tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 25 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:PENULIS BLOG PEMBANGKANG TIDAK BERTANGUNGJAWAB,SEOLAH NEGARA INI NAK TERBALIK :MUHYIDDIN

Kerajaan tidak berasa tertekan gambaran ‘ macam-macam’ yang cuba ditimbulkan penulis blog dan media pro pembangkang serta gelagat berterusan parti-parti pembangkang yang sengaja berterusan hendak menghangatkan suasana politik negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebaliknya kerajaan akan terus menumpukan perhatian menjalankan tugas dan tanggongjawab yang diamanahkan
seperti biasa untuk memulihkan ekonomi seterusnya memulihkan keyakinan

rakyat.

Katanya banyak lagi ‘feel good factor’ dalam ‘ saku’ Perdana Menteri yang bakal diumumkan mengikut fasa.

Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan petang Jumaat ketika diminta mengulas gambaran yang cuba diberikan oleh blogger,media pembangkang ,ceramah serta demonstrasi pembangkang seolah ‘ negara ini nak terbalik’.

Muhyiddin menganggap blog-blog yang menghentam kerajaan hanya dikuasai oleh individu tertentu sahaja dan ianya tidak menggambarkan majoriti pandangan umum masyarakat.

Menurutnya, kerajaan tidak menyekat kebebasan memberi pandangan tetapi perlu bertanggungjawab, jangan berbuat sesuatu yang boleh dianggap menghasut dan melanggar undang-undang.


Katanya, “saya tidak nampak kita susah hati dan tertekan kerana Perdana Menteri menjalankan tugas dengan baik, dasar menangani masalah ekonomi negara telah mula menunjukkan hasilnya dan pakar ekonomi juga membayangkan perkembangan positif pada penghujung tahun depan.”

Berhubung dengan ‘wow factor’ yang digembar gemburkan beliau sebelum pemilihan UMNO baru-baru ini, Muhyiddin berkata, “sekarang kita sedang menguruskan isu-isu utama seperti ekonomi, rakyat faham bahawa kerajaan tidak tidur, PM beri fokus pada ekonomi dan saya membantu dalam kepentingan pendidikan, soal sosial, kebajikan dan kemiskinan”.

Menurutnya, faktor ‘wow’ itu akan berlaku setelah apa yang dilaksanakan menjadi kenyataan dan berkesan serta rakyat mengakui apa yang dilakukan kerajaan itu berjaya.

Katanya, “saya tahu kita tidak boleh ambil banyak masa, Perdana Menteri pun baru sebulan lebih tetapi telah menunjukkan kesannya

melalui 1Malaysia tapi terlalu awal untuk menilai, bagi masa sebulan lagi kerana berbagai langkah akan diambil dan diumumkan.”

Muhyiddin yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan juga mengumumkan pelantikan Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Al Habshee sebagai Setiausaha,Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi Bendahari dan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah Ketua Penerangan.

Muhyiddin juga memberitahu 10 sekretariat ditubuhkan akan diwakili semua ahli jawatankuasa badan perhubungan.

Sepuluh sekretariat tersebut adalah Sekretariat Penerangan, Sekretariat Tugas-Tugas Khas, Sekretariat NGO, Sekretariat Belia dan Orang Muda,Sekretariat Kebajikan, Sekretariat Peniaga Kecil, Sekretariat Latihan, Sekretariat Keahlian, Sekretariat Perhubungan Awam dan Sekretariat Perumahan dan Kependudukan.


Beliau juga menjelaskan bahawa satu penilaian berkala akan dilakukan oleh Sekretariat Tugas-Tugas Khas terhadap sejauhmana masyarakat Melayu di Wilayah Persekutuan menyokong UMNO dan BN.

Katanya, “kita mahu tahu apa rumusan setiap parlimen tentang kekuatan, kelemahan, apa strategi yang perlu diambil untuk menawan semula hati masyarakat di tempat yang kita kalah. Kita juga ingin perkukuhkan kedudukan di kawasan parlimen yang kita menang”.

Semua pemimpin bahagian hadir kecuali Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, bahagian Labuan dan Bandar Tun Razak diwakili pemangku ketua dalam mesyuarat tersebut termasuk Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya dan pemimpin sayap parti Wilayah Persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH