tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 31 Mei 2009

TERKINI PENANTI:PERATUS KELUAR MENGUNDI RENDAH

Sehingga jam 4 petang tadi, peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti adalah 44.36 peratus iaitu mewakili 6,824 pengundi.


Tinjauan fotoBERNAMA pada pukul 10 pagi tadi mendapati tiada seorang pun yang mengundi dan hanya seorang anggota polis mengawal salah satu saluran undi di Pusat Pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jit Sin Berapit hari ini. -- fotoBERNAMA
TENANG DAN AMAN... Beginilah suasana yang dapat dilihat di luar kawasan pusat pengundian Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jit Sin, Berapit sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang pondok panas dan perayu undi berkeliaran di luar kawasan pusat pengundian bagi menjalankan proses mengundi dengan lancar. Kelihatan pondok SPR dan pekerja SPR membantu para pengundi untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN itu. --fotoBERNAMA

BUKIT MERTAJAM: Hanya 38 peratus pengundi di bahagian Dewan Undangan Negeri Penanti keluar mengundi dalam tempoh enam jam pertama sejak pengundian dibuka 8 pagi tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya berkata, setakat pukul 2 petang tadi seramai 5,964 orang telah mengundi.

Pengundian akan ditutup 5 petang ini.

BERITA TERDAHULU

Penanti: Pengundian berlangsung, 'dingin'

BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti berlangsung dengan tenang dan lancar walaupun bilangan yang keluar mengundi dalam tempoh empat jam pertama agak 'dingin'.

Sehingga pukul 10 pagi tadi hanya 14 peratus pemilih telah keluar mengundi.

Paras itu meningkat kepada 29.86 peratus atau seramai 4,593 orang menjelang 12 tengah hari tadi.

Tinjauan mStar Online mendapati pusat-pusat mengundi terus dikunjungi pengundi tetapi bilangan mereka tidak 'memberangsangkan' berbanding ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu.

Kawasan peti undi yang kecil bilangan pengundi peratusan keluar mengundi sangat rendah, malah boleh dikatakan lengang.

Penanti terletak dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh.

Terdahulu, pusat-pusat mengundi pada hari penentuan ini dibuka pada pukul 8 pagi tadi.

Proses pengundian akan berlangsung sehingga 5 petang manakala keputusan dijangka dikeluarkan menjelang 8.30 malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan sembilan buah pusat mengundi dengan 32 saluran.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

Bernama melaporkan keadaan cuaca cerah di sebelah pagi membolehkan orang ramai keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat kawasan itu.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan curahan berlaku pada sebelah petang manakala pada malam cuaca adalah baik.

Pilihan raya kecil DUN Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 59; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; Pengurus syarikat, Nai Khan Ari, 41 dan pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42.

Bagaimanapun Barisan Nasional tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil ini - yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Daripada kesemua calon yang bertanding, hanya Nai Khan merupakan pengundi dalam DUN Penanti.

Anak jati Penanti berketurunan Siam itu membuang undi di pusat pengundian di Dewan KAFA Kampung Tun Sardon.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan pilihan raya kecil DUN Penanti akan diketahui selewat-lewatnya pukul 8.30 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Majoriti diperoleh beliau ialah 2,219 undi. Terdapat 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain kaum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH