Krisis politik Perak melangkah ke tahap baru berikutan keputusan pemimpin Pakatan Rakyat negeri itu untuk mengadakan mogok lapar tiga hari minggu depan sebagai sebahagian daripada usaha terbaru mereka untuk mendapatkan kembali hak rakyat.Ia akan berlangsung selama tiga hari mulai Selasa ini.Mesej langkah itu ialah menggesa Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan kembali kepada rakyat, kata bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddi.
Ya, ya... kami akan adakan (mogok lapar) mulai 26 Mei (hari Selasa)," katanya.
Tambah beliau, langkah itu telah lama diputuskan dan tiada kaitan dengan keputusan Mahkamah Rayuan semalam.
"Ia akan disertai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Perak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berminat... mereka yang berminat boleh menghubungi kami (sekretariat) dan mendaftarkan diri mereka," kata beliau sambil menambah, tidak pasti berapa ramai yang akan mengambil bahagian.
"Tidak pasti berapa ramai sebab ia akan diadakan selama tiga hari," katanya.
Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, pihaknya mengadakan mogok lapar "untuk mendapatkan kembali hak rakyat."
Mereka akan mengadakan mogok lapar di Wisma DAP yang terletak berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.
Lapan wakil rakyat dikatakan telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk dari PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.
Semalam Mahkamah Rayuan sebulat suara mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Panel Hakim Mahkamah Rayuan dalam penghakiman mereka mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.
Krisis politik Perak bermula awal Februari lalu, sekali gus membawa kepada perubahan kerajaan negeri daripada kepimpinan Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional (BN).
Pada 7 Mei lalu, krisis politik menuju "era baru" apabila Speaker V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat disingkir dan digantikan dengan wakil Barisan Nasional (BN)ELOK BENAR LA NIZAR BUAT MOGOK LAPAR...KALAU APA APA BERLAKU JANGAN SALAHKAN BN PULAK...
PADA SAYA SAYA SYORKAN NIZAR BUAT PUASA SUNAT SAHAJA....BARU LA IKUT SUNAH NABI....YANG TERBAIK BUAT PUASA ISNIN KHAMIS ,INI MOGOK LAPAR ..IKUT AGAMA MANA PULAK....SAYA RASA ISLAM TAK PERNAH MENGAJAR UMATNYA MOGOK LAPAR UNTUK MENUNJUKAN KETIDAKPUASAN PADA PEMIMPIN.....
YANG DIANJURKAN ISLAM ADALAH BERMUSYAWARAH DAN CARI JALAN YANG SEMUA PIHAK BERPUAS HATI....NIZARRRRR...JANGAN LA IKUT PERANGAI PERANGAI ORANG ORANG YANG TAK FAHAM UGAMA.....
PADA ULAMA ULAMA DALAM PAS HARUS BERI NASIHAT PADA NIZAR AGAR DIRINYA TIDAK TERSIMPANG JAUH MENGIKUT TELUNJUK DAP.....UZTAZ NGOR TAKAN TAK FAHAM APA FADHILATNYA MOGOK LAPAR.....KAN DIA LEBIH ARIFF DARI ULAMA ULAMA PAS.....
PADA NIZAR SEKALI LAGI DI INGATKAN...JANGAN TERIKUT IKUT PERANGAI PERANGAI MUSUH MUSUH ISLAM....KALAU NIZAR BUAT JUGA SAYA NASIHATKAN BUAT PUASA SUNAT....JANGAN BUAT MOGOK LAPAR...TAKUT TAKUT ADA PULAK YANG MATI TAK MAKAN NANTI....HAAA SAPA PULAK YANG NAK TANGGONG....
RENUNG RENUNG KANLA....LU PIKIR LA SENDIRI NIZAR.......
SAH! SAH! SAH! PUAK-PUAK NI DAH GILA, MANA ADA DALAM ISLAM MOGOK LAPAR.. HAMPEHHHHH TEBU BETUL LA.U
BalasPadamPATUTNYA KITA AJAR PUAK PUAK ANTI ISLAM NI ,TAPI ANTI ISLAM YANG AJAR NIZAR....MEMANG BANGANG BETUL NIZAR NI
BalasPadamOii Kamalsandafashya
BalasPadamAwat hang bangang sangat, mana ada YB Nizar nak mogok lapar. Yang nak mogok lapar tu YB Sivakumar. Hang dok baca media perdana memang lah media tu bodoh serupa hang dan pengikut yang biru karat tak tau betul salah, haram halal. Hampa main bedal saja. Hang ingat orang Melayu bodoh ke..macam Melayu sokong B END
???????? Ape kejadahnye nye la PR ni weii.. mogok lapar?. Balik zaman pokok rimba la wey!
BalasPadamIslam melarang umatnya melakukan perkara yang mudharat..sudah2 lah berebut kuasa!!Rakyat dah muak!!
BalasPadam