PKR ditubuh atas dasar dengki Anwar pada Umno yang telah mencampak beliau dari politik Umno,Jadi tidak hairan bahawa boleh dikatakan sebahagian pemimpin Pkr adalah pemimpin Umno yang sudah buat taik dalam Umno.Mereka semuanya sudah mengaut kekayaan semasa didalam Umno dan apabila Umno ingin membersihkan penyangak penyangak ini mereka keluar dari Umno dan menyertai Pas dan Pkr.Sebenarnya mereka ini tiada langsung mempunyai semangat untuk membantu rakyat sebaliknya apabila sudah hilang jawatan didalam Umno mulalah menimbulkan berbagai ragam didalam Umno.Dan mereka ini mulalah mencari tempat bertaut yang baru dengan Pkr menjadi sasaran mereka.Pkr akan menyapu taik taik Umno ini yang bagi mereka akan membawa keuntungan jangka pendek pada mereka dengan alasan mereka ini telah dianiaya oleh Umno sedangkan mereka ini sememangnya sudah dicampak dari Umno agar Umno akan sentiasa terhindar dari kuman kuman yang akan membawa penyakit.
Dan apabila bekas ketua penerangan Umno Perlis dilucutkan jawatannya ,maka timbullah sikap tidak puas hati akan timbul dan selalunya mereka yang kecewa ini akan keluar dari perjuangan.Maka disinilah selalunya pembangkang mengambil kesempatan dengan membela dan mempelawa mereka agar menyertai parti mereka.jadi Pkr bukanlah parti yang iklas dalam memperjuangkan rakyat tapi lebih kepada memperjuangkan sifat dendam mereka pada Umno.
Dan inilah bukti bahawa Pkr sentiasa mengambil peluang walaupun pemimpin berkenaan ada masaalah semasa didalam Umno
PKR Perlis sedia menerima Datuk Hashim Suboh jika bekas ketua penerangan Umno Perlis itu mahu menganggotai parti pembangkang itu.
Pengerusi PKR negeri, Johari Shafie berkata, pihaknya boleh menerima Hashim jika berminat berbuat demikian.
Bagaimanapun, kata Johari, sehingga ini beliau belum menerima permohonan daripada Hashim.
"Tidak ada masalah untuk kita menerima Datuk Hashim. Malah kita akan cadangkan kepada PKR pusat supaya menerima permohonannya.
"Tetapi saya tidak tahu parti yang mana satu dia (Hashim) hendak masuk. Biarlah dia buat kenyataan sendiri mengenai perkara tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.
Hashim sebelum ini menyatakan kesediaannya menyertai pembangkang ekoran kecewa dengan layanan pemimpin Umno Perlis terhadap penyokong-penyokong bekas Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim.
Bagaimanapun, Johari enggan mengulas apabila diberitahu Hashim merupakan perwakilan Umno yang meminta ketua Pemuda Umno ketika itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menggunakan keris ke atas orang bukan Melayu yang mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.
"Isu keris itu saya tidak mahu komen, isu itu sensitif dan juga isu tersebut sudah lama," katanya.
Sementara itu, timbalan pengerusi DAP Kedah/Perlis Vincent Loo ketika dihubungi berkata, beliau mahu berjumpa Hashim terlebih dahulu.
Katanya, beliau akan menghubungi Hashim dan kalau boleh inin bertemu pemimpin Umno Perlis itu minggu depan.
"Lain-lain perkara saya tidak mahu komen, biar saya jumpa Datuk Hashim dahulu," katanya.
Sementara itu, Hashim dihubungi berkata, kenyataannya ketika berucap dalam perhimpunan agung tersebut telah disalah tafsir dari maksud sebenar.
“Maksud saya ialah Datuk Seri Hishammuddin sebagai menteri pelajaran perlu menggunakan kuasanya untuk menjayakan sekolah wawasan.
“Dia ada kuasa menteri, mengapa tidak guna, jangan buat retorik politk sahaja,” katanya.
Hashim berkata, ekoran ucapannya itu, Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu timbalan perdana menteri, telah memanggilnya untuk memberi nasihat.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Buat Kamalfarsya...Assallamu malaikum
BalasPadamTapi masaalahnya ...cuba kita musabah diri kita dulu...
Cari PUNCA dan sebab kenapa DSAI dinyahkan dari UMNO...
Cari PUNCA dan sebab kenapa Senator Dato Zaid Ibrahim...letak jawatan
Cari PUNCA dan sebab kenapa UMNO ditalkinkan di Sabah...
Cari PUNCA dan sebab kenapa ramai anggota UMNO keluar UMNO
Dan kenapa YB YB melompat di Perak dan beri sokongan pada UBN...
Dan kenapa Kak Min Calon Bebas begitu perangainya...DAN BANYAK LAGI
Politik tidak kotor...yang mengotori politik tu.."POLITICIAN"
Macam mana orang MELAYU mak maju
Hasad Dengki Fitnah Tamak dan dll
masih ada di sanubari mereka
Melayu Mudah Lupa...kata Tun Mahathir
Kita kenalah berfikir secara positif ....agar Melayu tidak rugi serba serbinya
Bertindaklah mengikut FIKIRAN dan bukan PERASAAN...
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
Wallah Hualam