tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 22 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:SULTAN PERAK BUAT KEPUTUSAN TEPAT

SINGAPURA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah menunjukkan bahawa daripada segi prinsip undang-undang, Barisan Nasional telah membuat perkara-perkara yang menepati keperluan undang-undang.

Sambil melahirkan rasa puas hati dan syukurnya, Perdana Menteri berkata keputusan mahkamah itu juga menunjukkan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah pun telah membuat keputusan yang menepati peruntukan perlembagaan negeri Perak.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan rasmi dua harinya ke Singapura hari ini sebagai mengulas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

Najib berkata : "Kerajaan Perak yang ada sekarang adalah sah di sisi undang-undang dan boleh terus wujud, boleh terus mentadbir negeri Perak dan berkhidmat untuk rakyat Perak."

Beliau berkata dengan keputusan berpihak kepada BN, kerajaan Perak sekarang akan melaksanakan tanggunGgawab dan amanahnya dengan bersungguhsungguh supaya keyakinan rakyat kepadanya dapat dibawa ke peringkat yang jauh lebih baik lagi.

Najib berkata keputusan mahkamah itu juga menunjukkan bahawa kuasa untuk membubar dewan undangan negeri terletak di tangan Sultan Perak dan terpulang kepada budi-bicara baginda untuk memutuskannya.

Mengenai pilihan raya kecil yang bakal berlaku di Manik Urai, Kelantan berikutan kematian wakil rakyatnya Ismail Yaacob, 60, daripada Pas hari ini, Perdana Menteri berkata BN pasti akan bertanding di situ.

Beliau menjawab demikian apabila diminta mengulas kenyataan pengarah pilihanraya Pakatan Rakyat Datuk Mustafa Ali hari ini bahawa beliau berharap BN tidak akan bertanding di Manik Urai sebagaimana ia memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti di Pulau Pinang.

Najib berkata seperti beliau jelaskan baru-baru ini bahawa ini adalah soal prinsip iaitu jika sesuatu kekosongan kerusi berlaku atas sebabsebab yang termaktub dalam perlembagaan seperti kematian, BN akan mematuhi perlembagaan dengan meletakkan calonnya.

"Tetapi jika kekosongan kerusi berlaku disebabkan mainan politik (seperti di Penanti), maka kita tidak akan menari mengikut rentak mereka," kata Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang turut berada di sini mengikuti delegasi Perdana Menteri pula berkata Umno negeri itu akan mengadakan mesyuaratnya malam esok untuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Mustapa turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ismail.

Sebelum persidangan akhbar itu, Perdana Menteri telah mengunjungi Presiden Singapura S.R. Nathan di Istana manakala bekas perdana menteri Goh Chok Tong kemudiannya mengunjungi Najib di hotel penginapannya.

Malam ini, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta delegasi Malaysia diraikan pada jamuan makan rasmi di Istana sebelum pulang ke Kuala Lumpur

1 ulasan:

  1. keputusan telah dibuat oleh itu semua pihak perlu menerima permainan ini sesungguhnya hanya rakyat perak yang tahu dan rasa ....semoga YB NIZAR BERTENAG DGN DUGAAN INI ALLAH SAJA YG TAHU SEBABNYA KITA MERANCANG ALLAH MAHA BESAR YG MENENTUKAN.....JNG PUTU ASA

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger