tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 27 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:MUFTI PERAK BUKAN BONEKA UMNO,HANYA NYATAKAN PERKARA SEBENAR

Saya kecewa apabila Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dijadikan bahan cercaan dan makian oleh penyokong pembangkang di Internet.Perkembangan negatif ini menuntut semua pihak supaya melakukan muhasabah diri bahawa terdapat perkara pokok di negara ini yang tidak boleh dikompromi.Jika perkara ini dipandang mudah dan diketepikan begitu sahaja, ia akan memusnahkan apa yang telah dibina bersama di negara ini.Saya sedih sungguh, bukan sahaja mufti bahkan raja kita telah dihina, saya lihat ini mungkin satu situasi atau perkembangan yang perlu muhasabah semua pihak.

Kita lihat sekarang di dalam blog, ceramah dan tulisan media tertentu, terbabit dalam mengeluarkan kenyataan yang mengkritik pandangan beliau (Harussani).Selama ini mereka lihat apa yang disampaikan oleh mufti baik tetapi apabila beliau (Harussani) membuat pendirian dalam hal-hal tertentu yang tidak memihak kepada mereka, pandangan itu dilihat tidak betul.

Mufti Perak itu sebelum ini menyatakan kekesalan dan dukacitanya dengan tindakan penyokong parti pembangkang yang sanggup mencerca dan memaki beliau ekoran kenyataannya bahawa sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka.

Rakyat diminta berhati hati dan tidak terjerumus dengan permainan politik pihak tidak bertanggungjawab itu dan institusi mufti perlu dipelihara kerana ia penting bagi memastikan masyarakat sentiasa berada di landasan yang betul.Kita kesal kerana keperibadian mulia seorang mufti kini tercemar dengan cubaan melemparkan pandangan bahawa kedudukannya di tempat yang rendah dan hina sekali.Sebelum ini, pandangan Datuk Seri Harussani sentiasa dihormati semua pihak dan ada kalanya kita dalam Barisan Nasional (BN) juga ditegurnya.

Apabila beliau membuat teguran, tidak bermakna beliau tidak suka kepada pihak tertentu. Beliau bercakap tentang kebenaran. Kita tidak perlu melenting atau mengkritik dengan begitu keras terhadap pandangan yang dibuat.

Kenapa pembangkang sangat marah pada mufti Perak hingga sanggup menggelarnya anjing ekoran kenyataannya, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka

Bagi Datuk Seri Harussan isu sekecil-kecilnya hinggalah menyentuh dasar kerajaan, semuanya diredah oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria. Yang hak dikatakan hak. Yang salah dikatakan salah.Itulah perawakan dan sikap Harussani yang kini mencecah usia 69 tahun. Beliau sentiasa mendahulukan al-Quran dan hadis dalam segala tindakan dan perkataan untuk kesejagatan agama, bangsa dan negara.

Dan apabila Harussani dicerca dan dimaki para penyokong parti pembangkang ekoran kenyataannya dalam krisis politik di Perak tempoh hari bahawa 'sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah tetap dianggap menderhaka', ramai melihat Mufti Perak ini sebenarnya cuba diheret dalam sentimen dan fahaman politik pihak tertentu.

Asal ada yang tidak berpihak kepada 'mereka', habis dicarut oleh 'mereka'.

Selagi pemerintah seperti Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak menyuruh kita melakukan maksiat, maka kita mesti taat. Jadi, sesiapa yang ingkar, maka derhakalah orang itu.Sememangnya banyak perbezaan pendapat atau pandangan antara Harussani dan Nik Abdul Aziz.

Begitu juga dalam pergolakan politik di Perak yang mana Mursyidul Am Pas itu tetap menganggap tindakan bekas Menteri Besar Perak yang juga 'anak buahnya', Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Sultan Perak dalam penyelesaian kemelut politik negeri itu bukan suatu bentuk penderhakaan.

Rakyat khususnya umat Islam mengenali Harussani sebagai lelaki berperwatakan lemah lembut, sentiasa terukir senyuman di bibirnya terutama senang mengatakan yang hak dikatakan hak, yang salah dikatakan salah dan menjulang keagungan Islam di persada negara.

kelantangannya dalam mempertahankan kesucian dan kebenaran agama Islam merupakan sebahagian daripada tugas yang diamanahkan oleh agama dan saya akan terus menyatakan apa yang benar tanpa mengira siapa di hadapan saya kerana ia adalah hukum yang ditetapkan oleh Allah dan agama Islam sendiri.

PADA SELURUH PIHAK PEMBANGKANG DAN PENCACAI NYA JANGANLAH JADIKAN MUFTI SEBAGAI BARANG YANG BOLEH DISEPAK TERAJANG....MOGA ALLAH AKAN BERKATI DAN AMPUNI PADA SESIAPA YANG MENGHINA BELIAU SELAMA INI....AMIN.

RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI.

2 ulasan:

  1. tu la tak paham depa ni , nak kata bodo ,mengaji .nak kata pandai ,akai kosong . nak kata bebal pula ...mungkin ya sebab org bebal ni biasanya tak makan nasihat ,silap2 org yg nasihat tu pula kena .macam mufti ni la. Tapi tak pa la . Rasullullah dulu 13 tahun lebih nak betulkan akidah ,inikan pula kita manusia biasa . sabaq aja la tok mufti oi ! itulah asam garam seorg pendakwah . kpd yg tak bolih terima teguran tu ,belajaq2 la jgn komen2 org atau duduk diam2 aja ,itu terlebih baik .

    BalasPadam
  2. MUFTI TAK CAKAP PULAK HUKUM TANGKAP MAT SABU SEBAB SURUH ORANG BUAT SEMBAHYANG HAJAT.DULU MUFTI KATA SURE HEBOH HARAM TAPI SEKARANG JOM HEBOH TAK HARAM PULAK.EN KAMAL BACA BETOL-BETOL TAU AYAT SAYA NI MUNGKIN ADA AYAT YANG MENGHINA ATAU MEMAKI MUFTI PULAK NANTI.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger