Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan menyelia persiapan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, yang akan diadakan Julai ini.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, berkata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed, pula dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN itu.
Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini hari ini, beliau berkata Mustapa yang juga Naib Presiden Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bertanggungjawab mengenai operasi serta keputusan seharian pilihan raya kecil DUN Manek Urai.
Mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi itu yang kosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada Pas meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lalu, Perdana Menteri berkata:
"Saya menunggu syor daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan. Bila sampai masanya, kita akan umum. Ada masa lagi," katanya.
ORANG KELANTAN MEMANG YAKIN DENGAN TOK PA DAN DENGAN PERLANTIKANNYA AKAN MEMBERI KELEBIHAN PADA UMNO UNTUK MEMENANGI PRK INI SEBAGAIMANA PADA 2004.MASYARAKAT DI MANEK URAI SEBENARNY INGIN PERUBAHAN DAN MEREKA YAKIN PERUBAHAN INI HANYA AKAN TERLAKSANA SEANDAINYA UMNO YANG MENJADI WAKIL RAKYATNYA.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Hidup lah hangpa dgn kisah silam 2004 tu. Dengarlah kabar2 kononnya boleh menang mcm PRU 2008 lalu.
BalasPadamBukan ke geng hampa yg nama Awang Adek tu dah berangan nak jadi menteri besar Kelantan & siap kata "KEMENANGAN YG HAMPIR PASTI". Dah lupa kaa??
Kalu PRU 2008 pun tak leh nak menang, nikan plak sekarang. Kah... kah... kah...