Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, penyingkiran Mohammad Nizar adalah mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak apabila beliau kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak.
Sehubungan itu, beliau berhujah Sultan Perak mematuhi Perlembagaan Perak dan sudah menimbang dengan teliti fakta serta perkembangan sebelum membuat perisytiharan Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 5 Februari lalu.
"Sultan Perak sudah menjalankan tugasnya dengan cara paling hormat,” katanya ketika mengemukakan hujah sebagai pencelah di depan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam semakan kehakiman yang dikemukakan Mohammad Nizar bagi mendapat perisytiharan mahkamah beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Abdul Gani berkata, bagi memastikan tidak berlaku sebarang kecacatan dalam keputusannya, Sultan Perak memanggil dan menyoal tiga Adun, iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) bagi memastikan pendirian mereka.
Katanya, Adun terbabit menyatakan hilang kepercayaan terhadap Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar dan menyokong BN, selain itu pada masa sama Sultan Perak turut menemui 28 Adun lain yang juga menyatakan sokongan mereka kepada BN.
Abdul Gani berkata, Mohammad Nizar secara automatik perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar apabila kehilangan kepercayaan majoriti Adun seperti diperuntukkan dalam undang-undang tubuh negeri itu.
Beliau berkata, perkataan ‘perlu meletak jawatan’ dalam Perkara 16 (6) bermaksud ‘mandatori'.
“Jika kita kehilangan kepercayaan, adakah kita masih hendak tunggu? Sebaik saja seseorang kehilangan kepercayaan, beliau perlu meletak jawatan. Kita tidak boleh ada seorang Menteri Besar yang tidak mendapat kepercayaan majoriti," katanya.
Abdul Gani berkata, Sultan Perak tidak pernah memecat Menteri Besar tetapi sebaliknya Menteri Besar perlu meletak jawatan jika beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun kerana itu adalah undang-undang dan proses demokrasi.
“Sultan Perak sudah memastikan perkara sebenar dengan memanggil 31 ahli DUN sebelum memutuskan Mohammad Nizar hilang kepercayaan majoriti," katanya.
Peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah pula berhujah pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak bagi menggantikan Mohammad Nizar tidak dibuat mengikut perlembagaan.
Katanya, Zambry tidak boleh menjawat jawatan Menteri Besar kerana Mohammad Nizar tidak pernah meletakkan jawatannya dan jawatan itu tidak pernah dikosongkan.
“Pelantikan seorang Menteri Besar baru hanya boleh dibuat jika jawatan itu kosong. Pelantikan baru tidak boleh dilakukan kerana tidak mungkin dua individu memegang jawatan Menteri Besar pada masa sama.
"Mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, jawatan Menteri Besar hanya akan dianggap kosong jika Mohammad Nizar meletak jawatan atau dipecat. Bagaimanapun beliau tidak pernah meletakkan jawatannya,” katanya.
jangan jadi pecacai BN,allah yang tahu apa yang kamu sedang buat
BalasPadamAku ni rakyat Perak jati, juga ahli umno. Tapi aku dah tengok dengan mata dan kepala aku sendiri bagaimana umno bertindak macam orang tak bertamadun, menghalalkan cara. Bagi aku, kalau dulu aku sokong umno, pada PRU13 nanti aku dan keluarga akan memangkah PR.
BalasPadamKau zamri dan kuncu-kuncu umno yang lain. Korang boleh pegang perak, tapi rakyat perak macam aku takkan maafkan perbuatan korang. Korang tunggulah kejatuhan korang nanti. Kau zamri akan tercatit MB yang paling singkat bernyawa di perak. Bukan setakat 5-6 orang kawan-kawan aku yang umno dah meluat dengan korang orang umno, tapi aku dah berjaya bukakan minda orang umno untuk menyokong PR lebih dari 430 orang. Kau ingat tu 430 orang. Aku akan berusaha untuk menarik lebih ramai lagi orang umno menyokong PR. Ini baru 4 bulan (Feb - May 09) dah dapat 430 orang. Masa masih panjang untuk PRU13
Kita tunggu..........
Kes masih berjalan, kau ni dah tahu keputusan. Kau ni macam lawyer besat tanah melayu pulak. Mesti lulus cemerlang dalam undang-undang. Phuuiii.
BalasPadam