tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 22 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:HUJAH PEGUAM ZAMBRY TERHADAP HUJAH PEGUAM NIZAR.


(1) Kes Stephen Kalong Ningkan (“kes Ningkan”) terpakai dalam setiap sudut

1.1 Satu-satunya cara seseorang Ketua Menteri (di Sarawak) hilang kepercayaan adalah dengan ‘undi kepercayaan’ di Dewan. Di dalam kes Ningkan, ianya telah membezakan (distinguished) kes Adegbenro v Akintola [1963] 3 WLR 63 (“kes Akintola”) atas lima (5) sebab iaitu:
(a) Kes Akintola jelas, dari segi matematik, bahawa lebih daripada separuh ‘House’ di Nigeria tidak lagi menyokong ‘Premier’;
(b) Kes Akintola mengunakan perkataan ‘support’ manakala kes Ningkan, ianya menggunakan perkataan ‘confidence’, dan ‘confidence’ disini adalah ‘term of art’, justeru itu ianya mengkehendaki ‘undi kepercayaan’;
(c) Di Nigeria, jelas Gabenor mempunyai kuasa tersurat untuk memecat ‘Primier’ jika beliau tidak lagi mempunyai kepercayaan;
(d) Di Nigeria, Gabenor mempunyai kuasa untuk menganalisa situasi ‘as it appeared to him’; dan
(e) Di Nigeria, semua Menteri (termasuk ‘Premier’) memegang jawatan selama diperkenankan ‘at the Gabenor’s pleasure’.


.2 Atas sebab-sebab fakta adalah serupa di dalam kes Nizar v Zambry dengan kes Ningkan, maka kes Ningkan adalah terpakai dan masih lagi merupakan ‘good law’. Justeru itu, Artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak adalah bukan berbentuk ‘subjektif’ iaitu DYMM Paduka Seri Sultan mempunyai kuasa untuk membuat pendapat subjektifnya tetapi mestilah berdasarkan kepada ‘fakta’ bahawa Menteri Besar telah hilang kepercayaan dan ini hanya boleh ditentukan di Dewan melalui ‘undi kepercayaan’.

1.3 Oleh itu, apabila Nizar mengadap DYMM Paduka Seri Sultan pada 4hb Februari 2009, ianya bukanlah situasi dimana beliau telah hilang kepercayaan majority ADUN tetapi atas sebab ‘deadlock’. Ini disokong lagi dengan perisytiharan (proclamation) untuk pembubaran yang dibawa beliau merujuk kepada Artikel 36(2) Perlembagaan Negeri Perak.

1.4 Kesimpulannya, disebabkan Nizar tidak meletak jawatan, dan di dalam Perlembagaan Negeri Perak beliau tidak memegang jawatan selama mana diperkenankan, jawatan Menteri Besar tidak menjadi kosong, Oleh itu YAB Dato’ Seri Dr Zambry tidak boleh menuntut jawatan Menteri Besar.

Jawapan saya:

a. Apabila Nizar mengadap DYMM Paduka Seri Sultan pada 4hb Februari 2009, bersama surat beliau yang membuat rujukan khusus kepada Artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak, dan seterusnya mengaku adanya ‘deadlock’ (kononnya disebabkan oleh 3 ADUN PKR/DAP yang telah meletak jawatan, maka secara tersirat ataupun tersurat, beliau tidak lagi mempunyai kepercayaan majoriti ADUN. Jika tidak, mengapa perlu mengadap DYMM Paduka Seri Sultan berkenaan ‘deadlock’ itu;

b. Artikel 36(2) Perlembagaan Perak tidak terpakai di dalam situasi dimana adanya ‘deadlock’ kerana Artikel 36(2) adalah untuk situasi dimana Dewan telah sampai tempoh lima (5) tahun dan perlu dibubarkan untuk pilihanraya umum.

c. Isu perletakan jawatan Nizar, setelah maklum bahawa beliau tidak mempunyai kepercayaan majority, adalah tidak relevan lagi kerana, dari sudut perlembagaan, beliau telah terhenti menjadi Menteri Besar. Dewan bukanlah pemutus jika adanya keterangan-keterangan lain seperti yang dimaksudkan di dalam kes Amir Kahar v Tun Mohd Said bin Keruak [1995] 1 CLJ 184 (‘kes Amir Kahar”).

d. Kes Ningkan, kes Amir Kahar semuanya diperingkat Mahkamah Tinggi, oleh itu, Mahkamah Rayuan tidak terikat. Tetapi, kes Akintola adalah kes ‘privy council’, iaitu sama tingginya seperti di House of Lords di England.

(2) Laporan Suruhanjaya Reid 1957 berkenaan kuasa untuk memecat Perdana Menteri (Perlembagaan Persekutuan)

2.1 Tuan Haji Sulaiman berhujah bahawa deraf Perlembagaan Malaysia, di dalam Artikel 36(2) Persekutuan Malaya, berbunyi:
“The Yang di-Pertuan Besar (bermaksud Yang di-Pertuan Agong) shall appoint...a Prime Minister who in his judgment most likely to command the confidence of the majority of the members of that House...if the Prime Minister ceases to command such confidence, the Yang di-Pertuan Besar shall either, at the request of the Prime Minister, dissolve Parliament or remove the Prime Minister from office”

2.2 Disebabkan ayat ‘remove the Prime Minister from office’ tidak ada di dalam Artikel 43(4) Perlembagaan Malaysia yang sedia ada, maka YDPA tidak boleh memecat Perdana Menteri. Posisi yang sama adalah terpakai di dalam situasi Artikel 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

2.3 Perkataan ‘cease’ bukanlah membawa maksud sukarela (free will) tetapi suatu keadaan positif yang menyebabkan beliau ‘cease’. Justeru itu, mestilah ada ‘undi kepercayaan’ sebelum Menteri Besar boleh ‘cease’ jawatannya.

Jawapan saya:

a. Benar bahawa tiada peruntukkan khusus ‘remove the Prime Minister from office’ tetapi adalah ‘superfluous’ jika YDPA (di dalam kes Perak, DYMM Paduka Seri Sultan) tidak mempunyai kuasa ‘tersirat’ (residual powers) kerana ini akan menyebabkan Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri (atau MB) itu adalah kerajaan minority!
b. Artikel 36(2) Deraf Perlembagaan juga tidak mempunyai perkataan “maka, Perdana Menteri hendakhah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen (untuk Perak, DYMM Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan Negeri)”. Oleh itu, ketiadaan ‘remove the Prime Minister from office’ telah digantikan dengan ‘melainkan jika atas permintaannya DYMM Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan Negeri, Menteri Besar mestilah meletakkan jawatannya’.

c. Jika Dato’ Pairin (ketika itu Ketua Menteri Sabah di bawah kerajaan PBS) telah secara terhormat meletak jawatannya apabila diketahui beliau tidak lagi mempunyai majority, mengapa Nizar tidak mahu berbuat demikian. Ini suatu persoalan yang tidak dapat dijawap.

Saya menyerahkan kepada saudara-saudari untuk membuat kesimpulan sendiri. Esok jam 3.30pm di Mahkamah Rayuan yang sama keputusan Rayuan Zambry akan diberikan.



1 ulasan:

  1. tak semestinya bila Nizar mohon bubarkan dun maka disitu hilang majoriti...bagaimana pula campurtangan spr mempertikaikan 3 adun meletak jawatan pun menjadi persoalan tak habis2.Anda gagal membuktikan majoriti dun akan menolak NIzar sebagai MB...kerana umnoBN sedar speaker akan menolak usul ini...semua pemikiran anda dah ada dlm otak aku ni...

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger