tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 8 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:KENANGAN 7 MEI:PEMBANGKANG BAWA UNDANG UNDANG SAMSENG

Pembangkang yang diketuai oleh Nizar dan rakan sekutunya telah membawa undung undang rimba dan samseng kedalam Dun Perak hanya untuk menunjukan kebodohan dan kedangkalan mereka dalam mentafsir undang undang.Apakah dengan watak ala ala ahli parlimen Taiwan mereka lebih samseng dari BN sedangkan majoriti ahli Dun memihak pada BN.Budaya samseng yang dibawa oleh Nizar dan sekutunya tidak pernah terdapat dimana mana sidang Dun mahupun Parlimen dinegara ini.

Ini lah yang didakwa oleh Pembangkang,budaya samseng dan budaya dari hutan rimba yang didakwa Nizar dan sekutunya sebagai berjuang untuk rakyat.Ini menunjukan pembangkang akan mengunakan apa sahaja untuk menarik perhatian rakyat.Ini termasuk sikap mereka yang tidak menghormati institusi raja.Tindakan melampau dan ganas itu telah menyebabkan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim terpaksa menunggu sehingga kira-kira lima jam untuk merasmikan sidang berkenaan.Dimanakah sikap hormat mereka pada Intitusi Raja yang selama ini apa yang didakwa Nizar tidak pernah menderhaka pada Sultan Perak.Pada Nizar dan sekutunya...Perbuatan kamu sebenarnya telah melukakan seluruh rakyat Perak dan Malaysia Am nya kerana tidak sepatutnya sebagai orang yang berilmu kamu dan sekutu kamu menjadikan dewan yang mulia sebagai sebuah kandang sarkas.

Pembangkang juga sanggup melakukan apa saja untuk menghalang Speaker yang telah mendapat sokongan ahli Dun, R. Ganesan menjalankan tugas dari menjemput baginda merasmikan sidang Dun. Mereka gagal meletakkan Dewan sebagai institusi mulia dengan menjerit dan mengherdik orang lain dan menumbuk rakan rakan dari BN.Apakah dengan tindakan pembangkang ini layak kita panggil mereka sebagai pemimpin.Penderhaka memang layak untuk Nizar dan sekutunya kerana telah menjadikan tempat mengubal undang undang menjadi tempat gelanggang gusti.

Kerana kedegilan dan sikap kurang ajar pembangkang perasmian oleh Raja Muda Perak hanya dapat diadakan setelah V.Sivakumar dibawa keluar oleh anggota polis dengan diambil peranan Speaker diambilalih oleh Speaker yang baru dilantik. Speaker baru yang dilantikan seterusnya memulakan persidangan dewan dengan meminta seorang pegawai DUN untuk membacakan doa.

Sidang DUN yang sepatutnya bermula pukul 10.15 pagi itu tidak dapat berjalan lancar setelah wakil rakyat pembangkang membuat gangguan malah menyerbu di mana saja Ganesan duduk bagi menghalang Ganesan menjalankan tugas sebagai Speaker.Keganasan itu menyebabkan pelbagai kemudahan Dewan rosak malah banyak mikrofon tertanggal bagi menghalang Ganesan daripada bercakap dan memulakan kan persidangan.Sekiranya pembangkang menggunakan akal yang waras,kejadian begini akan dapat dielakan dan seterusnya persidangan perasmian dapat dijalakan dengan lancar.

Didalam Dewan sidang seharusnya pembangkang perlu menghormati perjalanan mesyuarat agar perjalanan perasmian pembukaan oleh Raja Nazrin berjalan dengan lancar.Tapi kerana sikap buruk dan sikap samseng yang telah pembangkang bawa dengan membuat provokasi pada BN dengan meninggalkan tempat duduk masing-masing dan menyeberang ke kawasan BN serta Bebas untuk mewujudkan suasana haru-biru dan tidak terkawal.Keadaan bertambah tidak terkawal dan menjadi kelam kabut bila Siva mengarahkan Zambry dan enam Exco dan tiga ADUN Bebas keluar Dewan.Siva telah menjadikan dirinya sebagai ketua samseng apabila dengan sewenang wenangnya menghalau Zambry dan enam Exco serta tiga Adun Bebas keluar dari dalam Dewan.Dan Siva sebenarnya tidak mengiktiraf perintah-perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan yang telah membenarkan Zambry dan enam Exco hadir pada persidangan ini.

Apabila saja sidang Dewan bersambung pada pukul 2 petang, Ganesan telah mengarahkan Siva supaya mengosongkan tempat duduk Speaker dan kembali ke tempat duduk ADUN biasa.Memandangkan Sivakumar tidak mengendahkan arahan tersebut malah tidak berani mengangkat punggung dari kerusi, Ganesan telah mengarahkan Bentara, Ahmad Saufi Abd. Hamid mengiringi Sivakumar ke tempat duduk ADUN biasa.Ekoran dari arahan itu, Bentara telah dikasari oleh beberapa ADUN pembangkang dan berlaku pergelutan hingga menyebabkan kakinya cedera dan terseliuh di bahagian tangan.

Ganesan yang tidak ada pilihan lain untuk mengawal keamanan telah mengarahkan polis membantu Bentara mengikut Perkara 90 Perintah-Perintah Tetap yang akhirnya menyaksikan Sivakumar 'diangkat' keluar Dewan.Speaker telah bersabar sejak 10.30 pagi, jadi beliau terpaksa mententeramkan keadaan dengan meminta bantuan dan sokongan polis.

Inilah sikap tidak bertamadun yang ditunjukan oleh Pembangkang.Mereka menjadi samseng dengan tidak mengendahkan segala undang undang.Segala peralatan Dewan habis dirosakan.Pembangkang boleh juga diketegori budak budak yang tidak faham dengan undang undang dan rakyat di luar pastinya terkejut dengan perangai mereka.

http://braveheart-blogger.blogspot.com/2009/05/pakatan-rakyat-penyokong-guna-hukum.html

http://ipohmalay.blogspot.com/2009/05/samseng-pr-di-perak-berdepan-persepsi.html

http://paneh.blogspot.com/2009/05/kena-tangkap-ok-apa.html

http://suaramelayubaru.blogspot.com/2009/05/bisikan-menyampah-dari-sultan-kepada.html

http://abangtuah.blogspot.com/2009/05/best-ke-naik-trak-tu.html

http://taipingmali.blogspot.com/2009/05/ngeh-dan-nizar-hilang-telooo-5-minit.html

PADA PEMBANGKANG JANGAN JADIKAN NEGARA INI MACAM NEGARA YANG TIDAK BERTAMADUN....HORMATILAH UNDANG UNDANG....RAKYAT SUDAH TERLALU BOSAN DENGAN SIKAP KEANAK ANAKAN PEMBANGKANG....KITA RENUNG RENUNG KAN LA....PADA NIZAR DAN SEKUTU ....LU PIKIR LA SENDIRI.......

11 ulasan:

  1. wowwww hebat betul kritik.pembangkang...bagus tahniah...memang tak tahu nak cakaplah, i rasa darjah 6 pun tak lepas kot...yg bawa samseng itu BN, yg buat bagi org marah semua BN dgn sekutunya polis,,tapi pembangkang pula kena maki..apara...mana apa dalam dewan bawa masuk polis samseng...lepas itu mengaku menang pula..adakah yg makan dkt restoran pun kena tangkap...dgn membawa perintah mahkamah..tangkap semua org...apa ini...ini negara poliskah...pikirlah brother...kat malaysia ini semua dah bertamadun..sekarang zaman moden...kita ke depan.. bukan kebelakang...untuk memenuhi hasrat BN iaitu kena bersidang sebelum 13 mei...nanti terbubar pula..kesihan brother...tak tahulah pilihan raya ke 13 nanti,..i rasa BN akan kalah dgn legih teruk...macam2 polis buat..jerka sana sini, suruh tangkap org yg pakai baju hitam..ingat apa duit bapa merekakah..suka hati merekalah nak pakai baju hitamkah, merahkah..hijaukah...itu hal peribadi,yg IGP sibuk bagi warning kat public buat apa..aparak memang susahlah kat malaysia..yg tak lulus spm semua pi menjawat pangkat tinggi..hancurlah malaysia mcm ini..memang teruk i tgk...mcm mana polis bertindak dgn menangkap org awam, ahli parlimen...dalam restoran buat kacau apa hal ini, come on lah brother....tunggu je...brother perbalahan di perak tidak akan selesai selagi, dewan di bubarkan itu...je yg dapat dikatakan dan kebanyakan warga perak pun rasa mcm itu..satu contohnya pilihanraya kecil bukit gantang...so brother...lu pikirlah sendiri

    BalasPadam
  2. apa yg kau cakap ni terbalik la dol!! lu x leh nak pikir pun

    BalasPadam
  3. Kami sebagai rakyat yang melihat kejadian sebenar dalam dewan yang mulia merasa amat malu dengan tingkah laku semua ahli dewan (BN dan PR) yang membelakangkan undang-undang. Lebih memalukan apabila ada pihak yang tidak sepatutnya memasuki dewan (segelintir polis dan individu-individu yang tidak dikenali)mengheret keluar ahli dewan (sepatutnya tugas bentara)sehingga terpaksa diarah keluar oleh Tuanku Raja Muda sebelum ucapan pembukaan dan perasmian. Sebagai ahli UMNO, saya berasa malu dengan cara yang tidak mengikut undang-undang sebegini. Jika kita mengatakan PR tidak mengikut undang-undang, apa bezanya kita? Bagaimana kita nak menarik golongan-golongan muda dan atas pagar menyertai kita jika mereka melihat kita serupa seperti pembangkang? Kita tidak boleh bersenang hati dengan penyokong hard core dan ahli sahaja sampai bila-bila. Belum terlewat untuk kita memperbaikinya. Jangan terikut-ikut budaya samseng pihak pembangkang.. Ahli UMNO Pekan.

    BalasPadam
  4. Jom Solat

    Jangan jadi BABI apa benda pun sondol...janji perut ada isi.


    No War pigs. Stupid.

    BalasPadam
  5. aku setuju beberapa perkara....bab gaduh dalam dewan tu memang x patut berlaku....DUA2 PIHAK kita patut salahkan.....

    aku MALU pun banyak perkara.....satu puak tu kata depa ada majoriti.....ok, tapi kenapa tindakan puak ni sejak akhir2 nie...mcm KELAM KABUT JE...kena kejar antu ker? atau takut dengan BAYANG2 sendiri...?

    yang paling aku SEDIH....puak yang kata depa mcm BAGUS nie (BN la tu)...disupport oleh media massa arus perdana yang x abih2 mensensasi dan menyorokkan fakta demi kepentingan sebelah pihak....rupa2nyer x abih blajar sejarah...dah la tu x kaji abih pasai undang2....

    tahu ke puak2 nie...DEWAN UNDANGAN NEGERI NI APA?

    tahu ke puak2 nie....SPEAKER DEWAN TU SAPE?

    tahu ke puak2 nie....LEGISLATIF & EKSEKUTIF TU APE?

    tahu ke puak2 nie....had kuasa polis, penjawat awam dan org2 yang x berkenaan di dalam dewan?

    AGAKNYER MEMANG DEPA X TAHU....

    JGN KAN NAK PIKIR SENDRI....ORANG YANG TOLONG PIKIR UTK DEPA PUN DAH XLEH PIKIR....

    BalasPadam
  6. wakkaka...best jugak karangan ko ekkk...macam tipu jek bunyi nye..nak tipu saper bro...org kampung ker??wakakaka

    BalasPadam
  7. ko mmg bodoh..ko xnmpk ke apa yg blaku smlm tu menunjukkan BN gila kuasa dan tak hormati undang2..nmpk sangat mcm BN terdesak dalam sidang DUN smlm..kbykan org umno xsuka dgn cara BN rampas kuasa di perak tmasuk Dr Mahathir sendiri...lu pikirla sendiri..

    BalasPadam
  8. kah kah kah...PELE Pangkor la yg sbnarnye samseng...bukannye org lain...dah la rampas kuasa, boleh buat mcm xde ape berlaku lagi...

    lau benar anak jantan, bubar DUN je la...kite tgk sape yg menang...

    BalasPadam
  9. ini mazhab mana pulak ni..sapa yang guna samseng.sapa yang diseret.

    BalasPadam
  10. Pandailah. Orang bodoh boleh la kamu tipu. Najib tu muka dia pun dah nampak macam mayat. Pucat sebab ngeri nak tunggu PR 13. Kejadian di Perak meruntun hati beliau. Mampuslah aku kali ni. Penanti dok tunggu. Kat Selangor dok tunggu. PR13 tak lama lagi. Pandainya Zambry Keling buat cerita. Tapi Najib yang naya.

    Kalau aku boleh tarik kau keluar rumah lepas tu aku kurung dalam jamban lepas tu aku buat apa saja dalam umah dekat anak ka bini ka. Pasti kau marah. Ini senang-senang masuk usung Speaker tu keluar lepas tu lantik speaker baru. Mana punya peraturan yang hang pakai.

    BalasPadam
  11. Penyokong PR mulut macam $%$%^$&&**

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger