tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 30 Mei 2009

UMNO PAS:JANGAN PANDANG RENDAH KEKUATAN BN DI MANEK URAI

KUALA KRAI 30 Mei — Barisan Nasional (BN) akur akan berhadapan saingan sengit daripada parti pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai Julai ini namun kekuatan BN tidak boleh dipandang rendah.

Pengarah pilihan raya BN bagi DUN itu, Datuk Mustapa Mohamed berkata walaupun BN turun selaku ’underdog’ (bukan pilihan) pada pilihan raya kecil kali ini, ia tidak langsung menjejaskan semangat BN dan Umno untuk merampas kerusi itu.

“Kita tahu sebelum ini mereka (PAS) menang di sini, itu menjadikan kita underdog. BN mampu memberi saingan sengit pada pilihan raya kecil kali ini,” katanya Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan jentera BN DUN Manik Urai di Sekolah Kebangsaan Manik Urai, di sini, semalam.

PAS tidak perlu mendabik dada mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai sebagai kubu kuat mereka kerana pada hakikatnya Barisan Nasional (BN) pernah menang kerusi itu.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata calon BN pernah menewaskan calon PAS di kawasan itu pada pilihan raya umum 1978 dan pilihan raya umum 2004, sekaligus membuktikan BN dan Umno mempunyai peluang pada pilihan raya kecil kali ini.

"Saya melihat cahaya yang terang di hujung terowong. Kita dapat lihat respons positif daripada penduduk di sini, saya sendiri pun terperanjat.

"Sebelum ini kita pernah menang di DUN Manik Urai, jadi kubu kuat PAS tidak pernah kukuh," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk miskin di Kampung Lela Jasa, Sungai Rek, di sini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam mengadakan perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Kuala Krai di Pejabat Umno, di sini, dan bermalam di kampung berkenaan.

Katanya BN mengakui kehilangan banyak undi daripada golongan muda pada pilihan raya umum yang lalu namun tumpuan gerak kerja ditekankan kepada semua peringkat, tidak hanya tertumpu kepada golongan muda semata-mata.

Perubahan sikap juga semakin dapat dilihat terutama di kalangan golongan muda yang mula menaruh kembali keyakinan kepada BN dan kerajaan khususnya.

"Sebenarnya tidak semua golongan muda menyokong pembangkang tetapi dengan barisan baru pimpinan parti dan kerajaan, kita dapat lihat orang muda memahami peranan Umno dan BN sebagai sebuah parti dan kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.

Berhubung soal calon, beliau berkata perkara itu diserahkan kepada pimpinan bahagian, negeri dan pusat untuk menentukan.

Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri PAS kawasan itu Ismail Yaacob.

Ismail meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Baharu kirakira 5.55 pagi Jumaat lepas setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak April lalu akibat sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilapor akan bermesyuarat esok untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil itu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH