Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak.Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis.
Pas sebenarnya tidak merasai keperitan dan sengsaranya orang orang kampung yang sentiasa dalam ketakutan masa komunis bermaharajalela dahulu.Mungkin bagi mereka kezaliman komunis hanya satu rekaan cerita dongeng.Pada Pas kenapa perlu kerajaan membuat penilaian setelah rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Bagi saya Pas perlu cermin dahulu siapa mereka untuk bercakap soal komunis.Bagi saya Pas lebih mementingkan pengaruh untuk mendapatkan undi dengan harapan rakyat akan mengiftiraf Pas sebagai pejuang membebaskan pemimpin komunis.Semua kita tahu yang kebanyakan keanggotaan komunis terdiri dari kalangan kaum cina dan kerana inilah Pas ingin diangkat oleh masyarakat cina sebagai pejuang mereka.
Bagi saya desakan beberapa pihak tertentu termasuk parti pembangkang supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng pulang ke Malaysia tidak akan memberi sebarang faedah malah akan menyebabkan kesan negatif kepada rakyat.Tiada asas yang kukuh mengapa Chin Peng harus dibenarkan pulang ke tanah air selepas jenayah yang dilakukan meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat terdahulu terutama orang Melayu.Apa faedah mereka perlu menyokong gesaan itu?. Sekarang ini, lebih penting adalah kita fokus kepada pembangunan generasi kita demi negara ini.
Permintaan Pas yang mahu kerajaan mengkaji semula ideologi Chin Peng tidak perlu ditimbulkan lagi kerana ia hanya akan mengakibatkan lebih banyak keburukan wujud kelak.Ini sesuatu yang tidak perlu ada kerana meminta perkara sebegini adalah satu isu yang sensitif dan perlu diteliti sebaik-baiknya sebelum berbuat begitu. Ia adalah tidak wajar.
Apakah Pas sedar bahawa cadangan itu terang lagi bersuluh mengguris parut luka lama seluruh warga Malaysia terutama mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga diisytiharkan darurat bermula bulan Jun 1948?Hakikatnya, usahlah ada yang buat- buat lupa pada sejarah ganas komunis dahulu. Ramai pejuang kita terkorban akibat jerangkap samar dan bedilan senjata mereka.
Tidak kurang juga yang kemudiannya tergolong dalam kelompok orang kurang upaya (OKU). Mereka menjadi wira tidak didendang apabila ada yang belum mendapat sebarang pembelaan meskipun merekalah yang telah bergadai nyawa menentang komunis dahulu.Malah, orang awam yang tidak berdosa turut menjadi mangsa sembelihan komunis. Atas sebab itulah, usah sama sekali begitu mudah untuk melupakan pahit maung hidup sengsara di bawah 'pemerintahan' komunis dengan senang hati membentang permaidani merah untuk Chin Peng sebagai ikon komunis Malaya untuk memijakkan kaki di tanah air ini kembali.
Walaupun atas premis kemanusiaan tetapi fikirkanlah dosa Chin Peng dan sekutunya yang 'berperikebinatangan' menzalimi bangsa kita dahulu. Seharusnya pihak yang beria-ia mahu mengiktiraf Chin Peng sebagai wira negara bertanyakan diri mereka terlebih dahulu.
Apakah sebarang usaha yang Pas lakukan untuk menghidupkan kembali fahaman komunisme di negara ini sebagai satu agenda untuk meraih populariti tanpa memikirkan sensitiviti rakyat.Tidak ada sebarang sebab untuk mana-mana pihak baik pada Pas untuk menjadikan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai pahlawan dan membawa pulang pengganas itu ke tanah air.
Bagi saya usaha yang dilakukan Pas yang cuba membawa pulang Chin Peng sebenarnya buta sejarah dan usaha seperti itu tidak akan diterima rakyat yang menolak fahaman tersebut.Bagi yang waras pemikirannya tidak seperti saranan Pas kita tidak nampak ada alasan yang munasabah untuk Pas membawa Chin Peng pulang ke negara ini dan dijadikan pejuang kerana dia adalah pengganas.Usaha Pas ini harus ditentang kerana ia adalah sesuatu yang biadab memandangkan mereka penderhaka kepada negara.Apakah Pas juga boleh kita ketogorikan sebagai penderhaka kerana mengiftiraf perjuangan komunis.
Pada Pas dan sekutunya yang cuba meraih sokongan fahamilah bahawa negara ini tidak boleh menerima kehadiran Chin Peng untuk kembali ke tanah air. Jika ditanya kepada wira-wira pejuang dalam pasukan Angkatan Tentera dan juga pasukan polis yang pernah bertempur dengan gerila komunis pimpinan Chin Peng semasa negara ini diancam pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu, tentunya mereka akan terkenang betapa peritnya cabaran yang telah dilalui sehinggakan ribuan nyawa terkorban.
Tentunya Chin Peng akan mereka cipta pelbagai alasan untuk menghalalkan tindakan mereka sebelum ini. Negara yang telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 telah dinafikan oleh Chin Peng. Mereka enggan meletakkan senjata untuk meraikan kemerdekaan pada tahun berkenaan. Pada kami, semangat patriotik cintakan negara ini tidak tertanam dalam sanubari pemimpin PKM. Ia sebenarnya mahu mendominasikan negara ini dengan fahaman komunisme, tetapi rakyat telah menolaknya.
Benteng pertahanan negara terpaksa diperkuatkan di perbatasan tanah air kita kerana PKM telah bertindak ganas memusnahkan balai polis, merampas senjata, mengugut rakyat marhain malah mereka bertindak kejam membunuh sesiapa saja yang dilihat pro kepada pasukan keselamatan.
Kita mahu Pas dan rakan rakan lain yang mahukan komunis bertapak semula memahami aspirasi rakyat negara ini yang tidak boleh memaafkan segala tindakan lampau mereka lagi kerana terlalu banyak angkara khianat yang telah dipalitkannya terhadap negara ini. Kami bertegas dengan pendirian ini.
Pada anak anak generasi muda walaupun tidak berada dalam era darurat (1948 hingga 1960) yang mengakibatkan ribuan nyawa rakyat negara ini terutama anggota pasukan keselamatan melayang di tangan PKM, mereka maklum akan keganasan yang dicetuskan kumpulan pengganas itu.Anak-anak muda Malaysia mengikuti sejarah suka-duka kelahiran negara menerusi buku pelajaran dan buku-buku sejarah di sekolah. Malah mereka menghargai dan menyanjung tinggi pengorbanan generasi terdahulu dalam proses pembentukan sebuah negara Malaysia yang kita banggakan seperti hari ini.
Hakikatnya, terlalu banyak air mata dan darah yang diberikan untuk bumi bertuah ini terutamanya dalam menangani pemberontakan bersenjata PKM oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).Kerana itu, Chin Peng tidak harus dibenarkan pulang semula ke Malaysia untuk selama-lamanya.
Jika dia dibenarkan berbuat demikian, ini merupakan satu penghinaan kepada wira-wira negara yang telah menggadaikan nyawa mereka dalam mematahkan pemberontakan bersenjata PKM ini.Walaupun PKM telah dibubarkan dan pemberontakan bersenjata mereka telah tamat, ini tidak bermakna segala dosa keganasan bekas ahlinya seperti Chin Peng secara automatiknya terampun atau dapat dimaafkan begitu sahaja. Semua dosa PKM masih jelas dalam lipatan sejarah negara ini dan ingatan rakyat.
Perjuangan komunis di Tanah Melayu gagal kerana tidak mendapat sokongan orang Melayu dan jangan pula Pas ingin menjadi wira komunis dengan membawa mereka kembali kenegara ini.Pada Pas janganlah dilukai hati hati orang yang berjuang untuk mempertahankan tanah air ini dari kekejaman komunis kerana Kita sangat berbangga dengan ATM sebagai organisasi yang menang secara total dalam peperangan melawan insurgensi komunis di dunia.Rekod ini amat sukar ditandingi oleh negara-negara lain yang terlibat dalam peperangan menghapuskan gerila.Janganlah dihina rekod cemerlang ini dengan membenarkan Chin Peng kembali buat selama-lamanya.
BAGI PAS ,YANG PENTING BAGI MEREKA ADALAH UNDI.KERANA UNDILAH PAS MAHU MEREKA DIANGGAP SEBAGAI PEJUANG PEMBEBASAN KOMUNIS.RUPANYA PAS MAHU KAN SOKONGAN KOMUNIS AGAR MEREKA DAPAT MEMERINTAH NEGARA INI ATAS DASAR TERBUKA MEREKA TERHADAP PERJUANGAN KOMUNIS.PADA RAKYAT MALAYSIA YANG ALAMI SENDIRI KEKEJAMAN KOMUNIS RENUNG RENUNG KAN LA APA SEBENARNYA PERJUANGAN PAS TERHADAP PERJUANGAN KOMUNIS.BAGI SAYA PAS SUDAH MENGIKTIRAF PERJUANGAN KOMUNIS.
Saya seorang ahli PAS mengiktiraf kekejaman Chin Peng, seperti:
BalasPadam- Membunuh penjajah kafir British di Sungai Siput pada bulan Febuari 1948
- Membunuh ketua penjajah kafir British iaitu Sir Henry Gurney
- Menembak mati askar-askar penjajah British serta sekutu-sekutu mereka dari Australia dan New Zealand
- Menembak mati polis-polis dari institusi yang menyambung tugas seperti menggantung mayat Tok Janggut secara songsang dan menembak penduduk Melayu di Terengganu
Saya seorang ahli PAS mengiktiraf kekejaman Chin Peng, seperti:
BalasPadam- Membunuh penjajah kafir British di Sungai Siput pada bulan Febuari 1948
- Membunuh ketua penjajah kafir British iaitu Sir Henry Gurney yang pernah menindas rakyat Palestin beberapa tahun sebelum itu
- Menembak mati askar-askar penjajah British serta sekutu-sekutu mereka dari Australia dan New Zealand
- Menembak mati polis-polis dari institusi yang menyambung tugas seperti menggantung mayat Tok Janggut secara songsang dan menembak penduduk Melayu di Terengganu
memang terang lagi bersuluh yang pas cuma mahukan kuasa. sanggup gadai ugama dan bangsa. tapi bila kita cakap macam tu, depa marah. depa ni tak pernah cermin muka pasal di cermin memang tak nampak muka depa.
BalasPadamnama macam panglima islam tapi pengecut dengan bangsa lain. tak pernah dengar din ayob ni pertahankan islam. balik-balik dok pertahan tokong kuil cina di sabah, kelantan. itu saja kerja dia.
jenis baru sekarang nak bergaul dengan bukan melayu kot mamat ni? sebab tu asyik nak sembah bangsa lain.
BUkan BN ke yang mula2 menjemput Chin Peng kembali??? Bukan Pakatan saya rasa..
BalasPadamHmm.. mungkin Gerakan dan bincang dengan UMNO sebab UMNO pun bukan suka sgt Raja2 ni, nyusah je. Sbb tu depa hapuskan kuasa raja pada 1993 dan menggelar Raja sebagai natang dan sebagainya.
Aku rasa la..he3..Umno umno...