tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 25 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR: MUFTI TERPAKSA MASUK CAMPUR KERANA....

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terpaksa masuk campur dalam politik Perak kerana mufti Perak tidak mahu Nizar menghasut rakyat membenci Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Datuk Seri Harussani Zakaria, bukanlah suatu nama yang asing bagi umat Islam di Malaysia. Sebagai Mufti Perak, beliau sentiasa ‘panas’ dan diseliputi kontroversi. Semuanya kerana sikap tegas beliau dalam memberikan pandangan berkaitan pelbagai isu agama.

Beliau diheret dalam polemik politik di negeri Perak. Semuanya bermula apabila beliau enggan menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memohon Tuanku membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). Ia disusuli dengan kenyataan beliau bahawa sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap derhaka.

Harussani, mufti yang paling lama di Malaysia yang berkhidmat sejak 24 tahun lalu juga terkenal sebagai yang paling lantang apabila memberikan pandangan dalam banyak hal.

Antara pandangan beliau yang mencetuskan polemik sebelum ini termasuklah mengisytihar perang terhadap penubuhan Majlis Perundingan Agama (IFC). Justeru, beliau meminta pertubuhan politik Islam yang menurunkan tandatangan menyokong penubuhan IFC bertaubat kerana dibimbangi akidah mereka sudah terbatal.

Harussani juga adalah ulama yang menegur filem Mualaf arahan Yasmin Ahmad kerana memaparkan konflik antara golongan konservatif Islam dan golongan sederhana.Beliau menegaskan, Saya hanya menyatakan yang benar kerana saya takut sekali kalau menyatakan yang tidak benar. Jika sesuatu perkara itu salah, saya akan kata ia salah. Tidak kira dengan siapa saya berdepan walaupun terpaksa menerima kecaman kerana itulah tugas dan tanggungjawab saya.

Banyak artikel di laman blog dan Internet terutama laman laman blog pembangkang yang mencerca Datuk kerana datuk mufti hanya memperkatakan perkara yang sebenar.Mufti Perak menegaskan Saya terima semua ini sebagai salah satu ujian daripada Allah SWT. Lalu saya hanya bersabar. Saya sentiasa ingatkan firman Allah yang bermaksud: Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (al-Ankabut: 2-3).

Cacian dan cakap-cakap yang mengeji itu tidak pernah mengganggu fikiran saya. Hidup saya, tidur saya, ibadat dan kerja harian pun tidak terjejas.Saya juga tidak pernah mengadu pada Allah atau mendoakan keburukan ke atas orang Islam yang melakukannya. Malah, saya mendoakan agar Allah memberi petunjuk kepada kita semua dan umat Islam bersatu. Saya juga tidak pernah berdendam walaupun jika saya kenal orang yang melakukannya.

Sepanjang 24 tahun menjadi Mufti,Ini adalah antara yang paling teruk. Sebelum ini ada beberapa isu antaranya apabila saya mengharamkan acara Sure Heboh, mengharamkan sambutan kongsi raya dan juga isu murtad. Ketika itu, saya dikecam hebat termasuk oleh golongan atasan dalam kerajaan

Saya anggap apa yang terjadi itu sebagai takdir. Apa yang saya buat adalah semata-mata untuk tegakkan hukum Allah di muka bumi ini. Adalah tugas saya sampaikan yang hak walaupun ia pahit. Saya lakukan semua itu bukan untuk kepentingan diri. Dalam kebanyakan kes, saya hanya berseorangan. Tidak ada pun ulama lain bangkit menyokong saya. Adalah sesekali saya dipuji kerana kenyataan atau tindakan saya. Itu sahaja. Tetapi bukan itu yang saya minta.Sebagai Mufti, adalah tugas dan kewajipan saya menyampaikan. Soal terima atau tidak itu hal lain.

Sepanjang berkhidmat, saya cuma tidak pernah berjumpa dua Perdana Menteri (PM) iaitu almarhum Tunku Abdul Rahman al-haj dan allahyarham Tun Hussein Onn. Yang lainnya, saya ada berjumpa dan memberi nasihat mengikut apa yang termaktub dalam al-Quran dan al-sunnah.

Malah, Tun Dr. Mahathir Mohamad misalnya, banyak yang saya tegur beliau ikut. Apabila beliau meletak jawatan sebagai PM, beliau menghantar surat ucapan terima kasih kerana banyak membantu sepanjang perkhidmatan sebagai PM. Ada juga yang dakwa saya mencari publisiti. Saya nak maklumkan sejak tahun 1967 iaitu semasa saya bertugas sebagai Kadi Besar di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, suara saya sudah kedengaran melalui media. Begitu juga dalam Forum Perdana Ehwal Islam, saya antara ahli panel yang awal menyertainya pada tahun 1970-an.

Perbuatan sesetengah orang Islam mendoakan kerosakan dan kemusnahan kepada orang Islam lain terutama seteru politik mereka adalah dilarang oleh Islam. Kita tidak boleh berdoa meminta kerosakan ditimpakan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada orang kafir yang tidak memusuhi Islam. Yang dibenarkan oleh syarak ialah mendoakan Allah musnahkan golongan kafir yang memusuhi Islam. Perbuatan sebegini hanya memecah-belahkan masyarakat dan menggalakkan berlaku permusuhan.

Bukankah kita ini bersaudara sesama Islam. Lihatlah ayat Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu damaikanlah kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (al-Hujurat: 10).

Memanglah politik dibenarkan oleh agama. Politik adalah cara kita mentadbir kehidupan dan kerajaan. Kadang-kadang perbezaan pendapat dan percanggahan fahaman itu adalah bagi tujuan perbahasan bagi mencari kebaikan.

Perbezaan itu bukan untuk berpecah-belah. Jika berlaku demikian, ia adalah kesalahan yang cukup besar. Rasulullah ada bersabda yang antara lain maksudnya, Bandingan kasih sayang antara sesama Mukmin itu adalah ibarat satu bangunan. Maka kita tidak boleh menyakiti antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi jika perbuatan tersebut natijahnya membawa kepada kita bersekongkol dengan golongan kafir dan memburukkan Islam.

Kita wajib berkasih sayang bukan sahaja sesama manusia hatta kepada binatang pun. Tetapi nampaknya, orang kini lebih suka dan mencintai binatang daripada sesama manusia.

Datuk Seri Harussani Zakaria juga mendedahkan, beliau telah dicerca dan dimaki pembangkang hanya kerana keengganannya menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, memohon agar dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Mufti Perak itu berkata, apabila berlaku perubahan pada kepimpinan kerajaan negeri, ramai wakil pembangkang datang menemui beliau agar menggunakan pengaruh memujuk Sultan memihak kepada mereka.

''Saya kata, apa kena mengena hal politik dengan saya, saya tidak ada kena mengena dengan politik. Kalau pasal agama sudah tentu saya datang, malah kalau tidak dipanggil pun saya akan datang menghadap Tuanku.

"Dalam bab peralihan kerajaan negeri, saya tidak campur sepatah perkataan pun dan sejak kejadian (pertukaran kerajaan negeri), saya tidak pernah berjumpa Sultan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan penyokong parti pembangkang yang sanggup mencerca dan memaki beliau di Internet termasuk menuduhnya 'anjing' ekoran kenyataannya, 'sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka'.Beliau juga menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) fitnah, kononnya beliau pernah berkata dalam salah satu ceramahnya,Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan bomoh Hindu untuk menundukkan Abdullah Ahmad Badawi.

Saya pernah tengok tuduhan itu dulu (dalam Harakah). Saya pernah ditanya tentangnya, saya pernah cakap saya tak tahu ia betul atau tidak.Kata Harussani, fitnah itu cukup berat dan sebagai orang Islam, beliau mengingatkan pihak yang berkenaan supaya patuh kepada ajaran Islam dan bukannya mengikut emosi semata-mata.Perbuatan menuduh seseorang itu kafir atau munafik, jika tidak benar, ia akan berbalik kepada orang yang menuduh itu," tegas beliau.

Ada juga, kata Harussani, menuduh beliau menerima RM50 juta kerana membuat kenyataan tentang derhaka itu.Kalau saya dapat wang sebanyak itu, saya berhenti kerja dan duduk di Mekah. Biar saya mati di sana. Saya sudah 70 tahun, berjalan pun bukan kuat sangat lagi.Saya cuma sampaikan apa yang saya fahami dalam al-Quran iaitu hendaklah taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin. Tetapi ada syarat, selagi mana tidak menyuruh melakukan maksiat.

Harussani tetap lantang pertahankan hak(baca sini)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH