kerana tidak tahu beliau berada di dalam kereta api itu.

TUNKU DISERANG PNEUMONIA

Kerana terlalu sibuk bekerja siang dan malam, Tunku Abdul Rahman diserang sakit paru-paru (pneumonia) dan mendapatkan rawatan di Hospital Bangsar di Kuala Lumpur.

"Satu peristiwa saya saksikan di hadapan mata ialah seorang jururawat kacukan Inggeris memberi suntikan kepada Tunku dan kemudian jururawat itu tergesa-gesa keluar, membiarkan sahaja jarum suntikan itu tercacak di punggung Tunku.

"Syukurlah Tunku sendiri mengeluarkan jarum itu dari punggungnya dan kami terus beredar. Begitulah Tunku tidak popular dalam kalangan orang Inggeris kerana kelantangannya menuntut kemerdekaan negara," kata beliau.

Bagaimanapun, doktor yang merawat Tunku Abdul Rahman ialah rakyat tempatan, bernama Dr Latiff dan satu daripada jalan di Hospital Kuala Lumpur itu dinamakan Persiaran Dr Latiff.

KERETA TUNKU TERBENAM DALAM LUMPUR

Tunku Ahmad Nerang berkata bapanya bekerja dan berkempen tanpa mengira hujan dan panas.

Dalam satu peristiwa, kereta Tunku Abdul Rahman terbenam di dalam lumpur, kerana banjir di Johor Baharu pada tahun 1954.

"Ketika itu terdapat budak-budak Melayu yang bersedia untuk menolak kereta dan meminta upah. Tunku memberi upah satu ringgit tetapi apabila mereka mengetahui kereta yang ditolak itu dinaiki Tunku, mereka tidak mahu mengambil upah," kata Tunku Ahmad Nerang.

Dua buah kereta lain yang terbenam dan dinaiki Syed Esa Almashoor dan Syed Abdullah Alsagoff, turut ditolak oleh kanak-kanak itu, dan mereka dikenakan bayaran 20 sen setiap seorang.

Begitu juga peritiwa ketika Tunku Abdul Rahman hendak bertemu rakyat dalam kempen menuntut kemerdekaan di Kangar pada tahun yang sama.

"Ketika kami hendak keluar dari rumah di Alor Star, hujan turun dengan begitu lebat dan sebaik saja hujan reda, saya memandu kereta agak laju di jalan yang basah kerana Tunku tidak suka orang menunggu lama kehadirannya.

"Kereta kami terbabas dan memasuki longkang di hadapan Kem Askar Melayu di Kepala Batas. Pengawal tentera di situ mengecam Tunku, dan meminta rakan tenteranya membantu menaikkan semula kereta, selepas itu kami meneruskan perjalanan dengan kereta yang rosak teruk," kata Tunku Ahmad Nerang.

TUNKU TIDAK MAKAN

Pada satu hari dalam tahun 1955 di Johor, Tunku Ahmad Nerang membawa bapanya berkempen seharian dari Johor Baharu ke Muar dan ke Batu Pahat, menemui orang dari kampung ke kampung, menaiki feri, melintasi sungai.

Mereka berdua tiba di rumah di Johor Baharu pada lewat tengah malam dalam keadaan terlalu letih dan kelaparan kerana tidak makan.

"Kami berdua terlalu letih dan lapar dan setiba di rumah tiada makanan pula kerana semua orang dalam rumah telah tidur. Saya terjumpa sebiji telur di dalam peti sejuk dan kemudian merebus telur itu.

"Saya mengetuk pintu bilik Tunku dan bertanya adakah beliau mahu makan telur rebus itu, tetapi dengan linangan air mata, Tunku memegang kepala saya dan menyuruh saya memakannya," kata Tunku Ahmad Nerang.

Katanya selepas beberapa hari kemudian, beliau berlepas ke Bombay, India bagi melanjutkan pengajian di Indian Military College.

"Apabila saya tiba di Bombay, saya terbaca akhbar Indian Times mengenai kemenangan Parti Perikatan di Malaya dan Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya," kata Tunku Ahmad Nerang.

1 ulasan:

  1. Saudara,
    Ini semua adalah Tunku Abdul Rahman.. Jika kita lihat para pemimpin UMNO Baru hari ini tak de satu pun yang macam Tunku.. Takde satu pun yang mengambil semangat Tunku.. Jangan lah nak berselindung di sebalik nama UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 dengan UMNO Baru ini.. Kerna kedua-duanya memang jauh berbeza...

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH