“Ini semua cerita karut marut,” demikianlah penegasan Ahli Parlimen Rompin Datuk Jamaluddin Jarjis (JJ) mengenai dakwaan terbaru pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengenai dirinya.
Dalam tulisannya, Raja Petra mendakwa JJ
JJ yang enggan melayani isu tersebut dan tidak mahu mengulas lanjut bagaimanapun menegaskan, beliau akan berunding dengan peguamnya untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap tuduhan terbaru Raja Petra tersebut.
Selain JJ, dalam tulisan itu, Raja Petra turut mengaitkan nama bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan seorang yang dikatakan pegawai tentera, Lt Kol Azmi Zainal Abidin.
Ini bukan kali pertama Raja Petra membuat tuduhan melulu kerana selain orang politik, Agendadaily turut pernah dituduh dan difitnah kononnya dibiayai oleh orang-orang tertentu.
Namun apabila dicabar untuk membuktikan tuduhannya, Raja Petra akan berdiam diri dan tidak pernah membetulkan kesalahan fakta yang terbukti bohong dan menipu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA