Beliau mengakui walaupun parti kerajaan sedang mengorak langkah untuk menjawab segala fitnah dan kelihatan seperti bertahan, strategi untuk "menyerang" pembangkang dibuat dalam konteks untuk menegakkan kebenaran dan menjaga kepentingan negara.
"Kita tidak ingin wujudkan suasana benci membenci tetapi kita akan membangkitkan semangat kesahihan dan semangat kebenaran," katanya selepas melancarkan program Rakan Muda Sekolah Peringkat Negeri Sembilan 2009 di sini, hari ini.
Penulis blog dan media rasmi yang kini berjuang untuk menegakkan kebenaran digalakkan bersifat "pro-aktif" bagi mendedahkan tembelang pembangkang, katanya.
Sebagai sebuah kerajaan yang sah, adalah sesuatu yang normal bagi media negara ini mempertahan kepentingan negara, katanya.
Dalam pada itu, Rais juga menolak salah satu dari dakyah pembangkang yang mencipta perangkaan kononnya 70 peratus pelajar di universiti tempatan menyokong kumpulan pembangkang.
Beliau berkata, perangkaan tersebut sengaja diada-adakan dan tidak menggambarkan senario sebenar kerana ramai pelajar yang kini mula menyedari kepentingan untuk mengekalkan kerajaan sedia ada.
"Kita kena halusi sebenarnya, amat mudah bagi mereka menyatakan universiti ini 70 peratus, institusi ini 60 peratus. Siapa yang buat data, kami pun ada data sebaliknya," katanya.
Beliau berkata, program yang sesuai akan dibuat di universiti tempatan dalam konteks untuk membina negara bangsa.
Rais juga mengumumkan kementeriannya akan mengadakan pelbagai program yang berkaitan dengan 1Malaysia di setiap negeri mulai Jun hingga hujung Ogos ini.
Buat lah apa pun,penhujung hayat ameno dan sampai,ko tak yah ler nak dedah kononnya tembelang pembangkang kerana rakyat dah mula tau tembelang dan kejahatan ameno
BalasPadamKalau berani dedahkan lah tembelang. Biar rakyat menganalisanya. Lebih banyak tembelang di dedakkan lebih baik. Selama ini UMNO selalu sorok tembelang mereka.
BalasPadamRakyat hari ini bukan seperti rakyat 50 tahun dulu, dan UMNO hari ini juga bukan seperti UMNO 50 tahun dulu.