Pengarah Jentera Pilihan Raya BN negeri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, walaupun ramai bekas penyokong Pas telah menyatakan akan mengundi BN secara diam-diam, jentera parti sepatutnya tidak mudah berpuas hati.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan jentera BN supaya berjuang habis-habisan meraih sokongan pengundi menggunakan konsep mesra rakyat dengan mendampingi mereka dari rumah ke rumah.
"Kita yakin sokongan akan meningkat. Kita gembira kerana dari hari ke hari ada peningkatan sokongan kepada BN, malah kita dah jumpa pihak tertentu yang menyatakan nak berubah.
"Mereka ini tak mahu 'menjelma' atas sebab-sebab tertentu, bagaimanapun kita kena kerja kuat lagi, ia belum cukup untuk capai kemenangan," katanya pada sidang akhbar di Pusat Operasi BN Manek Urai di sini hari ini.
Salam kamal..
BalasPadamDulu masa BN kuat, itulah harapan PAS kalau bole curi2 undi dari penyokong2 UMNO ni, ada yg bagi undi gak tp tak le sampai menang.
Skrg ni, UMNO pula rasa begitu.
Baru le adil rasanya, cuma...
UMNO ni tak habis2 menggunakan jentera kerajaan utk kempen pilihanrayanya..., nnt bila PR pula memerintah, kau tau kamal perasaan hati kita bila jentera kerajaan digunakan utk kempen menentang Parti yg kita sokong.
Kau belum merasainya lg.. sabar ler kamal... nnt kau pun akan rasa..
saudara kelana,
BalasPadampas juga menggunakan jentera kerjaan negeri di mu. tak percaya? sila ke mu dan saksikan sendiri.
noor