tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 21 Mei 2009

UMNO PAS:SUARA ULAMA PAS LESU DALAM MENEGAKAN IDEOLOGI

KUALA LUMPUR: Pemilihan pucuk pimpinan Pas bulan depan bukan sekadar menyaksikan pertembungan caloncalon daripada golongan ulama dan profesional, malah akan memperlihatkan juga sejauh mana kecenderungan parti itu terus mempertahankan perjuangannya menegakkan pemerintahan Islam.

Kira-kira 20 tahun lalu parti ini berpegang kuat kepada pendekatan ideologi agama yang radikal sehingga ada penyokong dan pemimpin parti sanggup melabel penyokong Umno sebagai kafir kerana didakwa bersengkokol dengan partiparti politik bukan Islam.

Malah berita seperti 'satu masjid dua imam' khususnya di negerinegeri seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu bukan perkara pelik pada ketika itu, seperti juga cerita mengenai keluarga yang berpecahbelah dan jiran tetangga bermusuhan garagara perbezaan fahaman politik.

Hari ini Pas mempamerkan imej yang amat berbeza. Selain bekerjasama dengan DAP yang didominasi kaum Cina dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sememangnya liberal, suara ulama radikal semakin lesu.

Isu kafir-mengkafir lenyap, keazaman parti untuk menubuhkan negara Islam, melaksanakan undangundang hudud sudah tidak kedengaran lagi. Mungkin kematangan berpolitik menyebabkan isuisu itu digugurkan atau mungkin juga ia ditenggelami pengaruh pemimpin golongan profesional dengan pendekatan yang liberal.

Barangkali selepas menyedari bahawa pengaruh golongan profesional semakin meluas dalam parti, segelintir pemimpin Pas telah menekankan pentingnya golongan ulama menyandang dua jawatan tertinggi parti iaitu presiden dan timbalan presiden, namun ada juga yang membantah pandangan itu.

Mereka termasuklah Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang berpandangan bahawa golongan profesional dan ulama adalah sama kerana untuk memimpin, keduaduanya harus mempunyai pengetahuan dunia dan akhirat.

Pandangan Nik Abdul Aziz itu dilihat sebagai cubaan meredakan perselisihan antara golongan radikal dan sederhana memandangkan masih ada pihak yang tidak dapat menerima golongan profesional sebagai pemimpin mereka.

Hakikatnya, menurut beberapa pemerhati politik, Pas tidak mempunyai pilihan selain membiarkan ia diterajui golongan profesional jika ia mahu terus dipilih dalam pilihan raya umum.

Parti itu, kata mereka, telah menyedari bahawa pendekatan radikal tidak mampu mengekalkan sokongan bukan Islam seperti yang sedang dinikmati parti itu sekarang."Pas sekarang berpolitik secara realiti iaitu berjuang untuk kuasa.

Dulu mereka berjuang untuk menegakkan ideologi tapi sekarang ideologi dah tipis," kata Prof Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pensyarah Pusat Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi itu berkata Pas kini berbai-kbaik dengan parti politik yang didominasi bukan Islam berlandaskan satu matlamat iaitu untuk menumbangkan BN.

"Sekarang rakyat pelbagai kaum dapat menerima pendekatan Pas, jadi mereka akan kekalkan pendekatan sederhana ini selagi mereka dapat sokongan," katanya.

Sekalipun kehadiran golongan profesional ini, yang turut dikenali sebagai kelompok Erdogan, memberi manfaat kepada Pas daripada segi sokongan masyarakat, hakikatnya kata Mohamad Agus, mereka juga membawa bibit-bibit kurang sihat dalam parti seperti perebutan kuasa.Pemilihan parti itu kali ini menyaksikan pencalonan paling ramai dalam sejarah parti itu.

Sungguhpun Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding sebagai presiden, timbalannya Nasharuddin Mat Isa ditentang tiga calon termasuk dua Naib Presiden sekarang terdiri Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Husam yang dikelompokkan sebagai Erdogan diuar-uarkan calon popular untuk menang walaupun ada pandangan menyatakan calon golongan ulama Datuk Dr Haron Din adalah gandingan terbaik Abdul Hadi.

Sekalipun ada yang melihat ia petanda amalan demokrasi yang semakin subur dalam Pas, bagi Prof Dr Ahmad Atory Hussain daripada Universiti Sains Malaysia, perebutan jawatan itu juga satu petunjuk tentang pudarnya amalan syura dalam parti itu.

"Nampaknya Pas sekarang mengamalkan demokrasi ala-Barat, bukan lagi secara syura, iaitu amalan bermesyuawarah dan bertolak ansur," kata pensyarah Dasar Awam dan Politik Malaysia itu.

Ahmad Atory berpendapat golongan Erdogan lambatlaun akan menguasai pemilihan Pas kali ini memandangkan parti itu kini didominasi golongan muda yang berfahaman sederhana.

"Golongan ulama dah tak ramai, dah tuatua. Yang ramai sekarang adalah golongan muda, profesional dan mereka akan mencorakkan pucuk pimpinan baru. Mungkin pada pemilihan kali ini tak ketara sangat, tapi saya yakin mereka akan menyerlah pada pemilihan akan datang," katanya.

Prof Dr Ahmad Atory berkata suka atau tidak, penyokong Pas khususnya kelompok radikal yang masih ada di peringkat akar umbi terpaksa menerima gaya kepimpinan baru yang akan diselitkan oleh golongan profesional ini.

Prof Madya Dr Ghazali Mahyuddin dari UKM turut bersetuju dengan pandangan itu dan menyifatkan Pas telah mula berpijak di bumi nyata kerana menyedari golongan ulama sahaja tidak mampu menarik sokongan masyarakat pelbagai kaum.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan suara ulama akan terus dipinggirkan dan seterusnya menjadi golongan minoriti dalam parti.

"Perubahan ini sebenarnya perkara biasa dalam politik dan Pas adalah parti politik, jadi tidak perlu dihairankan kalau pada pemilihan nanti yang ramai menang adalah kumpulan profesional.

"Memanglah masih ada penyokong akar umbi yang tegar dengan pendekatan radikal dan mungkin tidak dapat menerima kehadiran pemimpin yang sederhana ini, tetapi saya jangka mereka akan terus dalam parti selagi ada pemimpin bergelar ulama," kata Ghazali, yang meragui parti itu akan kembali kepada pendekatan lama.

"Kalau mereka kembali, mereka akan dipencilkan oleh rakan sekutu mereka. Tapi dalam politik ini susah nak dijangka. Kita tengok sajalah apa perkembangannya selepas ini sebab saya yakin golongan profesional akan mendominasi pemilihan kali ini," katanya.

Jika mahu dirumuskan perubahan yang berlaku dalam parti kedua terbesar orang Melayu selepas Umno itu, tidak keterlaluan jika dikatakan Pas kini menggunakan pendekatan yang pada suatu ketika memberi sokongan besar kepada Umno dan BN. Mengamalkan pendekatan sederhana dan menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, Umno dengan kerjasama rakanrakan dalam BN, berjaya menambat hati rakyat selama berdekad.

Berpegang pada tiket serupa, Pas yang kini sekutu kepada PKR dan DAP mentarbiahkan rakyat bahawa parti itu mampu memenuhi kehendak rakyat dengan menegaskan ajaran Islam juga menekankan keadilan dan kesejahteraan untuk semua.

Sekalipun penganalisis politik yakin asas penubuhan Pas yang antara lain mahu mewujudkan negara Islam belum berubah, persoalannya ialah sejauh mana pemimpin golongan profesional ini mampu mempertahankannya.

Atau, mungkinkah keinginan untuk berkuasa akan mengatasi perjuangan asal pemimpin terdahulu dan apakah sakibaki golongan ulama yang masih ada akan membiarkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH