Tinjauan Berita Harian di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Tanah Liat, di sini, mendapati meja semakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipenuhi bendera parti itu dan petugas pula memakai pakaian serta lencana dengan logo PKR.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu semua parti politik dan penyokong parti terlibat dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti di Pulau Pinang mematuhi larangan berkempen pada hari mengundi mengikut Seksyen 26 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata larangan berkempen itu termasuk meraih undi dan mendirikan ’pondok panas’ bagi membolehkan pemilih keluar mengundi dengan tenang tanpa sebarang gangguan.
Katanya tempoh lapan hari berkempen perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh parti-parti politik tetapi kempen perlu dihentikan pada tengah malam 30 Mei seperti peruntukan undang-undang yang menetapkan kempen dihentikan pada pukul 12 malam menjelang hari mengundi.
“Saya mahu di Penanti ini (larangan) dimulakan, pengundi keluar dengan aman dari rumah dan tidak ada orang mengganggu pengundi, dan jika boleh, kita mahu ia dijadikan budaya dalam pilihan raya yang lain selepas ini.
“Dan tidak ada ’pondok panas’ sebab ia adalah tempat untuk semak saluran dan tempat mengundi yang sebenarnya SPR telah sediakan kemudahan itu. Untuk tujuan ini, kita akan menambah kaunter semakan,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan tarikh pilihan raya bagi DUN Penanti, di sini hari ini. -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA