Pembangkang perlu lapang dada, terbuka terima Zambry MB sah. Umno kesal dengan tindakan parti pembangkang yang terus menuduh kerajaan atau Barisan Nasional (BN) mengatur keputusan Mahkamah Rayuan menentukan siapa Menteri Besar Perak yang sah.Tuduhan pembangkang ini boleh disifatkan sebagai tidak masuk akal kerana keputusan mahkamah itu bebas daripada sebarang pengaruh dan tidak boleh dirancang mana-mana pihak.
Memang tidak munasabah. Jika boleh dirancang macam mana Zambry boleh kalah sebelum ini. Inilah... bila sesuatu keputusan tidak memihak kepada mereka (Nizar),Umno dituduh merancang semua ini.Apabila Nizar berjaya dimahkamah tinggi tempohari Umno tidak sesekali membuat tuduhan sedemikian kerana bagi Umno apa jua keputusan mahkamah ,tidak kira siapa ,harus menghormati keputusan tersebut dan inilah yang Umno lakukan.Umno menghormati setiap keputusan mahkamah walau pun ianya pahit untuk Umno terima kekalahan itu.
Masa tiba masa pilihanraya,Pembangkang akan menimbulkan masaalah pengundi hantu. Tetapi tidak pula kedengaran (sebarang rungutan) apabila mereka menang di lima negeri selepas Pilihan Raya Umum 2008 dan pada pilihan raya kecil.Bagi pembangkang mereka hanya nampak kesalahan orang lain sahaja.Pembangkang seharusnya perlu bersikap berlapang dada dan terbuka, walaupun keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka.
Parti pembangkang perlu menghormati keputusan mahkamah kerana sebelum inipun BN boleh menghormati keputusan seorang hakim,dan mengapa pembangkang tidak boleh menerima dan menghormati keputusan tiga hakim. Prinsip apakah yang mereka guna pakai,Apakah prisip rimba yang Nizar dan Pembangkang gunakan.
Apabila keputusan berpihak kepada mereka, pembangkang kata mahkamah adil, tetapi jika mereka tewas pembangkang akan mengatakan Umno yang merancang semua ini. Jika benar-benar pembangkang menjunjung prinsip keadilan, maka mereka perlu bersikap berlapang dada dan terbuka dalam menerima keputusan mahkamah itu
INILAH SIKAP ORANG SOMBONG DAN BONGKAK...HANYA MEREKA YANG BETUL DAN BERSIH....KERANA SIKAP INILAH ALLAH SWT MEMBERI PETUNJUK PADA MEREKA .
RENUNG RENUNG KAN LA.....LU PIKIR LA SENDIRI
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA