Dan pada hari ini juga TPM akan membuat satu lagi penggumuman penting berkaitan kebajikan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai petang nanti.Ini sudah tentu berita yang sangat sangat dinantikan penduduk Manek Urai yang selama ini ketinggalan dalam berbagai kemudahan yang rakyat tidak nikmati selama ini.Ianya sesuatu yang akan menggembirakan rakyat diManek Urai khususnya,jadi petang nanti diharapkan rakyat dan seluruh pengundi diManek Urai dapat sama sama untuk bersama dengan TPM dalam penggumuman penting yang akan diumumkan oleh TPM nanti bagi faedah penduduk di kawasan ini.
Ini bukan gimik atau sandiwara politik sebaliknya satu tanggungjawab kerajaan yang prihatin, pukul 3 petang hari ini TPM akan membuat pengumuman penting untuk meyakinkan rakyat Manek Urai betapa serius dan ikhlasnya kerajaan dalam membantu rakyat diManek Urai dalam menikmati kehidupan yang selesa dan terjamin.
Diharapkan kepada seluruh pengundi di Manek Urai tidak termakan dengan hasutan pembangkang yang sentiasa meracuni pemikiran rakyat agar mereka meragui janji-janji yang dibuat oleh BN.Rakyat diManek Urai tidak perlu merasa yang diri mereka dipinggirkan kerana bukan dasar BN untuk membuat janji kosong sebagaimana janji pembangkang yang hanya membuat janji yang tidak mungkin akan dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihadapi oleh rakyat di kampung Pala Pulau Pinang yang termakan janji janji manis pembangkang semasa pilihanraya.Apabila sudah dapat berkuasa mereka lupa janji janji yang mereka buat dan sudah tentu ianya akan menggecewakan rakyat disana.
Jadi rakyat diManek Urai jangan mengambil sikap tidak ambil peduli kerana ianya akan menentukan baik buruknya rakyat diManek Urai terutama nasib anak anak melayu diManek Urai.Ini;ah peluang yang terbaik buat penduduk Manek Urai untuk mengubah perjalanan hidup mereka yang kebanyakannya hanya bertani dan nelayan.Mungkin dengan kemenangan BN nanti sedikit sebanyak kerajaan BN akan terus meningkatkan taraf ekonomi dikawasan Manek Urai.Inilah harapan kerajaan BN yang ingin melihat rakyat menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Kerajaan BN juga berjanji akan menghapuskan kemiskinan tegar dengan berusaha memastikan kadar kemiskinan tegar di Manek Urai dapat dihapuskan sepenuhnya menjelang 2010.Kerajaan BN akan berusaha dan mengharapkan kerjasama yang bersepadu dari penduduk Manek Urai bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat di Manek Urai.Perkara awal yang akan diberi tumpuan di Manek Urai dalam masa terdekat ini adalah industri berasaskan tani termasuk penternakan dengan menyalurkan bantuan dan input secara percuma.
Kerajaan BN merasakan tidak mahu penoreh getah, petani atau nelayan kekal bergantung dengan pekerjaan ini dan kerajaan BN akan membantu mengangkat tahap kehidupan mereka.Kerajaan mahu pelbagaikan aktiviti ekonomi untuk rakyat diManek Urai kerana cara ini boleh membantu penduduk untuk terus membangunkan taraf ekonomi dan menikmati keselasaan kehidupan yang baru.Kerajaan juga telah melaksanakan bantuan berkelompok kepada pengusaha kecil-kecilan di sekitar Manek Urai dalam bentuk bantuan peralatan dan kewangan.
Contohnya pengusaha kek di Manek Urai, kerajaan BN telah menyediakan peralatan untuk mereka gunakan bersama sambil bantuan pinjaman turut diberi seperti RM50,000 satu kelompok lima orang pengusaha.
Jadi pada seluruh rakyat Manek Urai khususnya buat pengundi yang akan membuat pilihan nanti,fikir fikir kan lah untung nasib anak anak kita yang ketinggalan dari arus pembangunan agar suatu ketika nanti anak anak penduduk diManek Urai akan berjaya didalam bidang pendidikan dan ekonomi.Insyallah dengan sokongan penduduk Manek Urai akan membantu Kerajaan BN dalam usaha meningkatkan sosio ekonomi rakyat diManek urai khususnya.
Kejayaan bukan datang dengan hanya membuat janji jani kosong tetapi sudah semestinya kejayaan itu dapat dinikmati dengan usaha rakyat dan kerajaan dan inilah janji kerajaan BN yang mahu kehidupan rakyat diManek Urai berubah.
AKHIR SEKALI BUAT PENDUDUK MANEK URAI ,AMBILLAH SIKAP INGINKAN PERUBAHAN AGAR ANAK ANAK KITA DIMASA DEPAN AKAN BERJAYA DALAM SEGALA BIDANG YANG MEREKA CEBURI.INSYALLAH DENGAN SEMANGAT UNTUK INGIN BERUBAH ,INSYALLAH KEJAYAAN AKAN TERHASIL DENGAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN BN.......KITA RENUNG RENUNG KAN LA........LUPIKIR LA SENDIRI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA