Cara Khairy bercakap macam beliau nak perang dengan Husam yang tewas pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan parti itu baru-baru ini. Khairy menyifatkan Husam macam ‘duri dalam daging’ yang boleh merosakkan PAS serta pemimpin utama parti itu yang menolak hasrat perpaduan antara PAS dan UMNO. Katanya, pemimpin PAS seperti Presidennya Datuk Seri Hadi Awang dan timbalan, Nasharuddin Mat Isa jelas tunjuk isyarat mahu perpaduan antara kedua-dua parti demi masa depan orang Melayu dan Islam. Beliau percaya, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga begitu tetapi Husam yang banyak mengelirukan Menteri Besar Kelantan itu sehingga Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan macam-macam kenyataan termasuk menuduh UMNO tolak Islam, komunis dan mengamalkan ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin dan Al-Arqam. “Saya percaya dalam PAS, ada pemimpin mahu perpaduan antaraUMNO dan PAS. Masalahnya ada satu dua pemimpin yang kacau dan hasut pemimpin PAS lain,” katanya dalam ceramah Perdana Pemuda di Sungai Perial. Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda MIC, T.Mohan turut hadir dan memberi ucapan di situ sebagai simbolik perpaduan komponen dalam Barisan Nasional (BN) serta matlamat 1Malaysia. Menurut Khairy, Nik Aziz adalah ulama yang baik tetapi kerana dinasihati oleh Husam dengan cara yang salah kerana tidak mahu Melayu bersatu padu, maka Tok Guru mengeluarkan macam-macam tuduhan terhadap UMNO dan kerajaan BN. “Kerajaan mahu lihat Kelantan maju..kita boleh bangunkan Kelantan dengan pesat tetapi Husam yang hasut dan halang serta kelirukan Nik Aziz,” ujar beliau. Khairy menjelaskan, perkataan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bukan bermakna atau bermaksud kebangsaan itu UMNO menolak Islam. Katanya, sama seperti PAS yang membawa makna Parti Islam SeMalaysia, kedua-dua parti itu memperjuangkan Islam untuk semua orang Melayu di negara ini. Beliau percaya, ramai pemimpin dan ahli PAS inginkan perpaduan bersama dengan UMNO. “Dulu Haji Hadi lagilah fanatik hinggan keluar amanat tentang UMNO...kalau dulu beliau radikal, fanatik dan ortodok tapi kini boleh cakap soal nak bincang tentang perpaduan dengan UMNO, apa lagi pemimpin lain kecuali Husam,” katanya. Menurut Khairy, jika BN menang di Manek Urai maksudnya pengundi PAS menolak perpecahan umat Islam serta syarat mereka menolak Husam bersama kumpulan Erdogan yang menentang hasrat perpaduan orang Melayu. Sehubungan itu, beliau mempelawa PAS bersama-sama UMNO dan meninggalkan DAP serta PKR sebelum parti itu dihina apabila terpaksa ikut telunjuk pemimpin pembangkang parti lain. Mengenai calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat, Khairy amat yakin Ketua Pemuda UMNO Kuala Krai itu boleh jadi wakil rakyat yang membawa perubahan kepada penduduk Manek Urai. “Beliau tak seperti orang lain berebut-rebut nak jadi calon. Tuan Aziz tolak kerana katanya bimbang tidak dapat pikul amanah untuk penduduk Manek Urai. Dia lebih utamakan rakyat daripada dirinya,” ujar Khairy. Kemenangan Tuan Aziz juga katanya, dapat meningkatkan suara pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan kelak sekaligus dapat memberi tekanan kepada kerajaan Kelantan meningkatkan pembangunan di negeri itu. Bercakap dalam sidang media selepas ceramah itu, Khairy sekali lagi ‘belasah’ Husam yang didakwa turut berperanan menghalang Nasharuddin daripada turun berkempen di Manek Urai. Sebelum ini dalam pilihan raya kecil terdahulu, kata Khairy, Nasharuddin tiada halangan ke sana sini tetapi di Manek Urai timbalan presiden PAS itu dilarang datang. Katanya, ini kerana dendam sebab kalah pemilihan PAS dan kemudian hasut Nik Aziz supaya larang Nasharuddin datang berkempen
Sekiranya Datuk Husam Musa hadir dan dengar ceramah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Sungai Perial malam Khamis, tentu Exco Kerajaan Kelantan itu boleh merah muka dan angin satu badan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA