tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 10 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:ZAMBRY KESAL ADA AKHBAR BUAT LAPORAN TIDAK ADIL

TAIPING: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini melahirkan rasa kecewa dengan segelintir media yang didakwanya membuat laporan yang tidak memberi gambaran sebenar punca kekecohan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Khamis lalu.

"Laporan dan gambar yang disiarkan tidak menunjukkan siapa yang sebenar memulakan kekecohan...saya minta media membuat laporan yang adil dan objektif.

"Gambar selektif yang portray (gambarkan)(Barisan Nasional (BN) mula kekecohan)...media tidak sokong (BN) tidak apa tetapi biarlah laporan dibuat secara adil.

"Kita tidak puas hati dengan akhbar tertentu yang tidak objektif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan rakyat di Changkat Jering, di sini.

Dr Zambry berkata suasana kecoh pada persidangan DUN hanya bermula apabila wakil pembangkang menyeberang dan berkumpul di sebelah kerusi wakil BN sebaik beliau mengemukakan usul.

"Siapa yang mulakan kekecohan...awal-awal lagi mereka serang kita (wakil BN)dan tindakan mereka itu tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun," katanya.

Beliau berkata, tindakan pembangkang yang berebut mengambil tempat duduk di sebelah kanan (kerusi wakil kerajaan) dengan mengubah sendiri tanda nama juga tidak dilaporkan.

"Pembangkang kini sibuk mengadakan ceramah kononnya kedudukan kerusi berkenaan serta tindakan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah memanggil Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (naik berjumpa sebelum titah perasmian) sebagai pengiktirafan...saya harap media lapor dengan adil dan tidak melaporkan pembohongan dan kekeliruan yang sedang dilakukan mereka," katanya.

Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap media, Dr Zambry berkata kerajaan Perak tidak akan menyekat mana-mana akhbar kerana menghormati kebebasan media.

"Kita tidak sekat akhbar seperti Nizar (bekas MB Perak) yang menyekat Utusan Malaysia dan juga kerajaan negeri Pulau Pinang (sekat New Straits Times)," katanya.

Khamis lalu, Raja Muda Perak terpaksa menunggu selama enam jam untuk merasmikan Sidang Pertama Penggal Kedua Persidangan DUN Perak berikutan kekecohan yang berlaku yang membabitkan bekas Speaker V Sivakumar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada BN serta pembangkang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH