Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan desakan pembangkang agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan membuktikan pakatan itu bersikap hipokrit dalam perjuangan politik.Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan Mahkamah Rayuan semalam adalah sah dari segi undang-undang dan dibuat secara terperinci oleh panel hakim yang terbabit.
Apa lagi yang nak bising-bising apabila mahkamah telah membuat keputusan dan kalau mereka yakin sangat rakyat Perak mengundi mereka, tunggu sahaja pilihan raya umum akan datang yang akan berlangsung tidak lama lagi.Saya juga tidak fikir pakatan pembangkang akan bubar DUN Perak jika mereka menang dalam keputusan Mahkamah Rayuan.
Timbalan Perdana Menteri,juga berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan tunduk dengan kehendak pakatan pembangkang supaya DUN Perak dibubarkan.Muhyiddin berkata, ia adalah kerana kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir telah diputuskan sebagai sah.
Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, beliau percaya, pakatan pembangkang tidak akan mendesak kerajaan membubarkan DUN jika pilihan raya itu tidak memihak kepada mereka.
Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, keadaan semasa tidak memerlukan DUN Perak dibubarkan.DUN Perak hanya wajar dibubarkan atas tiga faktor iaitu Sultan Perak sendiri mahu kerajaan negeri membubarkan DUN, BN hilang majoriti wakil rakyatnya dalam DUN atau wujudnya krisis kepimpinan UMNO Perak. Jelas dalam keadaan semasa itu semua tidak berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA