tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 14 Mei 2009

ZAMBRY NIZAR:NIZAR CAKAP DEPAN LAIN ,BELAKANG LAIN,MEMANG DASAR BELIT

Nizar akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan jawatan MB nya yang telah dilucutkan oleh Baginda Sultan Perak.Walau pun Nizar telah mendapat hak nya semula bila mahkamah tinggi memutuskan Nizar masih MB Perak yang sah Nizar lupa yang melantiknya adalah Sultan Perak dan bukannya mahkamah tinggi yang melantik beliau dahulu.

Nizar jangan nak tipu rakyat,rakyat tahu yang Nizar sebenarnya memang tidak setuju dengan tindakan Sultan dalam melantik Zambry sebagai MB Perak.Nizar heret Zambry ke mahkamah sama juga Nizar heret Sultan sekali.Ibarat Nizar mandi sambil minum air,Bagi Nizar alang alang mandi biar sampai kepangkal lengan.

Kalau betul Nizar hormati Tindakan Sultan melantik Zambry Nizar harus terima tindakan Sultan kerana Sultan ada hak dalam perlantikan MB Perak.Memang benar mahkamah memutuskan Nizar masih MB kerana Nizar tidak meletakan jawatan tapi Sultan telah meminta Nizar agar melepaskan jawatan MB .Jelas disini Nizar tidak setuju dengan tindakan Sultan dan Nizar telah mengheret rakyat untuk bersamanya menentang Zambry sebagai MB .Secara tidak langsung tindakan Nizar membawa Kes ini kemahkamah adalah bagi membuktikan tindakan Sultan adalah salah ,tapi Nizar sebenarnya berselindung disebalik diri Zambry disebalik kekecewaannya terhadap Sultan Perak.

Memandangkan kes penentuan Menteri Besar ini masih dalam lingkungan mahkamah selepas Zambry berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu melalui Mahkamah Rayuan dan Nizar pula mengemukakan permohonan mengetepikannya, adalah tidak wajar perkara dan kuasa mahkamah disentuh. Cuma tidak salah untuk semua pihak memikirkan bahawa dalam menghormati keputusan mahkamah, keputusan Sultan Perak, Sultan Azlah Shah melantik Zambry sebagai Menteri Besar juga harus ditaati.

Baginda membuat keputusan itu kerana percaya dan yakin Zambry mendapat kepercayaan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN serta sokongan tiga Adun Bebas. Sultan Azlan mengambil langkah betul dengan kuasa muthlaknya melantik Zambry dengan mematuhi segala peraturan. Maka tiada siapa mahupun mahkamah boleh meragui tindakan baginda dan harus menerima kenyataan bahawa Zambry kini masih Menteri Besar yang sah berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.


Persoalan kemelut ini sebenarnya adalah kerana Perak mempunyai dua orang Menteri Besar dengan Zambry dibuat atas perlantikan kuasa Sultan manakala Nizar pula masih sah menjawat jawatan itu berdasarkan keputusan mahkamah. Bagi penyelesaiannya adalah sama ada Nizar atau Zambry meletak jawatan ataupun membenarkan sidang khas DUN Perak memutuskan siapakah antara mereka kekal Menteri Besar melalui undi percaya oleh ahli-ahli DUN. Jika selama ini semua pihak termasuk pembangkang melaung-laungkan soal menghormati majoriti, maka biarlah majoriti ahli-ahli DUN memutuskannya. Langkah ini sekaligus membolehkan semua pihak menghormati undang-undang atau mahkamah dan dalam masa sama mentaati Raja-Raja.

Soalnya adakah Nizar sanggup?. Dengan majoriti 31 Adun yang memihak BN, Nizar dan rakan-rakan PAS, DAP dan PKR yang hanya ada 28 sokongan sudah tentu menolak cadangan ini. Awal-awal lagi Nizar memilih untuk memohon Sultan Perak membubarkan DUN supaya pilihan raya negeri dapat diadakan kerana percaya pembangkang dapat menawan semula majoriti DUN dan beliau akan kekal sebagai Menteri Besar.

Nizar lupa bahawa kemelut sekarang adalah untuk menentukan Menteri Besar Perak bukannya memilih kerajaan yang akan mentadbir negeri itu.
Tindakannya kini jelas lebih bersifat peribadi dengan menjadikan alasan kononnya kemelut ini perlu undi rakyat negeri Perak sebagai penyelesaian. Tidak hairanlah dalam sidang medianya selepas keluar pejabat Menteri Besar petang Selasa, Nizar mendakwa keputusan yang diperolehi Zambry melalui Mahkamah Rayuan membelakangkan rakyat. Sekadar bertanya, siapakah yang membelakangkan rakyat dan siapakah yang membelakangkan kuasa majoriti?

Jawapan pada persoalan dan tindak tanduk Nizar dalam kemelut ini mendedahkan bahawa beliau seorang yang hanya berani berumah di tepi pantai, tetapi tidak sanggup di pukul ombak. Kalau Nizar benar-benar berani, mintalah speaker DUN Perak mengutus surat mohon perkenan Sultan Perak supaya diadakan sidang khas bagi membuat penentuan siapa lebih majoriti untuk kekal sebagai Menteri Besar dan yang tewas haruslah meletak jawatan.
Teringat kenyataannya ketika sidang media petang Selasa di Wisma DAP apabila diajukan soalan mengenai sokongan majoriti ini. Kata Nizar, “Kalau nak uji majoriti, bawalah ke DUN. Jangan cakap di luar…Sayapun boleh cakap begitu,”. Jadi apa kata Nizar buktikan kata-katanya.-


BAGI SAYA NIZAR BILA BERHADAPAN DENGAN SULTAN LEMBUT GIGI DARI LIDAH TAPI BELAKANG SULTAN DIALAH DALANG PADA SEMUA KEMELUT INI.SANJUNG SULTAN KONON,TINDAKAN SULTAN MELANTIK ZAMBRY ,NIZAR KATA ZAMBRY HARAM,SEBENARNYA NIZAR NAK KATA PADA SIAPA...ZAMBRY KE SULTAN...JANGAN BERSELINDUNG DISEBALIK ZAMBRY...ZAMBRY HANYA MENERIMA AMANAH DARI SULTAN UNTUK MENTADBIR NEGERI PERAK DAN NIZAR SEHARUSNYA INSAF KERANA KATA KATANYA ZAMBRY SEBAGAI MB HARAM SEBENARNYA NIZAR BABITKAN SULTAN SEKALI DALAM POLIMIK INI.NIZAR CUBA MEMBOHONGI RAKYAT ,TAPI RAKYAT FAHAM YANG NIZAR HANYA MENJADIKAN ZAMBRY SEBAGAI KAMBING HITAM DALAM KES SIAPA MB PERAK YANG SAH.SUDAH SUDAH LA NIZAR....MOHON AMPUN SAJA DARI TUANKU DAN BERJANJI PADA TUANKU DAN RAKYAT PERAK YANG SELAMA INI SAYA HANYA MENJADI ALAT PADA ORANG YANG MAHUKAN KUASA..SIAPA AGAKNYA YANG MAHUKAN KUASA TU....KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH