tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 7 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:KETERANGAN NIZAR BERUPA CERITA DONGENG,KATA PEGUAM

Peguam yang mewakili Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menegaskan keterangan yang diberikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam prosiding di Mahkamah Tinggi di sini sebagai "cerita dongeng".

Datuk Cecil Abraham ketika berhujah di hadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim berkata keterangan Nizar yang beliau tidak tahu menahu mengenai surat yang dihantar oleh tiga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak untuk menarik balik surat peletakan jawatan mereka, sukar untuk dipercayai.

Isnin lepas, Nizar dalam keterangannya berkata semasa beliau menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Kinta pada 5 petang 4 Feb, beliau tidak tahu menahu mengenai surat yang dihantar tiga Adun itu.

Dalam prosiding bagi memastikan apa yang berlaku semasa istiadat menghadap Sultan itu, Nizar berkata beliau hanya tahu mengenai surat berkenaan apabila dimaklumkan oleh pegawainya selepas beredar dari istana itu 50 minit kemudian.

Dalam keterangannya itu, Nizar memberitahu mahkamah yang beliau memohon Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri berikutan menemui jalan buntu apabila Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional masing-masing mempunyai 28 kerusi tetapi menafikan yang beliau kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.

"Pemohon (Nizar) bukan orang biasa, ketika itu beliau ialah Menteri Besar, dan beliau tidak dimaklumkan oleh Speaker yang merahsiakan semua maklumat itu (wakil rakyat telah menghantar surat menarik balik peletakan jawatan).

"Saya andaikan beliau (Nizar) tidak membaca akhbar atau menonton berita. Ini semua cerita dongeng! Dengan hormatnya, pemohon ini sama ada mengalami penyakit lupa atau terlalu berkira dengan kebenaran," hujah Cecil.

Sebab itu kenapa, kata Cecil, mahkamah perlu meneliti keterangan dokumentasi yang tidak dipertikaikan untuk menentukan isu percanggahan fakta dalam keterangan Nizar.

"Sekiranya terdapat percanggahan berhubung keterangan afidavit, mahkamah perlu bergantung kepada fakta yang tidak dipertikaikan dengan bergantung kepada keetrangan dokumentasi yang bersifat berkecuali," kata Cecil.

Katanya adalah jelas bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan majoriti dengan melihat kepada tiga pucuk surat bertarikh 3 Feb, 2009, oleh Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), yang diterima oleh Sultan Azlan Shah pada 3 petang, 4 Feb.

Dalam surat itu, ketiga-tiga Adun telah menyatakan sokongan mereka kepada Barisan Nasional dan bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Nizar.

Cecil dalam hujahnya turut mengulangi bahawa Sultan Perak telah mengambil tindakan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Perak semasa menolak permohonan Nizar bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri.

"Duli Yang Maha Mulia mengambil tindakan mengikut perlembagaan dengan menemui setiap seorang daripada 31 Adun untuk menentukan sama ada Barisan Nasional boleh membentuk kerajaan negeri," katanya.

Berikutan keputusan Sultan itu, Cecil berkata pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb 2009, adalah mengikut undang-undang.

"Asas atau kuasa yang ada kepada responden untuk memegang jawatan Menteri Besar adalah susulan daripada pelantikan beliau mengikut Perkara 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan upacara angkat sumpah jawatan dan Surat Pelantikan yang dikeluarkan oleh Sultan Perak," katanya.

Sebelum ini, pada hari ketiga perbicaraan, peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar, memberitahu mahkamah bahawa bukan fungsi Sultan Perak, mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, untuk menyiasat sama ada Menteri Besar telah kehilangan kepercayaan majoriti.

"Tuanku terikat dengan nasihat Menteri Besar dan Sultan boleh berkata ya atau tidak terhadap permohonan bagi pembubaran dewan, tetapi bukan fungsi baginda untuk menyiasat dan memutuskan bahawa Menteri Besar telah hilang kepercayaan majoriti," katanya.

Pada 13 Feb, Nizar, 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac tahun lepas, memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) memohon diisytiharkan yang beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Hakim Abdul Aziz menetapkan esok untuk mendengar hujahan penggulungan Sulaiman.

http://taipingmali.blogspot.com/2009/05/ulamak-cakap-macam-ni-kah.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH