Haram dan menyerupai amalan agama lain!
Itu reaksi dua orang mufti yang dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas tentang hukum penglibatan umat Islam dalam mogok lapar selama tiga hari anjuran pakatan pembangkang di Perak bermula Selasa ini.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya menegaskan, umat Islam diharamkan sama sekali melakukan mogok lapar kerana perbuatan itu menyerupai amalan dalam agama Buddha dan Hindu.
Kata beliau, jika seseorang penganut Islam itu meninggal dunia ketika sedang melakukan mogok lapar, dia dikhuatiri mati dalam keadaan tidak beriman.
"Justeru saya ingatkan para penganut Islam, jangan membudayakan mogok lapar kerana ia jelas berbeza dengan amalan puasa yakni ibadat yang dituntut," tegasnya.
Beliau mengulas rancangan pakatan pembangkang mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula Selasa ini, selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Kata Juanda, selain amalan mogok lapar beliau juga khuatir dengan aktiviti berhimpun sambil menyalakan dan mengarak lilin yang berleluasa di negara ini.
"Jika ia dilakukan oleh orang Kristian tidak mengapa kerana memang ada amalan sebegitu dalam agama mereka.
"Tetapi suka diingatkan, orang Islam dilarang meniru amalan agama lain yang memudaratkan diri, menimbulkan fitnah kepada pihak lain dan melanggar undang-undang," katanya.
Dalam pada itu, Mufti Johor, Datuk Mohd. Tahrir Samsudin menegaskan, umat Islam diharamkan menyertai mogok lapar itu dan pihak berkuasa pula perlu menghalangnya daripada berlangsung kerana ia boleh menimbulkan fitnah besar kepada negara.
Katanya, jika sesuatu mogok lapar berjaya dilangsungkan, ia mungkin menjadi permulaan kepada fitnah-fitnah lain pada masa akan datang.
"Orang Islam sama sekali diharamkan terlibat dalam mogok ini walaupun bertujuan memberi sokongan. Ini kerana umat Islam wajib menjaga nyawa sendiri.
"Jika tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, ia harus diselesaikan melalui rundingan atau perundangan katanya.,"
Semua orang Islam tahu mogok lapar itu haram kerana ia memudaratkan diri. Sekiranya mati, orang itu dikira membunuh diri. Tetapi jika puasa takkan haram kan. Sebab dalam Islam ada puasa Sunat. Iaitu puasa diluar bulan Ramadan. Rasa saya tak salahkan kalau kita berpuasa pada hari tersebut. Bersahur dengan 2 bijik kurma dan berbuka juga dengan 2 bijik kurma. Tidak itu yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Rasanya puasa cam tu salah kaa atau puasa macam tu di samakan dengan mogok.....
BalasPadammemang puasa tak salah...siapa kata puasa salah
BalasPadam