tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 2 September 2009

ANWAR NIZAR BANGSA=T:CUBAAN PAS RAMPAS DUN KOTA SEPUTEH GAGAL

Pas cuba untuk merampas kerusi Dun Kota Seputeh dengan mendakwa wakil BN telah hilang ke;ayakan sebagai wakil rakyat dan dengan ini Pas ibarat cuba menipu SPR dengan tuduhan yang tidak berasas pada wakil BN.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak wujud kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh dan tidak perlu diadakan pilihan raya kecil.

Dengan keputusan itu, kerusi tersebut yang menjadi perhatian sejak dua minggu lalu kekal milik Barisan Nasional (BN) yang dimenangi pada Mac 2008.

Ini kali kedua SPR memutuskan untuk tidak mengisytiharkan kekosongan mana-mana kerusi, sekali gus mengelakkan daripada diadakan pilihan raya kecil. Langkah yang sama diambil ke atas kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang - kedua-duanya di Perak Februari lalu tetapi atas alasan berbeza.

ALASAN SPR

Beliau dikatakan tidak hadir Mesyuarat Kelima Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri pada 19 April lalu dan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri pada 9 Ogos lalu.

Justeru, SPR memutuskan bahawa berdasarkan kepada takrif perkataan consecutive meetings, Mesyuarat Kelima Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Kedah dan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri Kedah bukanlah consecutive meetings dalam erti kata Perkara 51.

Sehubungan itu, kata Abdul Aziz, adalah tidak tepat jika dikatakan bahawa Abu Hassan tidak hadir dua mesyuarat berturut-turut.

Dalam penjelasannya, Abdul Aziz berkata, SPR berpendapat "ini adalah kerana mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN berkenaan bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan."

"Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut bagi dua penggal yang berbeza. Tempoh masa antara penggal persidangan pertama dan penggal persidangan kedua ialah selama tiga bulan 20 hari," katanya.

Abdul Aziz menambah, setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, diputuskan bahawa mesyuarat yang tidak dihadiri oleh ADUN Kota Siputeh bukanlah dua mesyuarat berturut-turut dalam satu penggal persidangan dalam erti kata Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Sebaliknya ia adalah dua mesyuarat berturut-turut untuk dua penggal yang berbeza, jelas beliau.

"Surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh diterima oleh SPR sebagai penjelasan mengenai ketidakhadiran beliau dalam mesyuarat Dewan pada 9 Ogos 2009.

"SPR juga mendapati bahawa kegagalan ADUN Kota Siputeh itu menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal (selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2009) tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal.

"SPR berpendapat bahawa sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. SPR memutuskan bahawa tiada berlaku apa-apa kekosongan pada kerusi Kota Siputeh," katanya.

REAKSI SPEAKER

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail ketika dihubungi mStar Online juga mengesahkan keputusan SPR itu.

Katanya, pejabat beliau menerima faks daripada SPR kira-kira 5 petang tadi.

"Rumusan makluman SPR itu ialah tidak wujud kekosongan (kerusi DUN Kota Siputeh) dan pilihan raya kecil tidak diadakan," katanya.

Ketika ditanya tindakan susulannya, Abdul Isa memberitahu, beliau tidak dapat memberikan ulasan lanjut kerana belum menghalusi kandungan penuh keputusan suruhanjaya itu.

"Esok, selepas saya meneliti alasan-alasan yang diberikan oleh SPR, baru saya boleh berikan komen lanjut," katanya lagi.

Pada 18 Ogos lalu, Abdul Isa berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi.

Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.


"SPR juga memutuskan bahawa kerusi ADUN Kota Siputeh masih disandang oleh Datuk Abu Hassan Sarif yang beliau menangi dalam pilihan raya umum ke-12 yang lepas," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam kenyaatan yang dikeluarkan lewat petang tadi.

1 ulasan:

  1. SLM BRO..BILA DIORANG DH TEMAHAK KUASA ITU LA JADINYA!..BRU MENANG 7 PRK DH NAIK GILER!..AZIZAN X PUAS HATI NK SAMAN..SILEKAN!..LAW IS LAW

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH